Walaupun sardin tin yang banyak dijual di pasaraya boleh dimasak begitu sahaja, tetapi sekiranya anda mahukan masakan untuk menjadikan sardin amat sedap sekali untuk dimakan, perlunya anda menambahkan sedikit lagi resipi masakan untuk menjadikan anda begitu berselera untuk makan.
Resipi masakan sardin tin yang amat menyelerakan
Tipsnya disini adalah mudah, terlebih dahulu anda hanya perlu memilih atau mendapatkan sardin di mana-mana pasaraya dan pastikan anda membeli sardin yang sedap dan popular di negara kita umpamanya seperti jenama sardin Ayam Brand, King Cup, Marina Sardines, dan banyak lagi.
Jenama sardin yang popular, tentunya anda makan pun tentu sedap bukan? So, dapatkan sardin yang anda perlukan mengikut keperluan anda. Baik tanpa membuang masa, berikut adalah resipi memasak sardin yang paling simple.
Bahan-bahan perlu disediakan untuk memasak sardin
1. (01) Tin sardin
2. (02) Ulas bawang putih (dihiris halus)
3. (02) Ulas bawang merah (dihiris halus)
4. (01 - 02) Cili merah (dihiris halus)
5. (01) Biji tomato (dihiris halus)
6. (02 - 03) sudu tea minyak masak
7. Setengah gelas kecil air bersih / sediakan sedikit air bersih
7. Garam
Cara-cara memasak resipi sardin
1) Pertama sekali, masukkan (01) sudu tea minyak masak ke dalam kuali di gas memasak anda, dan pastikan api di dalam keadaan sederhana besarnya.
2) Apabila minyak masak telah benar-benar panas, masukkan bawang putih bersama-sama dengan bawang merah ke dalam kuali dan kacau dengan sudu hingga mengeluarkan bau yang semerbak.
![]() |
Antara Jenama Sardin Popular |
3) Langkah seterusnya, masukkan tomato yang telah dihiris ke dalam kuali serta kacau dengan sudu, tunggu hingga hirisan tomato benar-benar telah masak sebati atau dalam erti kata lain tomato tersebut hampir hancur disebabkan digoreng dengan minyak.
4) Step seterusnya, masukkan hirisan cili merah dan kacau seketika dan masukkan sardin tin ke dalam kuali serta kacau dengan sudu secara perlahan-lahan untuk memastikan ikan sardin tidak hancur.
5) Masukkan setengah gelas kecil air bersih ke dalam masakan tersebut dan biarkan ianya mendidih dan step terakhir masukkan garam secukup rasa. Resipi sardin sedap dan simple sedia untuk dihidangkan!
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.