Tips Memilih Warna Lipstik Sesuai Warna Kulit - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Friday, December 29, 2017

Tips Memilih Warna Lipstik Sesuai Warna Kulit

Memilih warna lipstik yang benar? Ia adalah pilihan warna yang sangat sukar bagi kebanyakan wanita disebabkan jika anda ke kedai alat solek khusus untuk wanita, terdapat pelbagai jenis lipstik yang memiliki pelbagai jenis warna.

Bagi diri anda bagaimana pula? Adakah anda mengalami situasi ini, anda membeli belah lipstik di kedai alat solek, dan bawa balik ke rumah serta anda dapati kebanyakan lipstik yang anda beli adalah kesemuanya hampir memiliki warna yang sama?

Sebenarnya, terdapat pelbagai warna lipstik yang anda boleh gunakan lagi mengikut kesesuaian dengan warna kulit anda tetapi pemilihan warna lipstik yang tepat harus diberi perhatian kerana pemakaian lipstik yang tidak sesuai dengan warna kulit menampakkan keganjillan wajah anda semasa memakai lipstik tersebut.

Tips memilih warna lipstik yang sesuai dengan diri anda

Seperti yang dikatakan sebelum ini, warna lipstik haruslah sesuai dengan warna kulit anda, barulah ianya nampak serasi dengan pemakaian lipistik pada bibir anda dan secara tidak langsung memberikan seri pada wajah anda.

Sebagai panduan anda mengenai pemilihan warna lipstik, berikut adalah penjenisan warna kulit dan warna lipistik yang boleh anda gunakan pada bibir anda.
Kulit Sejuk / Cool Skin TonePink, Purple
Kulit Hangat / Warm Skin ToneOren, Cokelat kemerah-merahan
Warna Zaitun / Olive ToneCokelat, Merah
White Skin / Kulit PutihMerah, Rose

Tips mencuba warna lipstik yang baru.

Ketika anda mencuba warna lipstik yang baru dan ingin mengekalkan secara semulajadi rupa anda, pastikan anda telah pun meneliti dengan lebih dekat mengenai warna kulit diri anda sendiri.

Sebagai pedoman anda, gincu yang kelihatan lebih cerah berbanding dengan kulit anda akan menjadikan kulit anda kelihatan kusam. Adalah lebih baik anda memilih warna gincu yang berbeza dengan warna kulit anda.

Elakkan juga untuk memilih warna gincu yang berwarna biru kerana ia akan menjadikan kulit anda kelihatan membosankan kecuali anda melakukkan beberapa sentuhan dengan menggunakan pemerah pipi di sekitar bibir anda.

Tips pemilihan teksur warna

Pada masa ini, gincu ataupun lipstik dengan warna yang pelbagai, warna seolah-olah keemasan, lembab dan berkrim dilihat menjadi pilihan ramai wanita dan menjadikan lipstik ini begitu popular sekali.
Lipstik
Photo by, Angeleses, Licenced Via Creative Commons
Gincu dari jenis  matte dilihat boleh bertahan lama kerana ianya tergolong di dalam produk gloss yang kebanyakannya warna dari jenis lut sinar dan pemakaian yang lebih mudah dan lancar.

Tips pemilihan gincu berkrim

Bagi wanita yang berminat dengan gincu jenis berkrim, ia tentunya individu yang memiliki sedikit masa untuk berdandan kerana gincu jenis ini memerlukan sedikit masa untuk memakainya pada bibir.

Wanita yang memiliki bibir penuh amat sesuai dengan gincu jenis berkrim kerana ia akan menjadikan bibir mereka kelihatan lebih menawan dan kelihatan tegas. Sekiranya perlu, tambahkan sentuhan pemerah pipi ke bahagian pipi anda untuk pengecilan warna.

Pemilihan gincu rapi (Neat Lipsticks)

Tahukah anda, neat lipsticks seperti gincu satin akan menjadikan bibir anda akan kelihatan plumper ataupun bibir anda akan kelihatan lebih penuh dan ia tentunya pilihan yang amat tepat khususnya wanita yang ingin memambahkan dimensi keatas bibir mereka.

Semasa anda memakai gincu jenis ini di bawah sinaran cahaya, ia akan menjadikan warna gincu anda kelihatan lebih real ataupun semulajadi.

Memilih warna gincu sesuai dengan peringkat umur anda

Tahun berganti tahun,  dan tentunya kerana masa yang terus berlalu, warna bibir anda akan semakin berubah dan kehilangan serinya. Anda disaran untuk memilih warna gincu dengan warna yang baik dan bukannya memilih gincu jenis gloss kerana ia tidak banyak membantu dari segi penampilan warna pada bibir.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: December 29, 2017

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.