Ekonomi Malaysia pada saat ini agak teruk sekali ditambahi
dengan harga barangan yang naik mendadak. Admin amat memahami perasaan anda,
semua rakyat Malaysia merasa tertekan dengan situasi ini terutamanya gologan pertengahan.
Kerana situasi ekonami ini, timbulnya perasaan bagi
kebanyakan orang untuk melakukkan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan
sampingan. Antara idea yang timbul adalah keinginan berniaga kecil-kecilan di
rumah.
Idea ini amat bagus sekali tetapi beberapa perkara yang
perlu anda pertimbangkan sebelum memulakannya. Disini, artikel ini mungkin
serba sedikit boleh membantu anda sebelum memulakan dengan serius perniagaan
kecil-kecilan anda.
Untuk memulakan perniagaan ini anda harus memikirkan hal-hal
seperti ini.
Apa yang anda niagakan?
Cuba fikirkan, apakah yang anda ingin niagakan? Selalunya
mereka yang ingin berniaga kecil-kecilan dirumah, mereka berhasrat ingin membuka sebuah kedai runcit
kecil ataupun mungkin sebuah gerai kecil
bagi memulakan perniagaan.
Kecuali lah, mereka ingin berniaga kecil-kecilan dengan
secara online, anda tidak memerlukan kedai tetapi barangan yang diniagakan
hanya disimpan di dalam rumah sahaja.
Apabila terdapat tempahan dari pelanggan, anda boleh terus
menghantar ke rumah pelanggan ada atau menghantar ke pejabat pos untuk
diposkan.
Anda boleh memikirkan berniaga seperti pakaian, minyak
wangi, telefon dan asesori, makanan,
barangan kemas, barangan runcit, jual ikan, sayuran, dan bermacam lagi idea
yang boleh diniagakan.
Apapun, anda dicadangkan untuk berniaga apa yang anda
minati, misalnya jika anda meminati perniagaan kedai runcit, focus terhadap hal
tersebut kerana jika anda memaksakan diri anda untuk menjual sesuatu yang anda
tidak minati, anda sukar untuk berjaya.
Persaingan di kawasan anda tinggal
Ketika anda memikirkan bagaimana untuk memulakan idea
berniaga ini, pertama sekali anda harus memikirkan berapakah individu yang
berniaga secara kecil-kecilan di rumah mereka di kawasan tempat tinggal anda dan
ketahui juga apa yang diniagakan oleh mereka.
Anda perlu memikirkan hal ini, kerana sekiranya terdapat
persaingan, kadar keuntungan yang anda akan perolehi berkurang atau anda akan
mengalami kerugian.
Contohnya, jiran anda telah pun melakukkan perniagaan dari
rumahnya dengan menjual nasi lemak dimana terdapat gerai kecil berhampiran
rumahnya, anda pula mengikuti jejak yang
sama dengan membuka sebuah gerai kecil
berhampiran rumah anda dan menjual nasi lemak.
Ini sudah tentunya anda sukar untuk mendapatkan keuntungan
dan memperolehi pelanggan. Fikirkan sesuatu apa yang masih belum diniagakan di
kawasan anda dan fikirkan juga sejauh mana potensi sambutan orang ramai
mengenai barangan yang anda niagakan.
Wang modal untuk berniaga
Apabila anda berhasrat untuk berniaga, hal yang paling penting
sekali adalah wang modal permulaan untuk anda memulakan perniagaan. Tanpa wang
modal, semua idea untuk berniaga adalah sia-sia.
Ini kerana, dengan wang modal ini lah anda gunakan untuk
membeli stok barangan, mungkin dengan membina sebuah kedai runcit kecil, gerai
kecil, dan sebagainya.
Walau begitu, pada permulaan, anda disyorkan memulakan
dengan modal yang kecil terlebih dahulu dan sekiranya terdapatnya sambutan
terhadap apa yang ada niagakan, baru lah anda mengeluarkan modal yang besar.
Berapakah wang modal yang diperlukan untuk memulakan
perniagaan kecil-kecilan dari rumah? Ianya tidak dapat dinyatakan secara
terperinci mengenai hal ini tetapi ianya bergantung kepada apa yang anda
fikirkan untuk diniagakan.
Jika anda memikirkan hanya untuk berniaga nasi lemak sahaja,
modal yang diperlukan tidak lah terlalu besar tetapi jika anda memikirkan untuk
berniaga kedai runcit, wang modal yang diperlukan agak besar.
Tempat barang-barang
niaga
Walaupun perniagaan secara kecil-kecilan, anda harus
memikirkan juga dimana anda akan menempatkan barang-barang yang anda jual. Ini
adalah penting kerana, tanpa adanya tempat yang sesuai, ianya agak sukar untuk
anda memulakan perniagaan anda.
Membina sebuah kedai kecil ataupun sebuah gerai berhampiran dengan rumah
anda adalah sesuatu idea yang bijak bagi memulakan perniagaan kecil. Dengan
adanya kedai kecil, gerai, atau kedai runcit, pelanggan boleh terus datang ke
kedai anda.
Rumah anda sendiri
boleh juga menempatkan barangan yang anda jual tetapi pastikan adanya tempat
yang dikhaskan misalnya sebuah bilik kosong ataupun stor yang diubah suai
sebagai kedai untuk menempatkan barangan yang anda jual.
Tempat barangan
diperolehi
Sebagai permulan bagi memulakan perniagaan kecil anda,
fikirkan dimana tempat anda untuk mendapatkan bahan-bahan bagi memulakan
bisnes.
Jika anda hanya ingin berniaga dengan berhasrat membina
sebuah gerai kecil untuk menjual makanan seperti nasi lemak, menjual ikan,
daging, sayur-sayuran, semua barangan ini boleh diperolehi menerusi pasar
borong, pasar ikan, atau pasaraya sahaja.
Apabila anda memikirkan untuk berniaga produk-produk
tertentu, pakaian, barangan runcit ataupun lain-lain barangan, ada baiknya anda
mendapatkan pembekal terus dari kilang untuk mendapatkan harga borong.
Anda perlu bijak menilai barangan ataupun sesuatu yang anda
niagakan dimana anda perlu menjual sesuatu yang berpotensi untuk untuk
mendapatkan pelanggan.
Kira-kira keuntungan
Sebelum berkecimpung terus bisnes yang anda rancangkan,
mengetahui dengan jelas potensi keuntungan anda adalah penting.
Misalnya anda ingin berniaga baju jersi bola di kawasan
tempat tinggal anda, anda harus memikirkan sejauh mana sambutan pelanggan
terhadap apa yang anda jual ini.
Peringatan anda, menjual baju jersi bola di rumah secara
persendirian, kadar keuntungan anda mungkin mendapat sambutan yang agak baik di
awal perniagaan anda tetapi ia bisnes ini akan ‘down’ secara perlahan-lahan.
Kecuali lah anda mengembangkan perniagaan jual jersi bola
dengan secara online dan anda juga menjual di kawasan pasar-pasar malam di
kawasan tempat tinggal anda. Cara ini mungkin anda akan memperolehi keuntungan
yang berterusan.
Setelah mengetahui potensi perniagaan anda, lakukan lah
kiraan kadar keuntungan anda terlebih dahulu. Contohnya anda dapat idea menjual
ikan segar yang mana bekalan ikan segar anda perolehi dari seorang kenalan anda
yang memiliki kapal ikan.
Mungkin kawan anda menjual ikan bawal kepada anda dengan
harga borong misalnya RM 9 sekilo dan harga pasaran bagi ikan bawal sekilo
adalah RM 18 dan anda menjual ikan bawal di kawasan anda dengan harga pasaran
semasa.
Cuba anda lakukan pengiraan, kadar keuntungan anda adalah
sebanyak RM 9 sekiranya anda berjaya menjual sekilo ikan bawal di kawasan
tempat tinggal anda. Jika anda berjaya menjual 10 kg ikan bawal, keuntungan
anda perolehi adalah RM 90.
Ianya adalah contoh sahaja tetapi prinsip matematiknya
adalah sama sahaja dengan apa-apa yang anda mahu niagakan.
Lesen perniagaan
Ketika anda telah menetapkan secara serius matlamat apa yang
anda niagakan, lesen perniagaan adalah penting sekali anda perolehi walaupun
anda hanya ingin berniaga dari rumah sahaja. Lesen perniagaan ini adalah satu ‘authority’
secara sah anda berniaga.
Dimana tempat mendapatkan lesen perniagaan? Pada permulaan,
anda boleh mendapatkan lesen perniagaan anda melalui Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) terlebih dahulu dan sekiranya anda bercadang ingin membuka kedai
kecil ataupun gerai anda boleh mendapatkan lesen perniagaan melalui kerajaan
tempatan di kawasan tempat tinggal anda.
Mengenai idea perniagaan kecil-kecilan ini
Idea-idea perniagaan kecil-kecilan di rumah ini adalah idea
sendiri penulis berdasarkan pemerhatian terhadap mereka yang telah pun berniaga
kecil-kecilan di rumah mereka sendiri.
Idea ini agak umum dan tidak mengkhususkan secara terperinci
apa yang anda perlu niagakan dan ianya lebih menjurus kepada idea perancangan
awal seseorang untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Moga artikel ringkas ini mampu mencetuskan idea perniagaan
anda yang lebih berkesan dan diharap ianya membantu apa yang anda perlukan.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.