Tips ini mungkin amat sesuai bagi mereka yang amat
mementingkan kebersihan kereta atau mereka yang sering mengikuti pertandingan ‘auto
show’.
Mengikut pandangan anda bagaimana cara yang paling berkesan untuk mengilatkan rim tayar kereta anda? Atau cara untuk mengilatkan rim tayar kereta yang telah berkarat?
Di pasaran terutama sekali kedai-kedai asesori kereta memiliki banyak sekali produk bagi formula mengilatkan rim tayar kereta walau begitu ia masih belum mampu mengilatkan sepenuhnya rim kereta yang telah berkarat.

Persedian bahan-bahan untuk mengilatkan rim tayar kereta
Ini adalah rahsia yang masih kurang diketahui oleh ramai
orang cara yang ampuh bagi mengilatkan rim tayar kereta dan sebenarnya, cara
ini telah digunakan oleh orang-orang lama bagi mengilatkan tembaga yang telah berkarat, walau begitu
ianya juga amat sesuai bagi mengilatkan rim tayar kereta.
Baik, berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan sebelum mengilatkan rim kereta anda.
Baik, berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan sebelum mengilatkan rim kereta anda.
- 1 Paket asam jawa
- Produk autosol
- 2 Kain tuala berukuran kecil
- Sebuah besen atau baldi
Baiklah, sebagai persediaan untuk mengilatkan rim tayar
kereta anda, dapatkan satu paket asam jawa yang boleh diperolehi di mana-mana
pasar raya dan 1 produk autosol yang boleh diperolehi di kedai asesori kereta
atau kedai hadware.
Apa yang perlu anda lakukan, isi air pada besen atau baldi dengan anggaran air separuh dari besen atau baldi.
Apa yang perlu anda lakukan, isi air pada besen atau baldi dengan anggaran air separuh dari besen atau baldi.
Masukkan 10 hingga 15 biji asam jawa ke dalam baldi yang
berisi air dan kacau sehingga asam jawa tersebut menjadi cair dan pastikan
air pada baldi telah kelihatan keruh dengan campuran air asam jawa tersebut.
Dengan menggunakan kain tuala, sental dan bilas
keempat-empat rim tayar kereta anda dengan air asam jawa itu tadi dan pastikan
air asam jawa tersebut telah membasahi
keseluruhan permukaan rim tayar dan biarkan dalam anggaran 15 hingga 20 minit.
Apakah rasional menggunakan cara ini? Sebagai pengetahuan anda, air asam jawa akan bertindak balas terhadap permukaan logam dan akan merungkai elemen-elemen penyebab karat.
Apakah rasional menggunakan cara ini? Sebagai pengetahuan anda, air asam jawa akan bertindak balas terhadap permukaan logam dan akan merungkai elemen-elemen penyebab karat.
Apabila masa telah sampai dalam anggaran 15 hingga 20 minit,
dengan menggunakan produk autosol yang diletakkan sedikit pada tuala yang
kering, sental dan gosok dengan cara
pusingan jam di setiap penjuru rim tayar kereta anda.
Anda akan dapati permukaan rim yang tidak berkilat dan elemen karat akan tertanggal dan kelihatan sangat berkilat.
Gunakan autosol secara berulang-ulang kali sehingga anda benar-benar berpuas hati terhadap kebersihan rim kereta anda.

Untuk pengetahuan anda, autosol adalah satu produk paling
ampuh yang direka oleh barat untuk menggilap atau mengilatkan semua jenis logam
tetapi ianya amat berkesan sekali bagi keluli tahan karat, krom, tembaga, dan
gangsa.
Diharap tips ini bermanfaat kepada anda dan sekiranya anda mempunyai tips-tips yang lain, kongsikan dengan kami disini. Baca juga,
Diharap tips ini bermanfaat kepada anda dan sekiranya anda mempunyai tips-tips yang lain, kongsikan dengan kami disini. Baca juga,
Nak basuh dlu ke rim lepas dah letak asam jawa bang
ReplyDeleteNak basuh dlu ke rim lepas dah letak asam jawa bang
ReplyDeleteya, basuh dulu
Delete