Berapa harga bateri kereta Viva? Tidak dinafikan, pertanyaan
ini selalu ditanya oleh kebanyakan pengguna kereta ini setiap hari mengenai
harga bateri yang ada dijual di pasaran.
Pentingnya anda untuk melakukkan survey terlebih dahulu
mengenai harga bateri ini agar mengetahui secara jelas mengenai harganya di
pasaran.
Walau begitu, dikatakan harga bateri telah melambung tinggi
disebabkan pelaksanaan GST oleh kerajaan baru-baru ini.
Harga Pasaran Bateri Kereta Viva
Jika anda lihat harga pasaran bagi bateri kereta Perodua
Viva bersaiz NS40ZL, ianya di dalam anggaran RM 160 hingga RM 180 bagi bateri
sel basah.
Harga bateri bersaiz NS40ZL di dalam anggaran RM 190 hingga
RM 250 bagi bateri sel kering.
Saiz bateri ini terpakai kepada semua model kereta Perodua
Viva 660/850/ 1.0L.
![]() |
Photo by, Clker-Free-Vector-Images Licenced Via Creative Commons |
Harga bateri sebenar bergantung kepada jenama pada bateri
tersebut. Semakin popular jenama itu, semakin mahal harga bateri berkenaan.
Anda disaran untuk ke kedai-kedai alat ganti bagi mengetahui
jenis-jenis dan jenama bateri bersaiz NS40ZL kerana harga sebenar bateri ini
bergantung kepada pihak penjual alat-alat ganti kenderaan.
Bateri kereta ini adalah bersaiz kecil dan masih boleh
diketegorikan ianya mampu dimiliki walaupun bateri dari jenama popular
umpamanya jenama Bosch, ataupun jenama-jenama popular yang lain.
Anda dinasihatkan agar supaya berhati-hati semasa memilih
bateri kereta anda kerana memilih bateri dengan harga yang murah dikhuatiri
berakhir dengan pembelian bateri yang tidak berkualiti.
Ramai pengguna ataupun pembeli bateri mengadu, telah
melakukkan pembelian bateri baru di kedai-kedai alat ganti tetapi hal yang
terjadi, bateri yang baru dibeli hanya beberapa hari digunakan telah pun
mengalami kerosakan.
Ataupun di dalam erti kata lain, bateri yang dibeli telah
hilang kuasa elektrik/ hilang cas sama sekali.
Walaupun selalunya bateri mempunyai warantty, pihak penjual
selalunya tidak akan menggantikan dengan bateri yang baru tetapi mereka akan
cuba mengecas bateri itu semula dengan menggunakan pengecas bateri.
Sekiranya bateri tersebut benar-benar rosak, barulah pihak
kedai akan mengantikan dengan bateri baru. Bukannya banyak masa anda telah
terbuang?
Boleh kah bateri tukar kepada Ns60 untuk viva 850?
ReplyDeleteBoleh kah bateri tukar kepada Ns60 untuk viva 850?
ReplyDelete