Cara masak sup ayam yang amat mudah sekali disediakan dengan
menggunakan resipi utama rempah sup
bunjut Adabi.
Bagi anda yang ingin merasa kelainan sup ayam, anda disyorkan untuk menggunakan rempah sup bunjut Adabi yang boleh diperolehi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit dengan harga yang amat murah sekali.
Rempah sup bunjut ini telah dibungkus dengan paket kecil terdiri dari bahan-bahan seperti ketumbar, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, jintan manis, bunga cengkih dan yang terakhir sekali adalah lada hitam.

Bahan-bahan untuk memasak sup ayam dengan rempah sup bunjut Adabi
Sebenarnya panduan ini adalah yang disarankan oleh pihak
Adabi sendiri bagi cara-cara penyediaan sup yang boleh juga anda rujuk melalui panduan
yang tertera di belakang paket rempah
sup Adabi. Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan.
1. Sepeket rempah sup bunjut Adabi
2. Daging ayam dalam anggaran 300 gram
3. Bawang putih yang perlu ditumbuk sebanyak dua ulas
4. Bawang merah yang perlu ditumbuk sebanyak enam ulas
5. Halia dalam anggaran ½ inci yang perlu anda ketuk
6. Kentang dalam anggaran empat biji dan setiap biji dibelah
empat
7. Air bersih dalam anggaran enam cawan
8. Garam
9. Minyak masak digunakan untuk menumis
10. Daun sup ataupun bawang goreng untuk menambahkan
kelazatan serta sebagai hiasan
Panduan memasak sup ayam rempah bunjut
Apa yang perlu anda lakukan, panaskan terlebih dahulu minyak
di dalam kuali atau periuk belanga dan masukkan bahan-bahan yang telah
disediakan tadi seperti bawang putih, bawang merah dan juga halia. Pastikan
bahan-bahan tersebut telah naik baunya dan kelihatan berwarna kekuning-kuningan.
Seterusnya masukkan air bersih sebanyak enam cawan itu tadi
dan disusuli dengan bahan-bahan seperti daging ayam, kentang, dan rempah sup
bunjut Adabi.
Dengan menggunakan api yang sederhana, anda perlu menunggu di dalam anggaran ½ jam ataupun biarkan sehingga ianya mendidih. Apa yang paling penting, pastikan ayam telah pun masak sepenuhnya serta kentang telah menjadi empuk.

Sekiranya anda mahukan sup ini agak terasa pedas sedikit, anda boleh menambahkan cili merah keatas sup tersebut untuk menjadikan sup anda benar-benar menyelerakan.
Sebenarnya, rempah sup bunjut ini bukan sahaja untuk sup ayam tetapi amat sesuai untuk memasak sup daging atau sup tulang. Baca juga cara masak Resepi Ayam Masak Kicap Sabah yang super simple.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.