Seperti yang kita ketahui, handphone ataupun Smartphone jenis android daripada jenama Samsung, Asus,
Lenovo, Oppo, Sony, dan pelbagai lagi jenama lain adakalanya akan menjadi jem
ataupun hang disebabkan telefon pintar ini tidak dikendalikan dengan baik oleh
anda.
Penulis akan berkongsi kepada anda bagaimana untuk mengatasi masalah ini di dalam anggaran 5 minit dan berdasarkan pengalaman, selalunya masalah handphone hang akan diatasi dengan segera.
Penulis akan berkongsi kepada anda bagaimana untuk mengatasi masalah ini di dalam anggaran 5 minit dan berdasarkan pengalaman, selalunya masalah handphone hang akan diatasi dengan segera.
Baik, berikut adalah cara-cara mengatasi masalah pada Smartphone
anda.
Matikan telefon bimbit anda
Apabila handphone hang, selalunya handphone anda akan
seperti rosak walaupun pada masa itu telefon di dalam keadaan masih berfungsi
tetapi anda tidak mampu melakukan apa-apa kerana segala aplikasi tidak boleh
digunakan.
Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah matikan segera handphone anda atau switch off melalui button pada dan tunggu selang 1 minit dan switch on semula button Smartphon anda dan selepas 1 minit, anda akan dapati handphone anda berfungsi secara normal semula.

Cek semula jumlah gambar dalam telefon
Salah satu penyebab handphone anda selalu hang adalah kerana
handphone anda mempunyai gambar yang terlalu banyak hinggakan memori telefon
anda tidak mampu menampung gambar-gambar tersebut umpamanya memori telefon anda
adalah 32GB tetapi anda telah menyimpan gambar pada telefon anda hampir
melebihi 32GB ataupun melebihi dari memori telefon.
Cadangan penulis anda perlu membuaang sebahagaiang gambar tersebut untuk membolehkan handphone anda tidak selalu hang.
Cadangan penulis anda perlu membuaang sebahagaiang gambar tersebut untuk membolehkan handphone anda tidak selalu hang.
![]() |
Photo Credit: Pexels |
Jika anda sayangkan gambar-gambar tersebut dan enggan membuangnya, penulis
mencadangkan anda melakukan pemindahan gambar-gambar tersebut mungkin melalui Google
Drive, Pen Drive ataupun pada Laptop anda. Agak mudah bukan? Menyimpan terlalu
banyak gambar di dalam telefon bukan sesuatu idea yang bagus kerana ia
memberikan impak yang buruk pada telefon anda dan seterusnya akan memendekkan
jangka hayat telefon.
Aplikasi terlalu banyak
Berapakah aplikasi yang anda install melalui Play Store?
Menggunakan aplikasi yang terlalu banyak pada Smartphone juga bukan sesuatu
idea yang bagus kerana setiap aplikasi misalnya game mempunyai data yang
banyak. Terdapat aplikasi game yang boleh mencapai 1 giga byte (GB) dan terdapat juga
aplikasi yang mampu mencapai beratus mega byte (mb).
Bukankah cara ini hanya memberatkan telefon anda? Lebih-lebih
lagi pula anda sendiri jarang menggunakan aplikasi tersebut. Jika boleh
kurangkan melakukan download aplikasi
pada Play Store dan hanya lakukan download pada aplikasi yang penting sahaja
kerana apilakasi yang banyak juga antara penyebab Smartphone anda sering hang.
Cek semula video dalam telefon
Berapakah jumlah video yang anda simpan pada Smartphone
anda? Video ataupun rakaman yang disimpan terus menerusi memori telefon juga
salah satu penyebab kepada telefon anda sering hang. Ini kerana apabila video
rakaman yang terlalu banyak akan memenuhi memori telefon anda sama seperti
photo yang anda simpan pada Smartphone anda. Oleh itu lakukan pemeriksaan
semula jumlah video yang disimpan pada memori telefon dan adalah lebih baik
anda membuang kesemua video-video yang tidak diperlukan.
Matikan auto download aplikasi Whatsapps
Adakah anda telah meng install aplikasi whatsapp pada
handphone anda? Tahukah anda, aplikasi ini juga mampu membuatkan handphone anda
akan menjadi hang disebabkan tetapan auto download melalui tetapan pada
aplikasi ini?
Tetapan auto download akan menyebabkan kesemua gambar-gambar, video, dan rakaman suara yang dihantar melalui rakan-rakan ataupun rakan di dalam group akan terus disimpan ke memori telefon anda.
Oleh itu penulis mencadangkan anda menetapkan semula tetapan aplikasi ini dengan tanpa auto download. Anda hanya perlu melakukan download secara manual video, gambar, rakaman sekiranya anda memerlukannya sahaja.

Log out aplikasi Facebook
Sekiranya boleh, anda disaran untuk sentiasa ‘log out’ pada aplikasi
Facebook setelah selesai menggunakan aplikasi ini kerana aplikasi ini bukan
sahaja akan menyebabkan data internet anda cepat habis kerana ia akan auto
update setiap status daripada rakan-rakan anda, update mengenai pemberitahuan
terus ke akaun FB anda dan secara tidak langsung aplikasi ini juga akan menyebabkan
Smartphone anda sering hang kerana aplikasi ini agak berat penggunaan kilo byte
(kb).
Logout aplikasi yang sedang ‘running’
Sama seperti aplikasi Facebook, aplikasi-aplikasi lain misalnya
game seperti permainan popular Candy
Crush, Clash Of Clans, dan aplikasi-aplikasi yang lain, selepas menggunakan apa-apa
aplikasi pada Smartphone anda, pastikan anda log out aplikasi tersebut dan
jangan meninggalkan aplikasi tersebut masih di dalam keadaan running kerana
apabila anda meninggalkan ia di dalam keadaan tanpa log out, handphone anda akan
menjadi hang.
Bagaimana? Bukankah cara yang penulis cadangkan kurang dari
5 minit? Hoho, idea ini hanya berdasarkan pengalaman bagaimana untuk mengatasi
Smartphone yang hang dan sekiranya cara yang dicadangkan disini gagal untuk
mengatasi masalah pada handphone anda, berkemungkinan besar handphone anda
mempunyai masalah tentang kerosakan ataupun
serangan virus. Anda dicadangkan menghantar handphone ke pusat servis
membaiki telefon bimbit.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.