Bila tibanya anda mengalami demam atau selesma atau apa-apa
yang membuatkan ada tidak mempunyai selera untuk makan ataupun anak-anak anda sakit,
bubur kosong lah jawapannya untuk mendapatkan sedikit tenaga.
Kenapa perlu bubur kosong? Apabila anda sakit, kebanyakan
dari kita tidak mempunyai selera untuk
makan, dengan bubur kosong, anda mampu makan walau hanya sedikit mekipun
tidak berselera.
Persoalannya di sini, bagaimana memasak bubur nasi kosong? Baiklah,
mari kita belajar setp by step masak bubur kosong dengan cara yang paling simple.
Cara Masak Bubur Nasi Kosong.
Step 1
Pertama sekali, cucilah beras terlebih dahulu dengan
menggunakan air bersih. Sukatan beras yang diperlukan bergantung kepada
keperluan anda.
Owh ya, orang-orang tua kata, cuci beras itu, jangan terlalu
kerap sangat nanti rasa manis pada beras akan hilang. Huhu
Dalam artikel ini kita belajar masak bubur kosong dengan secupak beras atau mengikut
keperluan anda dengan menggunakan periuk.
![]() |
Photo by, Takeaway Licenced Via Creative Commons |
Step 2
Setelah anda selesai melakukkan cucian beras dengan air
bersih, tambahkan air bersih pada beras tersebut sehingga menenggelami beras
itu.
Pastikan air yang ditambah pada beras airnya lebih sedikit
berbanding anda memasak nasi biasa.
Misalnya jika anda memasak nasi menggunakan air sebanyak ½ dari
jumlah beras tersebut, dengan memasak bubur pula, anda perlukan ¼ air dari
jumlah beras.
Step 3
Langkah seterusnya, beras yang telah dicuci dan ditambah
dengan air bersih di dalam periuk yang bertutup, jerangkan pada gas memasak
anda dengan kekuatan api yang sederhana.
Tunggu sehingga nasi pada periuk mendidih dan ingat, jangan
lupa kacau sekali sekala nasi tersebut.
Apabila nasi telah benar-benar masak ataupun kembang, dengan
menggunakan sudu, kacau nasi itu supaya ianya sebati dan lembut menjadi bubur.
Jika perlu, tambahkan sedikit lagi air bersih sekiranya
bubur itu terlalu kering dengan air. Last sekali, tambahkan lah garam secukup
rasa.
Tapi bagi mereka yang sakit, untuk bayi diatas enam bulan,
mungkin anda tidak perlu menambahkan garam pada bubur.
Selesai Cara Mudah Masak Resipi Bubur Kosong.
Bagaimana, ianya amat mudah bukan? Umpama di celah gigi
sahaja, huhu.
Jika anda ingin menambahkan sedikit bahan keatas bubur
kosong ini, anda boleh menambahkan beberapa ketul potongan daging ayam , sayur-sayuran, ikan ataupun
bahan-bahan yang lain.
Tetapi ianya bukan lagi resepi bubur kosong. Huhu
Penerangan yang jelas..... Baguss 😊😊
ReplyDelete