Belajar sambil bekerja, ini lah yang selalu menjadi impian
bagi kebanyakan orang terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebelum ini mungkin
disebabkan terdapat masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Impian untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi adalah
satu impian yang amat bagus. Ia menandakan anda mempunyai satu tekad untuk
memajukan diri sendiri dan ia adalah satu usaha untuk kehidupan yang lebih baik
sebenarnya.
Jika pada masa ini anda sedang bekerja dan berhasrat untuk
melanjutkan pelajaran secara sambilan mungkin untuk mendapatkan diploma ataupun
segulung ijazah, penulis mempunyai beberapa tips penting untuk anda jadikan
sebagai panduan.
Tips-tips penting belajar sambil bekerja
Tips-tips ini berdasarkan pengalaman sendiri serta
pengalaman rakan-rakan semasa melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih
tinggi.
Di Malaysia sebenarnya menurut pandangan penulis, bagi mereka yang bekerja dan ingin sambung
belajar, tempat terbaik untuk melanjutkan pelajaran anda adalah di Open
Universiti Malaysia ataupun nama singkatan OUM.
Kenapa disini? Ini adalah university pertama sekali di
negara ini yang menawarkan kaedah pembelajaran yang paling fleksible untuk
golongan pekerja kerana sistem pembelajaran online sepenuhnya.
Selain OUM juga, masih terdapat kolej-kolej ataupun university
tempatan yang menawarkan pembelajaran jarak jauh kepada golongan pekerja tetapi
sistem pembelajaran mungkin tidak sama dengan sistem pembelajaran yang ada di
OUM.
Sebelum anda mengambil keputusan nekad untuk belajar sembil
anda bekerja, pastikan anda sekurang-kurangnya memiliki sijil keputusan SPM untuk melanjutkan pelajaran.
Selain itu, anda harus berbincang dengan majikan anda untuk
membolehkan mereka tahu anda belajar dan mungkin majikan faham dengan hasrat
anda dan mungkin anda memperolehi kelepasan atau kelonggaran dari majikan untuk
hadir ke kelas pada hujung minggu.
Keputusan untuk belajar sambil bekerja adalah satu keputusan
yang harus diambil serius, dimana kehidupan harian sebelum ini mungkin lebih
kepada banyak masa yang terluang bersama dengan kawan-kawan, menonton tv,
bersuka ria pada hujung minggu, dan sebagainya.
Masa untuk bersukaria harus dihentikan buat sementara waktu
bagi memberi masa dan ruang kepada diri sendiri untuk menumpuhkan sepenuhnya
pelajaran anda setelah selesai waktu bekerja.
Pengajian jarak jauh (PJJ) di university-universiti yang
anda belajar mengajar anda erti belajar pengurusan masa anda kerana sistem
pembelajaran PJJ sebenarnya 90% adalah usaha anda belajar sendiri tanpa panduan sepenuhnya dari pensyarah anda.
Lihat semula bagaimana sistem anda bekerja dan kaji semula
adakah anda mampu menguruskan masa anda untuk belajar di samping itu anda
bekerja.
Situasi pembelajaran belajar sambil bekerja tidak sama
dengan anda berada di sekolah menengah dahulu ataupun sebelum ini anda pernah
belajar di kolej-kolej. Ia tidak boleh dibuat main-main kerana usaha anda
sendiri untuk belajar dan anda bebas
untuk menguruskan masa anda.
Pengurusan masa untuk
bekerja dan belajar harus diurus dengan cekap agar anda mampu mengatasi dua
situasi ataupun dua perbuatan yang berbeza iaitu belajar dan bekerja.
Walaupun ramai yang telah berjaya menamatkan pelajaran
mereka semasa bekerja di samping belajar di university ataupun kolej-kolej,
terdapat segilintir orang yang gagal untuk menamatkan pelajaran mereka kerana
berputus-asa disebabkan kegagalan pengurusan masa yang betul.
Niat untuk belajar telah ada ditanam di dalam jiwa anda,
tetapi bagaimana pula dengan kewangan anda? Pada masa ini, semuanya memerlukan
wang, dan anda tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran sebelum ini mungkin
disebabkan kekangan kewangan yang tidak mencukupi.
Ya, wang simpanan harus mencukupi untuk melanjutkan
pelajaran anda tetapi mungkin wang tidak memberi masalah sangat kepada anda
kerana anda kini telah pun bekerja dan mempunyai sumber pendapatan sendiri.
Kaji semula kos-kos pembelajaran PJJ anda dan adalah lebih
baik anda datang sendiri di kolej ataupun university yang menawarkan
pembelajaran PJJ kepada anda dan bertanyalah sendiri kos pembelajaran yang
harus dibayar.
Sistem pembelajaran PJJ selalunya dilakukkan secara online
sepenuhnya dan pada hujung minggu anda harus datang ke kolej atau university bagi
menghadiri kelas.
Kebanyakan urusan dengan pihak pengurusan kolej atau university
juga harus dilakukkan dengan secara
online.
Oleh itu, perlunya anda bersedia dan memahami sepenuhnya
sistem pembelajaran yang disediakan kepada pelajar.
Sebagai persediaan anda juga, memiliki sebuah laptop dan melanggan
perkhidmatan internet umpamanya Broadband
ataupun Wifi di rumah amat perlu dalam pembelajaran PJJ ini kerana sistem yang
mereka amalkan adalah pembelajaran secara online sepenuhnya.
Panduan-panduan asas
ini mungkin serba sedikit membantu kepada anda yang merancang untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan di samping itu terikat dengan
kerjaya.
‘’Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan” ini adalah pepatah
lama yang masih relevan sebagai pembakar semangat kepada individu yang berjiwa
besar seperti anda.
Semoga anda berjaya dengan pelajaran PJJ anda dan
memperolehi segulung Diploma ataupun Ijazah. Good Luck!
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.