Cara Loan Kereta Baru Paling Mudah - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Monday, January 8, 2018

Cara Loan Kereta Baru Paling Mudah

Bagaimana cara loan kereta baru yang paling mudah? Bagi mereka yang ingin membeli kereta baru, tentunya anda tercari-cari bagaimana prosuder yang dilakukkan oleh pihak bank untuk melakukkan loan terhadap kereta yang anda ingin beli bukan?

Sebenarnya, caranya adalah tidak lah sesukar mana yang anda fikirkan kerana kebanyakan pihak bank telah menetapkan garis panduan untuk melakukkan loan kereta sebagai rujukan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Baik, berikut adalah sedikit panduan kepada anda bagaimana untuk melakukkan loan kereta yang anda ingin beli.

Persedian slip gaji

Jika anda berkira-kira untuk melakukkan pembelian kereta baru dengan membuat loan di bank, perlunyaa anda menyediakan dahulu dokumen yang diperlukan seperti salinan slip gaji terbaru iaitu tiga bulan yang telah disahkan oleh majikan anda, salinan mykad, dan salinan lesen memandu.
Photo by Nick Youngson,/Alpha Stock Images, Licenced Via Creative Commons.org
Pastikan gaji anda di dalam slip gaji mencukupi untuk membolehkan pihak bank meluluskan permohonan anda untuk melakukkan loan. Kebanyakan permohon yang mana loannya tidak lepas oleh pihak bank disebabkan gaji yang terlalu rendah dan memiliki kadar tangunggan hutang yang tinggi.

Semua loan kereta diuruskan oleh pihak jurujual (salesman)

Anda jangan risau, berita baiknya disini, sekiranya anda telah pun menentukan kereta baru yang anda ingin beli, anda hanya menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada pihak jurujual kereta dan mereka lah yang menguruskan segala urusan tersebut.

Pihak jurujual akan datang sendiri ke bank dan berurusan dengan pihak bank itu sendiri untuk sebagai wakil kepada diri anda untuk urusan loan kereta itu. Anda hanya perlu menunggu panggilan telefon dari pihak jurujual sama ada loan kereta anda diluluskan ataupun sebaliknya.

Full loan

Full loan kereta bermakna, anda memohon kepada pihak bank untuk menanggung sepenuhnya kos pembelian kereta yang anda ingin beli dan anda pula akan berhutang dengan pihak bank dengan melakukkan bayaran setiap bulan kereta seperti di dalam perjanjian jual beli.

Anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa wang untuk melakukkan deposit pendahuluan terhadap kereta anda, tetapi jangka tahun untuk full loan kereta selalunya mencapai 9  tahun. Anda juga boleh mengurangkan jumlah tahun tersebut tetapi bayaran bulanan kereta anda agak tinggi.

Loan kereta dengan deposit pendahuluan

Cara ini tidak banyak bezanya dengan melakukkan full loan tetapi anda harus melakukkan deposit wang pendahuluan sebanyak 10% terhadap syarikat penjual kereta apabila loan anda telah dilulukan oleh pihak bank.

Selalunya bayaran pendahuluan sebanyak 10% melibatkan kos insuran kereta anda, cukai jalan, dan kos-kos lain yang telah ditentukan oleh syarikat kereta. Melakukkan loan dengan cara ini akan mengurangkan kadar intrest kereta anda.

Tips untuk mendaptkan intrest yang rendah

Apabila anda melakukkan loan kereta baru, berbincanglah dengan jurujual kereta dimana bank yang menawarkan intrest yang paling rendah mengenai loan kereta tersebut. Jika boleh, segeralah bertanya kepada bank-bank kadar intrest yang dikenakan terhadap loan kereta yang baru.

Melakukan bayaran deposit yang tinggi terhadap kereta anda akan mengurangkan kadar intrest pinjaman sewa beli kereta anda. Selain itu juga, deposit yang tinggi membolehkan anda memperolehi bayaran bulanan yang lebih rendah.

Baca Juga: Kelebihan Membeli Kereta Jenama Toyota Yang Mesti diketahui

Lakukkan pembelian kereta baru di masa musim perayaan kerana selalunya pihak syarikat kenderaan akan memberikan promosi harga yang hebat kepada orang ramai.

Cuba cari orang dalam di dalam syarikat kenderaan untuk mengetahui bila masanya syarikat akan melakukkan promosi jualan kereta penghabisan stok. Maksudnya disini, selalunya pada akhir tahun, kebanyakan syarika kereta akan menjual model kereta yang lama dengan harga yang lebih rendah disebabkan terdapatnya model kereta yang lebih baru akan keluar di pasaran.
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 1:28:00 AM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.