Sebab-sebab utama penjawat awam untuk bertukar ke sesuatu tempat yang baru ataupun mungkin menolak untuk ditukarkan disebabkan pelbagai alasan-alasan kebajikan tertentu bergantung kepada situasi sesorang penjawat awam itu sendiri.
Sebagai pengetahuan anda, bilangan penjawat awam di Malaysia pada tahun 2017 adalah berjumlah 1.6 juta orang dan terdapat jabatan-jabatan kerajaan yang mengharuskan penjawat awam di bawah pengurusan mereka bertugas di serata negeri untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia.
Selalunya penjawat awam yang terpaksa bertugas jauh daripada kampung halaman adalah seperti tentera, guru, polis, jururuwat, doktor, dan pelbagai lagi jabatan yang lain.
Sebab-sebab Penjawat awam ditukarkan / dipindahkan mengikut kuasa ketua jabatan
Baik mari kita fahami serba sedikit hak anda untuk ditukarkan ataupun tidak ditukarkan dan hak ketua jabatan untuk menukarkan anda melalui rujukan dari surat pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 yang menerangkan secara jelas mengenai panduan pertukaran penjawat awam yang ditujukan kepada semua jabatan di Malaysia.
Kuasa ketua jabatan untuk menukarkan penjawat awam
Merujuk kepada beberapa bahagian dari surat pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004, ketua jabatan mempunyai kuasa untuk menukarkan sesorang penjawat awam dibawah perkhidmatannya melalui objektif seperti berikut.
- Meningkatkan produktiviti kerja dan organisasi
- Bagi menambahkan pengetahuan, pengalaman, pembelajaran dan pendedahan
- Mengelakkan rasa bosan disebabkan terlalu lama bekerja di sesuatu tempat
- Memperluaskan lagi perhubungan bagi memudahkan tugas mereka
- Mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa, penyelewangan, dan rasuah
- Membolehkan penyeliaan yang berbeza agar penilaian prestasi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
- Memberi peluang kepada pegawai untuk bertugas di tempat baru bersesuaian dengan minat, latihan, kebolehan, pengalaman agar memperolehi penghasilan kerja yang terbaik.
- Memberi peluang kepada pegawai untuk bertugas di tempat baru supaya mereka mencuba pendekatan yang baru untuk menjadikan sesuatu organisasi yang lebih baik.
![]() |
Photo by, aracelymitsu, Licenced Via Creative Commons.org |
Selain dari objektif pertukaran diatas, ketua jabatan juga mempunyai garis panduan untuk menukarkan pegawai yang berkhidmat di jabatannya mengikut kategori jawatan yang sensitif dan juga jawatan bukan sensitif serta pertukaran disebabkan kepentingan perkhidmatan.
Hak anda untuk bertukar / tidak ditukarkan berdasarkan budi bicara ketua jabatan
Merujuk kepada pekeliling itu juga, telah mengariskan panduan kepada ketua jabatan untuk mengambil kira pertimbangan mengenai pertukaran seseorang penjawat awam mengikut kreteria seperti berikut.
- Tempoh permohonan pertukaran
- Masalah dari segi kewangan
- Masalah dari segi kesihatan atau masalah kesihatan keluarga penjawat awam
- Alasan untuk menjaga ibu bapa
- Alasan mengikut suami / isteri
- Alasan mengenai kepentingan di dalam perkhidmatan
- Alasan tempoh perkhidmatan di jawatan yang disandang
Ketua jabatan berhak sepenuhnya mengenai pertukaran anda
Jika kita teliti mengenai arahan pekeliling tersebut, nampak gayanya ketua jabatan mempunyai hak sepenuhnya mengenai pertukaran anda walaupun anda mempunyai alasan kukuh untuk kekal di jawatan tersebut.
Walaupun begitu, sekiranya melaksanakan pertukaran bagi penjawat awam atas arahan ketua jabatan mengikut objektif yang telah dinyatakan dalam surat pekeliling tersbut, ketua jabatan hendaklah berlaku dengan adil dan saksama bagi menilai kesan yang mungkin akan timbul keatas penjawat awam yang ditukarkan tersebut.
Apa yang kita lihat berdasarkan rungutan-rungutan penjawat awam di kebanyakan agensi, kelemahan ataupun kegagalan ketua jabatan yang jelas dilihat adalah mengenai pertukaran penjawat awam yang telah pun berkhawin dimana permohonan mereka untuk ditukarkan mengikuti pasangan tidak dilayan secara adil dan telus hingga terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk bertukar di tempat pasangan bekerja.
Ekoran dari kelemahan ketua jabatan itu sendiri, kesan buruk yang paling ketara yang dapat dilihat adalah kurangnya produktiviti kerja pegawai yang memohon untuk ditukarkan itu tadi dan ini secara tidak langsung merugikan organisasi jabatan itu sendiri.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.