Adakah anda peminat
resepi Mee Kolok atau Kolo Mee? Ini ada satu berita gembira kepada anda yang
amat meminati dengan resipi mee ini, baru-baru ini syarikat Nestle Products
Sdn.Bhd di bawah Maggi Malaysia telah mengeluarkan satu resepi mee segera yang
dikenali sebagai Mi Kolo.
Resepi mee segera keluaran mereka adalah menyerupai resepi Mee Kolok atau Kolo Mee yang amat terkenal di negeri Sarawak dan juga Sabah berdasarka pengalaman sendiri penulis menikmati hidangan ini.
Resepi mee segera keluaran mereka adalah menyerupai resepi Mee Kolok atau Kolo Mee yang amat terkenal di negeri Sarawak dan juga Sabah berdasarka pengalaman sendiri penulis menikmati hidangan ini.
Mee Segera terbaru keluaran Maggi
Keluaran Maggi pada kali ini tampil berbeza dengan mee Maggi
keluarannya yang lain seperti Maggi Kari, Ayam, Soto dan Asam Laksa kerana
resepi mereka lebih menumpuhkan resepi yang sering menjadi hidangan kebanyakan
rakyat tempatan di negara ini terutamanya di restoran-restoran sebagai makanan
sarapan pagi.
Menurut pengalaman penulis, mee kolo ini adalah resepi yang paling popular di negeri Sarawak dan juga Sabah.
Menurut pengalaman penulis, mee kolo ini adalah resepi yang paling popular di negeri Sarawak dan juga Sabah.
Pihak Maggi telah menampilkan mee kolok keluaran mereka
dengan ‘packing big kombo’ dengan ‘tag line’ 2 in 1 Mi Kolo + Sup perisa daging
lembu dengan pack plastik yang berwarna merun. Di dalam satu bungkus mi segera
ini memiliki terdapat empat bungkus mi kolo.
Harga bagi satu bungkus di Pulau Labuan adalah di dalam anggaran RM 6.75.
Harga bagi satu bungkus di Pulau Labuan adalah di dalam anggaran RM 6.75.
Pada bungkusan mee ini mengatakan mee segera keluaran mereka
pada kali ini adalah yang pertama sekali berada di pasaran Malaysia dengan
gabungan resipi unik Mi Kolo berserta
dengan sup daripada perisa daging dan
juga disertakan minyak bawang putih dan bawang merah yang menjadikan begitu
menyelerakan dan beraromatik serta
menjanjikan kepuasan kepada pengguna.
Pengalaman merasai Mi Kolo segera
Baru-baru ini, penulis berpeluang untuk membeli sebungkus Mi
Kolo di sebuah pasaraya disini kerana penulis tertarik dengan Mi Kolo keluaran
terbaru Maggi dan ingin untuk mencuba sendiri resepi ini. Apa yang penulis
dapati, mee segera ini perlu disediakan dengan hanya empat langkah mudah
seperti yang disyorkan oleh mereka.
1. Anda perlu merebus mee tersebut ke dalam air bersih
didalam anggaran 400ml sehingga mendidih dan pastikan mee tersebut telah
benar-benar lembut dan barulah diasingkan dan pastikan ianya telah kering.
2. Bagi perencah pula, tuang perencah keatas pinggan
berserta dengan perencah minyak.
3. Mee yang telah dikeringkan tadi perlu digaul ke bersama
dengan perencah sehingga sebati.
4. Untuk penyediaan sup pula, dengan anggaran air bersih
150ml, didihkan dalam anggaran satu minit dan masukkan perencah sup. Selesai,
siap untuk dihidangkan!
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.