Apa istimewahnya dengan ayam sabung ni? Rasanya rata-rata
dari anda mungkin merasakan bisnes ini agak kurang sesuai ataupun ianya tidak
mendatangkan keuntungan yang banyak kepada anda.
Satu lagi, ayam sabung dari Thailand? Hebat ke ayam nie? Hoho, Bisnes ini mungkin amat sesuai bagi mereka yang menggemari ayam laga tetapi ketahuilah ia mampu memberikan keuntungan yang agak luar biasa sekiranya anda bijak mencari peluang memulakan bisnes ini.
Satu lagi, ayam sabung dari Thailand? Hebat ke ayam nie? Hoho, Bisnes ini mungkin amat sesuai bagi mereka yang menggemari ayam laga tetapi ketahuilah ia mampu memberikan keuntungan yang agak luar biasa sekiranya anda bijak mencari peluang memulakan bisnes ini.
Penulis bukanlah pakar mengenai ayam sabung, tetapi
berdasarkan pemerhatian penulis di samping itu penulis kerap bergaul dengan
penggemar mengenai ayam sabung, dan hasil kajian dari penulis sendiri, bisnes
ini mampu memberikan keuntungan yang lumayan kepada anda.
Sebelum penulis memberikan idea yang lebih lanjut mengenai
bisnes ini, penulis cuba menerangkan kepada anda kehebatan ayam sabung dari
negara Thailand ini.
Tahukah anda, baka ayam sabung dari Thailand adalah baka
ayam laga yang terbaik sekali dari segala jenis ayam laga di Asia Tenggara.
Mengapa begitu? Baik, mari kita bercerita sedikit dari sejarah mengenai ayam
sabung dari negara Thailand.
![]() |
Ayam Sabung Asli Thai |
Hinggalah ke zaman sekarang, warisan-warisan dari jenis baka
ayam Thai yang terbaik masih diwarisi oleh kebanyakan genarasi masyarakat di
negara berkenaan hinggakan impaknya telah menular ke negara Malaysia
terutamanya.
Baka-baka ayam sabung Thai adalah baka terbaik kerana ayam ‘krate’
dari Thai adalah ayam yang sanggup mati dalam gelanggang pertempuran. Jika anda
sukar mempercayai kenyataan ini, datanglah ke mana-mana tempat pertandingan
laga ayam diadakan, ayam sabung asli Thai tidak akan lari dari gelanggang
pertempuran walaupun ayam dari pihak lawan lebih kuat dari ayam sabung Thai.
Kerana itu, sekiranya anda memiliki baka ayam sabung Thai
yang benar-benar asli dan lebih-lebih lagi tuah ayam itu telah dilihat pada
kakinya iaitu di kaki ayam terdapat sisiknya yang bersambung , peminat ayam
sabung sanggup menawarkan kepada anda
dengan harga yang amat tinggi dengan hanya seekor ayam laga.
Anda telah didedahkan tentang kehebatan ayam sabung
Thai dan mengapa ianya sanggup dibeli
dengan harga yang begitu tinggi sekali oleh penggemar ayam sabung.
Untuk memulakan bisnes ini, anda harus terlebih dahulu
mengeluarkan wang modal untuk membeli sekurang-kurangnya sepasang ayam sabung
asli Thai iaitu ayam betina dan ayam jantan. Selain itu, anda harus
mengasingkan pasangan ayam ini dari baka ayam yang lain untuk menjaga keaslian
ayam sabung Thailand terutama sekali ayam betina.
Untuk mendapatkan ayam sabung Thai, tidaklah sesukar yang
anda sangkakan, anda hanya perlu bergaul dengan peminat-peminat ayam sabung,
kerana mereka ini tentunya amat arif dimana perlunya mendapatkan ayam sabung
Thai ini.
Jika anda telah memiliki beberapa pasang ayam sabung Thai,
anda harus memikirkan dimana lokasi untuk menternak ayam ini sehinggalah ayam
ini bertelur dan memperolehi anak-anak ayam sabung Thai yang asli.
Tempat terbaik untuk menternak ayam sabung adalah jauh dari
kawasan kampung ataupun anda menempatkan ayam-ayam sabung anda di kawasan kebun
dan pastikan kebun itu tidak mempunyai ayam dari jenis baka yang lain.
Apabila ayam-ayam sabung Thai anda telah bertambah banyak,
anda harus memperkenalkan ayam sabung ternakan anda kepada rakan-rakan yang
menggemari ayam laga, sekiranya perlu anda harus mengikuti perkembangan pertandingan-pertandingan
laga ayam tetapi pastikan anda tahu tujuan anda iaitu bisnes melibatkan bisnes
jualan ayam sabung.
Bagi anda yang mempunyai wang modal yang banyak, anda tidak
perlu menunggu untuk menternak ayam laga tetapi gunakan wang yang ada untuk
membeli ayam sabung di kawasan yang menawarkan harga ayam sabung Thai asli dengan
harga yang murah dan jual semula kepada penggemar ayam sabung di kawasan yang
lain.
Penulis mempunyai seorang kawan yang menjalankan bisnes ini
dan jujur penulis katakana disini, ia mampu memperolehi keuntungan beribu
ringgit sebulan. Walau begitu pastikan juga anda menjaga kesihatan ayam-ayam
sabung anda agar tidak dijangkiti penyakit sebelum dijual kepada penggemar ayam laga.
Hello Sir,
ReplyDeleteI'm Razwan from KL.
Is there's a way I can reach you sir?
I developed few mathematical formula for betting system I would like to share with you. You may reach me via WhatsApp 013-3701128. Thanks