Ramai diantara anda ingin membuat pinjaman peribadi di bank
kerana memerlukan wang dalam dalam jumlah yang banyak untuk tujuan bisnes,
membeli rumah, untuk bayaran deposit kereta, modal memulakan perniagaan, atau,
bermcam-macam tujuan hinggakan sesetengah dari anda telah beberapa kali
melakukan ‘overlap’ pinjaman mereka di bank-bank tempatan di Malaysia.
Kadang-kadang bagi mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi melalui slip gaji dan bayaran-bayaran hutang lain, permohonan pinjaman mereka tidak akan diluluskan oleh pihak bank.
Kadang-kadang bagi mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi melalui slip gaji dan bayaran-bayaran hutang lain, permohonan pinjaman mereka tidak akan diluluskan oleh pihak bank.
Cara mengira kelayakan gaji untuk buat pinjaman di bank
Bagi anda yang tidak mengetahui cara pengiraan gaji yang
sebenar, anda merasakan kelayakan gaji anda masih layak untuk melakukan
pinjaman peribadi tetapi sebenarnya anda telah melepasi had yang ditetapkan
oleh Bank Negara iaitu melepasi 60% komitmen.
Bukan sahaja potongan melalui slip gaji tetapi hutang-hutang yang tidak termasuk di dalam potongan slip gaji misalnya kad kredit, pinjaman sewa beli kereta, motosikal, dan bayaran hutang yang lain.
Sekiranya anda mengetahui cara pengiraan kelayakan gaji anda, sudah tentunya anda tidak perlu bersusah-susah datang ke bank untuk melakukan permohonan pinjaman sekiranya gaji anda telah pun melepasi 60%. Baik berikut adalah contoh pengiraan kelayakan gaji anda.

Contoh pengiraan gaji, layak atau tidak buat pinjaman
peribadi di bank
Sebenarnya formula ini amat mudah sekali dan cara kiraan ini
lah yang diguna pakai oleh pihak bank untuk mengira kelayakan gaji anda.
Formulanya adalah seperti ini, semua komitmen anda (hutang), bahagikan(÷) dengan gaji kasar dan darabkan (x) dengan seratus (100).
Berikut adalah contoh gaji individu yang bernama encik John yang ingin melakukan pinjaman peribadi di bank.

- Contoh gaji Encik John
- Basic terkini= RM5,000
- Elaun-elaun = RM 800
- Jumlah pendapatan kasar= RM5,800
- Potongan komitmen dalam slip gaji
- Potongan angkasa= RM1,200
- Potongan perumahan= RM 1,500
- Jumlah komitmen dalam slip gaji= RM2,700
- Komitmen luar dari slip gaji (bayaran tetap dan tidak berubah) seperti bayaran kereta dan kad kredit= RM 800
- Jumlah keseluruhan komitmen dalam slip gaji dan luar slip gaji= RM 3,500
- 3,500 ÷ 5,800 x 100= 60.3%
Bagi pendapat peribadi penulis, anda harus menyatakan secara jujur kepada pihak bank semasa melakukan kiraan gaji anda dan komitmen luar dari slip gaji kerana anda sebenarnya akan menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk lagi selepas melakukan pinjaman kerana komitmen potongan pinjaman tersebut.
Kiraan ini adalah berdasarkan formula yang diajar sendiri
oleh pihak Bank Negara semasa penulis mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh
pihak mereka. Kiraan ini amat mudah difahami dan anda boleh mencuba untuk
mengira kiraan peratus kelayakan anda sekarang.
Sekiranya anda mempunyai formula yang lain, anda boleh berkongsi dengan kami disini, serta sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruang komen. Penulis cuba untuk menjawab secepat yang boleh. Sekian perkongsian ini, semoga maju jaya.

Selamat hari,
ReplyDeleteSaya orang Filipina, saya ingin melabur dalam perniagaan anda dengan niat baik. Saya mempunyai modal sendiri untuk pelaburan yang menguntungkan. Saya juga memberi pinjaman kepada swasta dan komersial dengan kadar faedah tahunan yang sangat rendah sehingga 3% dalam tempoh pembayaran untuk mana-mana bahagian dunia.
Adakah anda memerlukan kredit dengan faedah 3% per tahun dari jumlah keseluruhan yang anda perlukan untuk membiayai atau perkongsian 50/50% untuk jangka masa 1 hingga 10 tahun? Saya ingin mengetahui pilihan anda untuk membolehkan kami menjalankan rundingan. Jumlah pembiayaan maksimum adalah $ 100 juta USD.
Hubungi EMAIL: [email protected]
URL laman web: http://voorhinvestcorp.com/
WhatsApp: +1 4704068043
LINE ID: philipvoor
EMAIL: [email protected]
TERIMA KASIH
FILIP VOORHEES.