Dimanakah kedudukan nombor casis motosikal anda? Bagi
sesetengah dari anda masih tidak mengetahui dimanakah kedudukan nombor
tersebut. Nombor casis tersebut adalah nombor pendaftaran bagi badan ataupun rangka motosikal
anda yang didaftarkan oleh pihak pengilang ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tahukah anda, semua badan (body) motosikal ataupun mana-mana kenderaan di Malaysia wajib mempunyai nombor casis masing-masing.
Pendek kata, nombor casis ini adalah umpama nombor kad pengenalan bagi kenderaan anda. Nombor enjin pula adalah pendaftaran keatas enjin motosikal anda

Cara mengenalpasti kedudukan nombor casis motosikal
Untuk mengenal pasti kedudukan nombor casis ini, anda
memerlukan kad ataupun geran mengenai motosikal anda kerana melalui kad
pendaftaran tersebut mengandungi butir-butir nombor casis, nombor enjin, nombor pendaftaran
kenderaan, pemilik, kekuatan kuasa kuda enjin, tahun didaftarkan, model
motosikal, tarikh tamatnya cukai jalan.
Apabila anda telah mendapatkan kad pendaftaran ini, apa yang perlu anda lakukan adalah alihkan kedudukan motosikal anda di dalam keadaan mengiring kerana kedudukan nombor casis benar-benar berhampiran enjin motosikal.
Tetapi pastikan anda tahu membezakan nombor pada bahagian enjin itu adalah nombor enjin dan nombor yang berhampiran dengan enjinnya pula adalah nombor casis.

Nombor casis ini akan diperlukan apabila cukai jalan motosikal anda telah tamat melebihi setahun dan anda akan diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM ataupun di bahagian Penguatkuasa JPJ sebagai prosuder biasa untuk menghidupkan semula cukai jalan dan juga insuran motosikal anda.
Selain dari itu, butir-butir motosikal anda akan diperlukan
termasuklah nombor pendaftaran motosikal anda sekiranya terjadinya hal yang tidak diingini
misalnya motosikal anda hilang.
Walau begitu, semua maklumat butir-butir tersebut ada melalui kad pendaftaran dan juga melalui system online JPJ. Untuk makluman anda, nombor casis ini sering disalah guna oleh pihak tertentu dengan mengubah nombor casis pada kenderaan yang diperolehi secara menyalahi undang-undang dan menjualnya semula melalui pasaran gelap.

Artikel ini ditulis hanya memenuhi keperluan pengguna
sebagai panduan am sahaja kerana melalui pemerhatian penulis, masih ramai
individu di luar sana yang masih tercari-cari dimanakah kedudukan sebenar
nombor casis pada motosikal mereka. Semoga ianya membantu! Kita akan berjumpa
lagi dalam artikel yang seterusnya.
ni nombor enjin bodoh bukan chasis
ReplyDelete