Bagaimana cara memikat hati wanita? Adakah anda mempunyai
pengalaman tentang hal ini? Tips pada kali ini adalah berdasarkan kajian
penulis dengan merujuk kepada pelbagai sumber dan merujuk kepada mereka yang
lebih berpengalaman tentang hal ini sebagai panduan kepada anda untuk memenangi
hati wanita idaman anda.
Siapa yang tidak sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wanita yang anda sukai bukan?
Siapa yang tidak sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wanita yang anda sukai bukan?
Walau begitu, sebelum anda ingin memenangi hati wanita yang benar-benar
anda sukai, anda haruslah bersedia dengan beberapa perkara asas apa yang
membuatkan wanita menyukai seseorang lelaki dan menjadikan si dia amat senang
dengan kehadiran anda.
Apakah perkara asas itu?
Senyuman ikhlas
Baiklah, pertama sekali yang perlu anda ambil perhatian
adalah tentang senyuman. Kajian menunjukan, perilaku manusia akan merasa senang
dengan seseorang yang memulakan senyuman kepada seseorang pada pertama kali
bertemu.
Sebaik-baik anda berhadapan dengan wanita yang anda sukai
anda harus melakukan sapaan kepadanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.
Tentunya wanita itu akan membalas sapaan anda dengan sebuah senyuman bukan?
Cuba anda bayangkan,
Walau siapapun anda perbuat hal ini, mereka akan memikirkan
tentang hal anda dan secara tidak langsung kotak fikiran mereka menganggap anda
adalah seorang individu yang peramah.
Bersifat Cool
Merujuk kepada sebuah kajian di dalam journal Psychology of
Men & Masculinity, wanita amat menggemari lelaki yang bersifat cool kerana
wanita berasakan lelaki jenis ini berupaya menangani krisis tentang masalah
berbanding dengan lelaki yang tidak memiliki sifat seperti ini.
Bagaimana sifat anda pula?
Bagi pandangan wanita, lelaki yang suka merendah diri adalah
individu yang lemah kerana kelihatan kurang yakin dengan diri sendiri
berbanding dengan lelaki yang bersifat cool, agak berbeza dengan pandangan anda
bukan?
Sentiasa usahakan tahap ketinggian anda
Hal ini agak tidak masuk akal, mengapa pula ketinggian
adalah hal yang difikirkan oleh wanita? Sukar dipercayai, tetapi wanita akan
memikirkan mengenai pasangan mereka salah satunya adalah mengenai ketinggian.
Penulis meminta maaf jika anda yang membaca artikel ini
memiliki ketinggian yang agak rendah. Walau begitu ia bukan satu halangan besar
kepada anda untuk kelihatan lebih tinggi.
Bagaimana caranya kelihatan agak tinggi?
Mungkin anda harus memakai kasut yang mempunyai tapak tumit
yang agak tebal dan juga elakkan untuk memakai pakaian berpetak kerana bagi
yang bertubuh agak rendah, penampilan anda akan bertambah rendah kerana pakaian tersebut.
Menurut beberapa kajian, wanita beranggapan ketinggian seseorang
itu mewakili kekuatan tenaga batin lelaki.
Kawal nada suara anda
Pernahkah anda bercakap di dalam sebuah panggilan telefon
dengan seorang wanita dan suara wanita itu amat lembut dan anda amat menyenangi
ketika anda berbual dengannya.
Begitu juga dengan lelaki,
Anda harus kawal suara anda sebaik yang mungkin kerana nada
suara mewakili peribadi anda pada pandangan wanita itu dan nada yang lembut
daripada anda membuatkan wanita amat menyenanginya.
Tetapi,
Pastikan nada anda ketika berbual dengan wanita yang anda
sukai janganlah dibuat-buat kerana ia akan kelihatan ganjil, cukuplah anda
merendahkan nada suara anda walaupun suara anda mungkin agak garau sedikit.
Sentiasa berpenampilan menarik
Bagi pandangan anda, bagaimana untuk berpenampilan menarik?
Bagi pandangan penulis, cukuplah anda berpakaian kemas, gaya rambut yang tidak
terlalu over, misai yang dipotong pendek, dan anda tidak perlu lah mengayakan
penampilan anda seperti Elvis Presley.
Tahukah anda,
Kekemasan dari segi penampilan akan mempengaruhi pandangan
wanita yang anda sukai kerana rata-rata wanita akan melakukan pilihan lelaki
yang berpakaian kemas.
Oleh itu, usahakan untuk menjadikan diri anda dari segi
penampilan diri untuk sentiasa kelihatan kemas ketika berhadapan orang ramai
lebih-lebih lagi anda berhadapan dengan wanita yang anda sukai.
Tumbuhkan sedikit misai atau janggut
Cadangan ini mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi kajian
menunjukkan wanita dewasa akan cenderung untuk memilih lelaki yang mempunyai
misai ataupun janggut nipis pada dagu
seseorang lelaki kerana,
Mereka akan beranggapan lelaki ini seorang penjaga yang
bertanggungjawab.
Adakah anda mempunyai misai atau janggut?
Jika anda tidak mempunyai misai atau janggut, usahkanlah
untuk menumbuhkannya dengan menggunakan beberapa produk penumbuh misai yang
banyak di pasaran.
Berpakaian warna merah
Menurut journal dari askmen,
wanita amat menyukai lelaki yang berpakaian berwarna merah kerana ia
melambangkan tenaga kelakian seseorang lelaki itu dan kelihatan menarik di
pandangan mereka.
Oleh yang demikian,
Berusahalah untuk memakai pakaian yang berwarna merah ketika
berhadapan dengan wanita yang anda idamkan walaupun anda tidaklah disaran untuk
memakai pakaian yang berwarna merah setiap kali berhadapan dengannya kerana anda
masih boleh memakai pakaian dengan warna berbeza-beza.
Tidur yang mencukupi
Pakar kesihatan mengatakan, jika kita kurang tidur ataupun
tidur tidak mencukupi, kita akan kelihatan kurang bermaya.
Oleh itu,
Anda disaran untuk memastikan sentiasa tidur dalam keadaan
mencukupi kerana gadis di luar sana akan mengetahui anda tidak mempunyai rehat
yang mencukupi hanya berdasarkan raut wajah anda dan ini sudah tentunya wajah
anda secara tidak langsung kelihatan tidak menarik.
Bawa kawan kurang menarik berbanding anda
Tips ini mungkin agak kelakar dan mungkin agak kejam, tetapi
ia adalah satu trick untuk memenagi hati wanita idaman anda untuk memastikan
gadis idaman memberi perhatian kepada anda semasa berkomunikasi dengannya kerana membawa kawan yang kurang
menarik selalunya tidak dilayan oleh wanita itu.
Tetapi pastikan,
Helah ini tidak perlu diberitahu kepada rakan anda kenapa
anda membawanya bersama-sama dengannya untuk bertemu dengan wanita idaman anda.
Pada hematnya, cara ini amat berkesan sekali untuk menjadikan si dia tertarik
dengan anda.
Bersikap mengambil berat tentang dirinya
Idea ini mungkin amat berkesan apabila anda telahpun
mengenali wanita idaman anda, mungkin sebagai rakan sekerja anda, teman
sekolej, ataupun anda telah mengenali si dia sebelum ini melalui rakan-rakan
anda.
Begini kawan,
Berusaha untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat misalnya
anda telah serasi berkomunikasi dengannya tanpa sebarang masalah. Oleh itu,
pastikan anda memberi perhatian mengenai makan dan minumnya, pengangkutan ke
tempat kerja, masalah di tempat kerja, ataupun apa-apa masalah tentang
hidupnya.
Tetapi pastikan,
Ia berlaku tanpa perlakuan yang keterlaluan misalnya anda
terlalu kerap bertanyakan tentang makan dan minumnya hinggakan si dia merasa
rimas dengan diri anda. Anda hanya perlu bersikap cool, jika anda tidak dapat
bertemu dengannya di tempat kerja ataupun kolej, anda boleh berkomunikasi
melalui telefon pintar.
Dengan teknologi masa kini, umpamanya melalui aplikasi Whatsapps,
anda boleh berkomunikasi dengannya hanya melalui hujung jari, bukankah cara ini
amat mudah? Anda hanya perlu ambil berat tentang diri si dia, lambat laun ia
akan merasa selesa dengan kehadiran anda.
Bersifat santai ketika saat berkomunikasi
Saat berkomunikasi dengan wanita idaman anda,
berkomunikasilah dengan secara santai dan releks. Cuba untuk mempelbagaikan topic
yang menarik dan pastikan juga si dia
merasa senang dengan komunikasi anda berdua.
Tips nya mudah,
Anda hanya perlu bercerita dengan si dia seperti anda
bercerita dengan kawan-kawan anda yang lain. Janganlah terlalu kaku semasa
berkomunikasi, buat seperti biasa, dan sekali-sekala anda perlu bergurau nakal
dengannya untuk mewujudkan suasana yang menarik.
Jadilah pendengar yang setia
Ini mungkin tips yang paling ampuh sekali dalam cara memikat
hati wanita iaitu menjadi pendengar yang setia. Ianya kedengaran agak mustahil
bukan? Apabila anda telah mengenali si dia, pada satu tahap dia akan
menceritakan kisah peribadinya kepada anda kerana dia merasakan anda adalah
rakan baiknya.
Antara kisah peribadi yang mungkin akan diceritakannya
kepada anda adalah mengenai kisah masalah percintaan yang lampau, masalah
keluarga, masalah di tempat kerja, atau semua mengenai hal yang agak peribadi
bagi anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah,
Jadilah pendengar yang baik mengenai masalahnya dan jika
boleh berikan pendapat dan nasihat yang terbaik kepadanya. Pada tahap ini, anda
adalah hero dan janganlah sia-siakan
peluang ini untuk memberikan idea dan nasihat kepadanya kerana ia membuatkan
hubungan anda akan menjadi lebih rapat dan akrab.
Apabila si dia wanita idaman anda sering meluahkan hal
peribadi kepada anda, ia menandakan satu perkembangan positif si dia telah
mempercayai anda sebagai sahabat terbaiknya. Pada satu tahap dan situasi yang
sesuai, anda harus meluahkan perasaan anda kepada gadis idaman anda ini dan
selalunya, cinta anda tidak pernah sia-sia.
Tips-tips lain
Sebenarnya terdapat banyak lagi caranya untuk memikat hati wanita
idaman anda umpamanya anda tidak mengongkong hidupnya, bersifat kelakar dan
periang, bertanggungjawab, romantik, menjadi diri sendiri, dan banyak lagi tips
yang ada, walau begitu, penulis rasakan tips yang diberikan sudah cukup untuk menambat
hati wanita idaman anda.
Mungkin bagi anda terdapat tips yang lebih baik? Anda
dialu-alukan untuk berkongsi tips yang mungkin bermanfaat kepada pembaca
disini.
Apa-apa pun diharap artikel ini mampu membantu anda. Good
luck!
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.