Bagi gologan wanita yang berminat di dalam kerjaya sebagai
jururawat, anda mempunyai peluang untuk memohon jawatan sebagai Jururawat
Masyarakat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kerjaya sebagai jururawat amat popular sekali dikalangan pelajar wanita yang baru menamatkan pelajaran mereka di peringkat SPM lebih-lebih lagi pada masa ini amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Diterima untuk menjawat jawatan ini membolehkan anda akan menikmati pelbagai keistemewaan yang sama seperti penjawat awam yang lain, walau begitu terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memohon ke jawatan ini.

Syarat wajib bagi pemohon Jawatan Jururawat Masyarakat Gred
U 19
Sebelum anda berhasrat untuk memohon ke jawatan ini, anda
harus meneliti semula kelayakan anda, adakah anda layak untuk memohon jawatan
ini seperti yang disyaratkan oleh JPA. Sebagai makluman anda syarat wajib untuk
memohon jawatan ini anda harus memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Anda haruslah Memiliki kewarganegaraan Malaysia dan harus
berumur sekurang-kurangnya tidak kurang 18 tahun semasa melakukan permohonan pada masa
tarikh iklan Jururawat Masyarakat dikeluarkan.
2. Pada peringkat Sijil SPM, anda haruslah lulus wajib
Bahasa Malaysia termasuklah lulus ujian lisan ataupun anda mempunyai kelulusan
yang setaraf dengan kelulusan ini yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
3. Anda telahpun menamatkan krusus yang diwajibkan serta telah
memperolehi sijil Jururawat Masyarakat yang secara sah diiktiraf olek kerajaan
Malaysia dan juga berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia serta berdaftar
dengan Lembaga Jururawat Malaysia. Bagi anda yang baru memohon ke jawatan ini,
anda akan dihantar terlebih dahulu untuk mengikuti krusus Jururawat Masyarakat dalam tempoh
yang ditetapkan sebelum layak untuk menjawat jawatan ini.
4. Tangga gaji permulaan yang anda layak perolehi adalah
adalah sebanyak RM1,284.27. Sebagai
rujukan, jadual gaji Minimum bagi jawatan ini adalah sebanyak RM936.00 dan gaji
maksimum adalah RM3,629.00 dengan kadar kenaikan RM100 setahun belum termasuk
elaun-elaun yang lain apabila anda telah layak dilantik secara sah ke jawatan
Jururawat Masyarakat Gred U19.
Syarat lantikan bagi KPSL
Bagi anda yang telah pun berkhidmat di dalam Jabatan
Kesihatan Malaysia dengan memegang jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan
atau Atendan Kesihatan, pihak berkuasa yang melantik boleh mempertimbang untuk
diserapkan ke jawatan Jururawat Masyarakat U19 dalam kenaikan pangkat secara
lantikan (KPSL).
Walau begitu, ia bergantung kepada kekosongan yang ada dan semasa anda memohon ke jawatan ini anda telahpun disahkan jawatan dan memiliki kelulusan peringkat sijil SPM dengan wajib lulus bahasa Malaysia dan juga lulus ujian lisan atau memiliki kelulusan yang setaraf dengan SPM serta berumur kurang 54 tahun dari tarik lantikan tersebut.

Diskripsi penugasan Jururawat Masyarakat U19
Sekiranya anda telah berjaya untuk memperolehi jawatan ini, anda
akan ditempatkan ke klinik-klinik desa, Rumah Bidan Kerajaan dan juga akan
ditempatkan di pusat-pusat kesihatan. Berikut adalah tugas-tugas hakiki anda apabila
berjaya dilantik ke dalam jawatan ini.
1. Bagi jururawat yang
ditempatkan di rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa, anda akan mengetuai
tempat tersebut.
2. Anda akan menjalankan tugas-tugas dengan memberikan perkhidmatan kepada ibu mengandung, bayi atau kanak-kanak,
perkhidmatan rawatan rumah ke rumah, pendidikan bagi kesihatan, menyambut
kelahiran bayi, dan juga perkhidmatan perancangan keluarga.
Untuk memohon jawatan ini, anda disaran untuk melakukan
permohonan di SPA8 melalui dalam talian dan tempoh sah permohonan anda
selalunya di dalam anggaran 2 tahun.
Semoga tips ini bermanfaat kepada anda dan sebagai pengetahuan awal bagaimana untuk memohon jawatan sebagai Jururawat Masyarakat U19. Jika anda memiliki keputusan SPM yang baik, besar kemungkinan anda akan ditawarkan untuk menjawat jawatan ini.

No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.