Resepi maggi goreng, ramai dari anda memang menyukai resepi
ini. Betul tak? Cara masak maggi goreng tidaklah sesukar mana. Ianya amat mudah
sekali.
Setelah mencuba beberapa kali mengenai resepi ini, admin
telah berjaya untuk mencipta resepi celah gigi ini paling ump. Huhu
Anda mesti tahu apa itu maggi, bukan? Mee keluaran Maggi
terdapat pelbagai jenis dan perasa. Terdapat maggi ayam, maggi kari, asam laksa
dan juga maggi perasa asam pedas.
Maggi ini lah yang kita gunakan untuk masak resepi maggi
goreng.
Bahan-Bahan Untuk Masak Resepi Maggi Goreng
- 1 bungkus maggi perencah ayam
- 1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (Dihiris)
- 1 sudu tea minyak masak
- 2-3 ketul daging ayam dipotong kecil
- 2-3 biji cili merah
- 1 batang daun sup (dipotong kecil)
Step 1
Langkah pertama, pilihlah yang mana satu maggi pilihan anda,
maggi ayam, maggi kari, ataupun maggi perencah yang lain.
Dalam artikel ini kita belajar memasak maggi goreng dengan
sebungkus maggi perencah ayam.
Rendam mee maggi ayam tersebut dengan air panas selama dua
minit ataupun pastikan mee maggi itu telah pun lembut.
Pastikan mee maggi itu jangan terlalu kembang disebabkan
direndam terlalu lama.
![]() |
Photo by, Maggi Team, Licenced Via Creative Commons |
Step 2
Dengan menggunakan gas memasak anda, panaskan 1 sudu minyak
masak di kuali dengan api yang sederhana.
Step 3
Apabila minyak telah panas, masukkan hirisan bawang merah
dan juga hirisan bawang putih ke dalam kuali.
Step 4
Apabila bawang merah dan bawang putih telah harum semerbak,
masukkan potongan cili merah dan kacau dan biarkan seketika.
Step 5
Langkah seterusnya, masukkan ketulan daging ayam yang telag
dipotong itu tadi dan kacau serta tunggu beberapa minit sehingga daging ayam
itu masak sepenuhnya.
Step 6
Masukkan mee magi ayam ke dalam kuali dan kacau menggunakan
sudu. Step seterusnya, masukkan perencah maggi ayam itu ke dalam kuali dan kacau
hingga iannya sebati.
Langkah terakhir, tabur potongan daun sup ke atas maggi
goreng anda! Ok, bersedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.