Cara Mengkompres Foto JPG Agar Foto Lebih Ringan - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Monday, January 1, 2018

Cara Mengkompres Foto JPG Agar Foto Lebih Ringan

Bagi mereka yang inginkan foto untuk penulisan di website ataupun blog, tentunya anda inginkan foto anda lebih ringan dan laju semasa web anda dibuka walaupun memiliki pelbagai foto. Salah satu web anda lambat untuk dibuka disebabkan foto anda tidak dikompres terlebih dahulu.

Oleh yang demikian, seseorang yang membuka web anda akan menghadapi kesulitan untuk membuka web anda disebabkan foto pada web terlalu banyak dan memiliki foto yang berukuran yang besar. Compress foto begitu penting dilakukkan sebelum anda menggunakan foto anda di web.

Cara mengkompres foto paling mudah dan senang secara online

Baik, tanpa membuang masa, untuk melakukkan compress foto anda, pastikan komputer ataupun laptop anda mempunyai sambungan internet ya, anda terus pergi ke alamat web ini terlebih dahulu, http://jpeg-optimizer.com. Lihat foto dibawah.
Compress foto
Compress Foto
Jia anda telah pun berada di alamat web tersebut, pada bahagian 'Photo To Optimize' klik button Choose File, dan anda seterusnya dipaparkan foto-foto yang anda ingin compress melalui fail foto di komputer anda sendiri. Klik untuk pilih foto yang ingin di compress.

Di bahagian Compress Image, anda boleh memilih besarnya level foto yang anda perlukan, misalnya jika anda perlukan level 40, ubah level yang anda mahukan.

Bahagian Resize Photo pula, anda boleh ubah kelebaran foto anda, misalnya jika anda perlukan lebar foto yang anda perlukan iaitu 450 pixel (px), anda boleh ubah melalui pilihan yang disediakan.

Seterusnya klik button 'Optimize Photo' apabila anda telah selesai melakukkan tetapan pada foto anda.

Anda hanya perlu tunggu seketika hingga proses kompress foto selesai, dan apabila sistem telah selesai melakukkan kompress foto anda, anda akan melihat paparan foto yang baru anda mengikut size yang anda perlukan.

Lakukkan Right Klik untuk menyimpan foto yang telah dikompress itu tadi. Selesai! Anda kini boleh menggunakan foto fyang telah dikompress itu tadi pada blog atau web anda. 

Tipsnya disini, untuk melakukkan optimize foto anda, pastikan saiz foto anda kurangkan, begitu juga dengan level Compress Image untuk memastikan foto anda benar-benar di optimize sepenuhnya untuk menjadikan foto anda benar-benar ringan.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: January 01, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.