Teringat beberapa tahun yang lepas, teringin untuk memiliki
sebuah motorsikal, tetapi masa itu gaji serta wang simpanan agak kurang dan
menyebabkan terpaksa mencari altenatif lain untuk supaya mampu membeli motorsikal
sebagai satu keperluan.
Tahukah anda apa yang penulis fikirkan masa itu? Penulis
fikirkan bagaimana untuk mencari loan motor paling murah.
Yer la, kerana kekurangan wang modal untuk membeli
motorsikal dengan bayaran cash. Ini lah jawaban yang paling tepat sekali.
Strategi ini mungkin bagi anda ianya agak leceh sedikit
tetapi ianya berbaloi sekali untuk mendapatkan loan kedai motor yang paling
murah.
Baik, strateginya begini, sebelum itu, penulis ingin
bertanya kepada anda sendiri, adakah anda bekerja? Dan berapa wang simpanan
yang anda miliki sekarang serta berapakah gaji yang anda patut terima setiap
bulan?
Cuba anda jawab pertanyaan penulis itu dengan membuat
catitan diatas sehelai kertas. Jika sudah, baca semula artikel ini.
Pertama sekali, print atau cetak slip gaji anda dan bawah
lah slip gaji anda untuk melakukkan lawatan di setiap kedai motor di kawasan
anda tinggal.
Setibanya di setiap kedai yang anda lawati, lihat motor yang
paling murah sekali yang mampu anda miliki atau lebih baik bertanya terus
kepada salesman atau mungkin salesgirl yang berada di kedai tersebut.
Adalah lebih baik anda terus ‘direct’ bertanya kepada
pekerja kedai motor, yang mana satu motorsikal
yang paling murah sekali bulanannya dan jangan lupa juga bertanya bayaran
deposit untuk loan motorsikal tersebut.
Pertanyaan ini sebenarnya penting sekali untuk anda menilai
semula dan melakukkan kiraan budget anda.
Jangan lupa juga menyerahkan kepada pekerja kedai slip gaji
anda untuk melakukkan kiraan kira-kira
mengenai bayaran bulanan motorsikal yang ingin anda miliki.
Ingat, buat catitan mengenai kira-kira tersebut dan apabila
selesai, anda perlu ke kedai motorsikal yang lain pula dan sama seperti sebelum
ini, minta pekerja kedai minta pengiraan bayaran bulanan serta berapakah bayaran
deposit.
Jika di kawasan anda tinggal terdapat 20 buah kedai
motorsikal, anda disaran untuk melawati kesemua kedai motorsikal tersebut dan
akhir sekali buat lah perbandingan yang mana satu kedai yang menawarkan loan
motor yang paling murah sekali.
Lain kedai, lain promosi mengenai pembelian motorsikal dan
jika anda bernasib baik, terdapat kedai yang sanggup memberikan promosi yang
hebat kepada pembeli motorsikal contohnya tawaran loan motosikal yang rendah.
Kenapa terdapat kedai yang sanggup memberikan tawaran loan
yang rendah? Ini disebabkan tentang persaingan diantara kedai sebenarnya serta
untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke kedai mereka untuk melakukkan
pembelian motorsikal.
Jika anda berat hati untuk datang di setiap kedai motorsikal
di kawasan anda tinggal, bagaimana untuk anda ketahui yang mana satu kedai yang
menawarkan loan yang murah?
Tiada cara yang lebih baik selain dari cara ini tetapi pastikan
anda bekerja dan majikan anda mengeluarkan slip gaji kepada anda dan slip gaji
ini lah perlu ditunjukkan kepada kedai motor untuk anda loan motorsikal.
Walau begitu, terdapat kedai yang tidak memerlukan slip gaji
untuk proses loan motorsikal tetapi jika tak silap, ia memerlukan wang deposit
yang agak tinggi dan anda hanya perlu datang ke kedai untuk melakukkan bayaran
bulanan atau boleh juga terus ke ATM bank untuk melakukkan bayaran.
Tips-tips ini mungkin boleh memberikan sedikit idea kepada
anda semasa anda tercari-cari dimanakah loan kedai motorsikal yang menawarkan kadar
bayaran yang murah, dan diharap anda berjaya mendapatkan motorsikal yang anda
impikan.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.