Anda berhasrat ingin
membeli sebuah kereta baru? Kereta yang jenis macamana anda inginkan?Jika
mungkin anda berhasrat untuk membeli sebuah kereta auto atau kereta transmisi
automatik, terdapat beberapa kelebihan-kelebihannya jika membeli kereta jenis
ini.
Apakah kelebihan-kelebihannya itu? Baik, sebelum kita
membincangkannya dengan lebih lanjut, perlunya anda memahami apa itu kereta
jenis auto. Kereta auto maksudnya disini adalah kereta sistem gearnya berfungsi
secara automatik dan ianya amat mudah dikendalikan.
Kenderaan jenis ini amat digemari sekali oleh kebanyakan
golongan wanita dan ini dibuktikan jika anda melihat kenderaan yang sering
digunakkan oleh kebanyakan wanita di jalan-jalan raya, mereka menggunakan
kereta transmisi automatik.
Berikut adalah kelebihan-kelebihannya sekiranya anda
menggunakan kereta auto.
1. Sistem gear mudah dikendalikan
Sistem gear automatik pada kenderaan adalah sistem gear bagi
kereta moden pada abad ke 21 dan ianya direka untuk menjadikannya amat mudah
dikendalikan.
![]() |
Photo by Brownpau; licensed via Creative Commons.
|
Maksudnya ianya mudah dikendalikan adalah anda hanya perlu
mengerakkan gear ke hadapan, tekan pedal minyak dan kereta ini akan bergerak
terus ke hadapan. Mudah bukan?
Berbanding dengan kereta transimisi manual, anda perlu
menekan pedal klac, mengerakkan gear, tekan pedal minyak barulah kereta akan
begerak.
Selain itu transmisi manual mempunyai sistem gear yang agak
rumit bagi mereka yang masih belajar.
2.Tidak perlu risau jika jalan jem
Kebanyakkan pengguna kenderaan pada zaman sekarang lebih
suka menggunakan kereta jenis automatik kerana anda lihat lah sendiri
jalan-jalan terutama sekali di kawasan bandaraya, ianya selalu mengalami
kesesakan yang amat terus sekali.
Sebelum kewujudan gear transmisi automatik, kebanyakkan
kenderaan di negara kita menggunakan gear tranmisi manual, apabila berlakunya
kesesakan jalan raya, kaki kiri kita akan menjadi lengguh kerana kekerapan
menekan pedal klac, kerana kenderan berjalan secara perlahan dan
berhenti-henti.
Kini dengan adanya kereta auto, perjalanan anda semasa di dalam
kesesakan jalan raya menjadi lebih mudah keraa kereta auto mudah dikendalikan.
3. Tidak perlu risau jika anda berada di jalan berbukit
Perkara yang sering menjadi kerisauan oleh kebanyakan
pemandu adalah semasa melalui jalan yang berbukit dan selalunya golongan yang
sering merasa risau akan perkara ini adalah majoritinya kaum wanita.
Apanya tidak, sekiranya jalan menjadi sesak di kawasan
berbukit, risiko kenderaan akan terundur ke belakang (kemalangan) sering
berlaku kerana ketidakcekapan pemandu mengawal gear manual dengan betul.
Maaf kepada golongan wanita, tetapi hal selalunya terjadi
disebabkan oleh ketidakcekapan golongan ini mengawal gear semasa memandu dalam
kesesakan di jalan yang berbukit.
Kini dengan adanya kereta auto, anda semua tidak perlu risau
lagi semasa mendaki jalan berbukit atau memandu sewaktu jalan yang sesak di
jalan yang berbukit.
4. Sistem auto drive
Kebanyakan kereta-kereta automatik moden memiliki sistem
pemaduan automatik yang perlu disetkan secara manual perjalanan kita.
Misalnya jika anda memandu di jalan highway, dan anda
ingin memandu di dalam kelajuan 110km,
anda perlu menetapkan kelajuan anda dengan menekan pedal minyak hingga mencapai
kelajuan kenderaan 110km dan seterusnya anda hanya menekan button auto drive
untuk menetapkan had kelajuan anda.
Kenderaan anda akan berjalan secara automatik dengan
kelajuan 110km sejam tanpa anda menekan pedal minyak pun. Anda hanya perlu
melakukkan kawalan stering sahaja.
Ianya amat menarik bukan?
Kereta automatik adalah kereta zaman moden
Kereta auto adalah kereta yang tercanggih pada masa kini dan
kereta ini lebih sesuai untuk digunakan di kawasan bandar.
Antara jenama kereta yang banyak mengeluarkan kereta transmisi automatik adalah seperti Toyota, BMW, Lexus, Honda, Mitshubishi, Nissan, Mazda, Subaru, Suzuki, Ford, Kia, dan pelbagai lagi termasuklah kereta keluaran tempatan seperti Perodua dan juga Proton.
Antara jenama kereta yang banyak mengeluarkan kereta transmisi automatik adalah seperti Toyota, BMW, Lexus, Honda, Mitshubishi, Nissan, Mazda, Subaru, Suzuki, Ford, Kia, dan pelbagai lagi termasuklah kereta keluaran tempatan seperti Perodua dan juga Proton.
Kereta jenis ini juga bukan direka untuk tujuan yang lasak
tetapi direka untuk memudahkan pemanduan yang lebih selesa kepada pemandu
kenderaan.
Walaupun kebanyakan orang masa kini lebih suka menggunakan
kereta auto, terdapat juga pengguna yang lebih menggemari kereta transmisi
manual.
Ianya pilihan masing-masing, dan terpulang kepada anda untuk
melakukkan pilihan, apa pun kelebihan yang ada pada kereta auto telah pun anda
ketahui.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.