Anda menggunakan bateri kereta jenama apa? Adakah anda
sering mengalami bateri kereta jangka hayatnya kurang enam bulan dan ianya
tidak boleh diguna pakai lagi?
Sebenarnya, jika anda hanya bergantung kepada sesuatu jenama
kereta itu tidak menjamin sepenuhnya jangka hayat bateri kereta.
Walaupun begitu mengenal pasti jenama bateri kereta yang
terbaik itu adalah harus. Tetapi, tahukah anda, di luar sana terdapat banyak
sekali jenama bateri kereta.
Ia membuatkan anda merasa pening, mana satu jenama bateri
yang harus dibeli? Tips-tips ini mungkin serba sedikit dapat membantu anda.
Kualiti bateri itu penting berbanding jenama.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Jenama bateri
kereta adalah terkenal di pasaran tetapi kualiti keluaran bateri yang kurang
memuaskan mungkin anda harus ambil perhatian.
Kadang-kadang sesetengah pengeluar bateri hanya mementingkan
jualan pasaran bateri mereka tetapi tidak
menjaga kualiti pada bateri itu sepenuhnya.
![]() |
Photo by, Clker-Free-Vector-Images licenced via Creative Commons |
Ini lah yang menyebabkan ramai pelanggan yang mengalami
kerugian kerana bateri kereta baru dibeli beberapa bulan yang lalu tetapi ianya
telah rosak, harga bateri zaman sekarang bukannya murah, harganya telah
melambung tinggi.
Jenama-jenama bateri kereta yang terkenal di Malaysia.
Sama dengan negara-negara lain terdapat beberapa jenama
bateri yang menopoli pasaran jualan bateri kereta di Malaysia.
Antara jenama bateri yang menjadi pilihan oleh kebanyakan
pelanggan adalah seperti jenama berikut:
Senarai jenama bateri.
- Bosch
- Lion
- Duracell
- Hitachi
- Yokohama
- Trustart
- Exide Extreme
- Century
- Everstart
- Yuasa
- Advanced
- Duralast
- Powerstar
- Panasonic
- Panalite
- DieHard
- AcDelco
- Gp-Mf.
Jenama-jenama bateri yang dinyatakan diatas adalah jenama
yang terkenal dengan kualiti pada bateri yang boleh dikirakan terbaik.
Walaupun begitu, sebelum melakukkan pembelian, pastikan
bateri tersebut adalah original daripada syarikat pengeluar bateri kereta asal.
Tips beli bateri kereta yang terbaik.
Sebelum melakukkan pembelian bateri kereta, pastikan bateri
kereta tersebut mempunyai kualiti yang terbaik bukan sahaja melihat kepada
jenama bateri itu sahaja.
Anda perlu melihat warantty pada bateri kereta tersebut,
kondisi pada bateri, cara-cara penjagaan, dan selalunya bateri yang mempunyai
kualiti yang bagus adalah menyatakan semua mengenai bateri keluaran bateri
berkenaan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bateri berkualiti boleh
dilihat pada kotak pada bateri misalnya mengandungi perkataan kebaikan-kebaikan
pada bateri tersebut umpamanya, anugerah kualiti, cara-cara pemasangan pada
kereta, jangka hayat, warantty, dan banyak lagi.
Jika jenama bateri yang anda beli adalah kosong tanpa
apa-apa tulisan mengenai bateri tersebut dan tidak dinyatakan secara jelas
mengenai bateri tersebut, adalah secara jelas bateri tersebut kemungkinan tidak
mempunyai kualiti yang baik.
Seperti yang anda ketahui bateri kereta mempunyai dua jenis
iaitu bateri kering dan bateri basah, kedua-dua jenis bateri kereta ini
mempunyai kekurangan dan kebaikan yang tersendiri berkenaan pemakaiannya.
Bateri basah harus dipantau setiap minggu untuk memastikan
paras air bateri tidak berkurang atau kering, dan dikatakan jangka hayat bateri
ini agak lama jika dijaga dengan baik manakala bateri sel kering pula,
penjagaannya mudah, hanya beli dan
pakai, sampai tempoh tertentu bateri ini haru diganti semula dengan bateri yang
baru.
Sekiranya anda tidak mengamalkan tips cara pemilihan bateri
yang terbaik seperti yang dinyatakan disini, kemungkinan besar anda akan
mengalami kerugian semasa membeli bateri terutama bateri yang dijual di
kedai-kedai alat ganti.
Terdapat ramai pelanggan yang melakukkan pembelian bateri
untuk kenderaan mereka telah mengalami kerugian kerana membeli bateri yang
kurang berkualiti, sekiranya kedai alat ganti mahu bertanggungjawab dengan
mengantikan bateri yang baru mungkin ianya agak berbaloi.
Jika kedai alat ganti tidak mahu bertanggungjawab mengenai
bateri yang anda beli, siapa yang patut dipersalahkan?
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.