Apakah anda memiliki kereta Perdoua Viva? Secara peribadi,
penulis mengandaikan kereta ini adalah kereta jenis ‘kompak’ dan antara kereta
keluaran tempatan yang paling murah dan jimat minyak sekali di Malaysia.
Perodua Viva memiliki beberapa jenis ketegori dengan keupayaan enjin yang berbeza seperti Viva 660, 850, dan juga 1.0. Apa yang penulis minati kereta ini tidaklah terlalu sempit dan ia memiliki alat ganti yang amat mudah diperolehi di pasaran.
Walau begitu, setiap kereta mempunyai masalah masing-masing apabila sampainya satu tahap tertentu begitu juga dengan kereta ini.

Punca belt atau belting perodua viva mengeluarkan bunyi
Penulis bukanlah seorang mekanik tetapi penulis mempunyai
sebuah kereta Viva yang telah digunakan oleh penulis selama beberapa tahun dan
penulis memang arif sangat dengan setiap masalah yang berlaku keatas kereta ini
misalnya masalah yang pernah berlaku adalah 'belt' atau 'belting' yang mengeluarkan bunyi
yang kurang menyenangkan seperti bunyi geseran.
Baik, penulis berkongsi dengan anda pengalaman penulis
sendiri mengenai masalah ini. Selama
beberapa tahun menggunakan kereta Perodua Viva 850, kereta ini sebenarnya tidak
memberi masalah yang banyak kepada penulis tetapi beberapa bulan yang lepas,
penulis menyedari semasa menghidupkan enjin kereta dan selepas menghidupkan
penyaman udara ataupun air cond kereta, sesuatu
bunyi yang kurang menyenangkan berpunca dari enjin kereta.
Apabila hal ini berlaku, penulis segera mengandaikan,
belt aircond kereta ini mungkin telah longgar ataupun telah sampai tempoh untuk
menukarnya. Kerana kesuntukan masa pada masa itu, penulis membiarkan masalah
tersebut di dalam anggaran sebulan. Apabila kereta bergerak dan penulis
hidupkan air cond, belting berbunyi dengan agak kuat tetapi bunyi tersebut akan
hilang dengan sendirinya apabila keadaan enjin telah panas sepenuhnya.
Beberapa rakan mengesyorkan untuk menuang air ataupun
menggunakan lilin pada bahagian belt kerana cara ini boleh mengurangkan
bunyi geseran pada belting tetapi cara ini tidak bertahan lama kerana bunyi
geseran pada belting akan berbunyi semula.
Apabila penulis berkesempatan untuk melakukan pemeriksaan di bengkel kereta, mekanik di bengkel berkenaan mengatakan belting air cond telahpun longgar tetapi masih boleh digunakan. Mekanik hanya mengetatkan belting tersebut dan ianya benar, bunyi geseran tersebut telah hilang.

Melalui pertanyaan penulis dengan mekanik yang
berpengalaman, belt Viva berbunyi disebabkan kemungkinan belting tersebut
telah longgar ataupun belting tersebut telahpun mula rosak, merekah serta keras, dan perlu
ditukar sebelum terjadi perkara yang lebih buruk, iaitu kemungkinan belt akan terputus.
Sekiranya belting terputus ia bukan sahaja membahayakan anda yang memandu tetapi, beberapa bahagian pada enjin akan mengalami kerosakan yang memerlukan kos pembaikan yang lebih tinggi. Nasihat penulis, apabila belt kereta anda berbunyi, lihatlah segera sejauh mana belting tersebut masih elok ataupun sebaliknya.

Sekiranya anda mendapati belting tersebut mengalami tanda-tanda kerosakan
seperti mengalami rekahan, benang pada belting mula terurai, anda perlu
menukarnya dengan segera. Jika belt tersebut berbunyi disebabkan
belt tidak ketat, anda hanya perlu
mengetatkannya semula.
Sebenarnya semasa anda menukar belt tersebut, pada bahagian belt itu telah tertera jangka hayat sesebuah belt dengan hayat penggunaan beberapa ribu kilo meter sahaja dan harus ditukar selepas kilo meter (KM) telahpun sampai.

Semoga tips dan pengalaman penulis ini membantu anda
mengenai masalah belt Perodua Viva anda berbunyi. Gunakan tindakan seperti
penulis syorkan kepada anda dan masalah belt berbunyi ini sebenarnya akan berlaku keatas kesemua jenis
kenderaan.
Nasihat penulis, jangan biarkan masalah ini berterusan terlalu lama kerana kemungkinan akan mengalami masalah kerosakan yang lebih serius. Tips terbaik, rujuklah segera dengan mekanik yang berpengalaman!
#Suber photo: PaulTan

I want to know which one is much more cost-effective, Perodua or Proton? Perodua Malaysia
ReplyDelete