Artikel ini memberi panduan mudah bagaimana cara untuk cek
permit pekerja asing untuk rujukan bagi mereka yang berkepentingan untuk
melakukkan semakan permit pekerja asing terutama majikan dan mungkin bagi
mereka yang tidak tahu bagaimana untuk melakukkan semakan.
Permit pekerja asing diberikan oleh Jabatan Imigresen
Malaysia kepada warganegara yang berasal dari negara luar sebagai salah satu
syarat khas untuk bekerja dalam apa pun bidang pekerjaan di negara ini.
Tanpa permit pekerja, seseorang itu dikirakan melanggar
syarat untuk bekerja di negara ini dan ianya menjadi satu kesalahan dan boleh
dikenakan tindakan undang-undang sekiranya syarat ini tidak dipatuhi.
Bukan sahaja di Malaysia, tetapi setiap negara di dunia
mempunyai undang-undang sendiri bagi sesiapa pun ingin bekerja di negara mereka
dan syarat asasnya adalah harus mempunyai permit kerja.
![]() |
Contoh Pelekat Permit Kerja Yang Dilekatkan Pada Passport |
Jika seseorang itu ingin bekerja di Malaysia, ia harus
melakukkan permohonan untuk mendapatkan Visa Pekerja iaitu permohonan ‘Single
Entry Visa’ di Bahagian Pekerja Asing
Jabatan Imigresen Malaysia dan selalunya permohonan ini dibuat oleh majikan
untuk membolehkan pekerja mereka yang mungkin terdiri dari warganegara
Bangladesh, Indonesia, Mynamar, China atau lain-lain warga negara, sah bekerja
di negara ini.
Sekiranya anda telah membuat permohonan untuk bekerja
ataupun anda adalah majikan yang telah membuat permohonan ‘Single Entry Visa’
iaitu merujuk kepada Visa kerja / permit kerja untuk pekerja anda, terdapat
cara yang lebih mudah iaitu hanya melakukkan semakan status secara online di
web Jabatan Imigresen.
Untuk kemudahan untuk semakan anda, admin telah sediakan link terus ke web Imigresen Malaysia
Bagi anda sebagai majikan kepada pekerja anda, adalah perlu
anda tahu cara-cara cek permit pekerja asing (pekerja anda) dangan cara melihat
melalui passport pekerja itu sendiri.
Pada muka helaian pertama passport seseorang pekerja itu, ia
adalah mengenai identity, seperti nama, jantina, tarikh lahir, tempat passport
dikeluarkan, nombor passport serta melalui passportnya juga anda boleh melakukkan
semakan tempoh sah passport mereka. Passport ini adalah passport antarabangsa yang
dikeluarkan oleh negara asal.
Apabila anda telah membuat permohonan bagi permit kerja
pekerja anda dan ianya telah diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia,
selalunya visa kerja akan dilekatkan oleh Imigresen di bahagian lampiran passport
individu itu.
Melalui permit kerja juga anda boleh melihat mengenai
butir-butir pekerja seperti nama, jantina, bangsa, tempoh sah laku permit
(selalunya setahun) nama majikan dan sektor ianya bekerja.
Melalui pemerhatian, ‘Single Entry Visa’ bukan hanya sahaja
diberikan kepada mereka yang bekerja di negara ini tetapi ianya terpakai kepada
warganegara asing yang telah berkhawin dengan warganegara Malaysia, mereka yang
melanjutkan pelajaran di negara ini (student) tetapi dengan bayaran yang
berbeza dan tarikh luput yang berbeza serta status pada visa juga berbeza.
Melalui kajian juga, kebanyakan majikan yang telah
mendapatkan pekerja asing terpaksa memegang passport pekerja mereka sendiri
untuk mengelakkan pekerja mereka lari. Ini kerana kadar bayaran cukai bagi
setahun permit kerja di Malaysia agak tinggi dan sekiranya pekerja mereka
melarikan diri dari majikan, hal ini akan merugikan majikan itu sendiri.
Artikel ini ditulis berdasarkan kajian dan pemahaman penulis
mengenai permit pekerja yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada pekerja asing
di Malaysia. Walaupun begitu, artikel ini hanya sekadar pengetahuan anda
sahaja.
Sekiranya terdapat kemuskilan, adalah lebih baik, anda boleh
terus merujuk kepada mana-mana pejabat Imigresen Malaysia yang berhampiran
dengan kawasan tempat tinggal anda.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.