Lampu check engine menyala pada kenderaan akan berlaku
kepada setiap kenderaan yang ada pada masa kini apabila berlakunya masalah
kepada kereta tersebut, kerana pada masa kini kebanyakan kereta menggunakan sistem
elektronik sepenuhnya.
Tentunya anda sebagai pemilik kenderaan amat merasa risau apabila situasi isyarat chek engine pada bahagian meter kenderaan menyala secara tiba-tiba bukan? Ini adalah perkongsian pengalaman penulis kepada anda berdasarkan telah pun beberapa kali mengalami masalah ini dan bagaimana cara mengatasi situasi ini.
Tentunya anda sebagai pemilik kenderaan amat merasa risau apabila situasi isyarat chek engine pada bahagian meter kenderaan menyala secara tiba-tiba bukan? Ini adalah perkongsian pengalaman penulis kepada anda berdasarkan telah pun beberapa kali mengalami masalah ini dan bagaimana cara mengatasi situasi ini.
Penulis hanya menggunakan kereta Proton Gen 2 serta Perodua
Viva 850 dan kereta Proton ini lah
penulis gunakan selama bertahun-tahun untuk urusan seharian. Sebenarnya penulis
memang tidak berpengalaman sangat mengenai kenderaan ini tetapi kerana
masalah-masalah yang berlaku keatas kereta yang penulis gunakan, penulis hampir
memahaminya sepenuhnya apakah masalah pada kereta terutamanya kereta
Proton Gen 2.
![]() |
Apabila hal ini berlaku keatas kereta anda, jangan panik tetapi
cuba untuk menghantar dengan kadar segera kereta anda ke bengkel yang berhampiran
dan pastikan juruteknik tersebut adalah berpengalaman. Sebagai pengetahuan
anda, isyarat cek engine ini berlaku disebabkan isyarat utama berpunca dari
sistem elektronik komputer box yang terletak pada bahagian enjin kereta anda,
ia sama ada komputer box mengalami masalah ataupun kompenen-komponen pada
bahagian enjin bermasalah.
Secara asasnya komputer box pada enjin kenderaan adalah satu
sistem yang berfungsi untuk mengesan apa-apa masalah pada enjin kereta dan juga
masalah sistem wiring kenderaan dan ia akan menghantar isyarat check engine
yang akan menyala pada meter kenderaan anda sekiranya terdapatnya masalah pada
kereta anda. Sekiranya kereta dalam keadaan normal dan tidak mengalami apa-apa
masalah, isyarat tersebut tidak akan menyala.
Antara punca yang menyebabkan isyarat tersebut akan menyala
adalah sistem wiring pada bahagian-bahagian kenderaan terbakar umpamanya wayar
lampu brake terbakar, sensor reverse rosak, sistem starter rosak, bateri kereta
telah ‘weak’ dan ditukar pada bateri yang baru, motor fan engine rosak, radiator rosak, dan
bermacam lagi masalah pada engine sama ada ia berpunca dari kerosakan kecil
ataupun kemungkinan juga berpunca dari kerosakan yang besar. Jadi bagaimana
untuk mengatasi masalah ini?
Ya, seperti yang penulis katakan sebelum ini, hantar segera
kereta anda di bengkel yang berpengalaman dan sebelum itu pastikan bengkel
tersebut mempunyai alat yang dikenali sebagai Vehicle Diagnostic Scanner dimana
alat ini berfungsi untuk mengesan secara detail apakah masalah pada kenderaan
anda yang menyebabkan isyarat chek engine menyala walau begitu adalah lebih
baik anda menghantar kereta anda ke pusat servis kereta anda umpamanya kereta yang
anda gunakan adalah Toyota Vios, anda hanya perlu menghantar kereta anda di
pusat servis Toyota kerana mereka lebih tahu apakah masalah kereta anda.
Bagi juruteknik yang berpengalaman, menggunakan Vehicle
Diagnostic Scanner tidak memerlukan masa yang lama untuk mengesan masalah pada
kenderaan anda dan apabila alat tersebut telah mengesan punca isyarat tersebut
menyala, juruteknik akan melakukan pembaikan keatas punca tersebut tetapi
pastikan juga anda mengetahui berapakah kos untuk pembaikan kerana, bagi
bengkel biasa, dengan hanya melakukan pemeriksaan menggunakan alat tersebut sahaja kos boleh
dianggarkan diantara RM 50 hingga RM 100 keatas tidak termasuk kos pembaikan kerosakan.
Apapun tips-tips ini hanyalah berdasarkan pengalaman penulis
sahaja dan tidak mewakili sepenuhnya pandangan juruteknik yang bertauliah.
Artikel ini hanya untuk panduan umum anda sahaja dan pastikan anda merujuk
sepenuhnya kepada juruteknik di pusat servis kereta anda. Moga tips ini amat
berguna kepada anda bagaimana mengatasi isyarat cek enjin yan menyala.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.