Gagal SPM bukan bererti ada akan gagal selama-lamanya.
Perkataan ini harus dijadikan sebagai pedoman kepada anda bagi meneruskan
kehidupan atau untuk menguatkan semangat anda bagi menjalani kehidupan yang
akan datang.
Bagi anda yang telah gagal di dalam peperiksaan SPM, jangan bersedih hati kerana SPM bukan penentu dimana hala tuju kehidupan anda yang akan datang. Apa-apa pun sekiranya anda gagal di dalam peperiksaan ini, berusaha semula untuk mengulangi peperiksaan tersebut kerana ruang pilihan sentiasa terbuka kepada anda, apa yang penting niat dan usaha anda.

Tindakan perlu dilakukan apabila gagal di dalam SPM.
Alam persekolahan adalah saat-saat yang paling menyeronokan
di dalam kehidupan seseorang pelajar dimana anda bebas bertemu dengan kawan-kawan
anda tanpa halangan dan tanpa memikirkan masalah-masalah kewangan kerana kedua
orang tua anda akan memberikan anda bantuan dari segi kewangan.
Kerana keseronokan di alam persekolahan, sesetengah pelajar akan menjadi leka terutama sekali tanggungjawab utama mereka iaitu belajar dan seterusnya memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan.

Pelajar yang leka untuk menumpuhkan perhatian semasa di alam
persekolahan selalunya berakhir memperolehi keputusan yang kurang baik di akhir
peperiksaan dan saat yang menyedihkan bagi pelajar apabila memperolehi
keputusan yang teruk atau erti kata lain gagal di dalam peperiksaan SPM
sedangkan rakan-rakan yang lain memperolehi keputusan yang cemerlang.
Sebaik-baiknya apabila keputusan SPM telahpun keluar dan
anda dapati telah gagal di dalam peperiksaan tersebut, daftarkan diri anda
dengan segera bagi mengulang semula subjek mata pelajaran yang telah gagal.
Ini kerana keputusan hanya dikira apabila anda mengambil peperiksaan SPM di dalam tiga tahun berturut-turut dan selepas daripada itu, anda harus mengambil kesemua mata pelajaran semula kerana mengambil mata pelajaran selang melebihi tiga tahun, ia tidak akan diikhtiraf.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat
pendidikan yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda dan selalunya
permohonan ini dibuka pada setiap awal bulan mac atau selepas keputusan
peperiksaan SPM keluar.
Anda boleh memohon sebagai calon persendirian atau mungkin sekolah lama anda masih boleh menerima semula calon SPM yang telah gagal sebagai pelajar mereka. Mungkin anda berminat untuk membaca artikel ini, Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk Panduan Pelajar.

Cuba ikuti krusus-krusus yang memerlukan kemahiran.
Bagaimana jika anda tidak berminat untuk mengulang semula
peperiksaan SPM? Pilihan berada di tangan anda, sekiranya boleh, anda disaran
untuk mengulang semula peperiksaan tersebut kerana pada masa kini, kebanyakan
syarikat-syarikat swasta atau kerajaan memerlukan sijil SPM yang telah lulus
bagi membolehkan anda memohon untuk mendapatkan kerja.
Sekiranya anda benar-benar bertekad untuk tidak lagi ingin mengambil semula peperiksaan SPM, anda masih mempunyai pelbagai pilihan yang lain tetapi memerlukan pilihan yang tepat.

Apabila anda tidak lagi berminat untuk belajar, perkara
penting yang perlu anda focus adalah mengenai hala tuju kerjaya anda.
Pada masa kini, kebanyakan syarikat-syarikat swasta memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk bekerja di dalam syarikat mereka sendiri, oleh itu anda disaran untuk mengikuti krusus-krusus yang menawarkan kemahiran seperti krusus automobile, pendawaian, automotif, mekanikal, penyelengaraan, dan bermacam-macam lagi.
Selalunya krusus-krusus kemahiran ini ditawarkan oleh Giat Mara dan kolej-kolej swsta. Krusus ini amat berguna sekali bagi persediaan anda untuk mudah diterima di alam pekerjaan nanti.

Cari jawatan kosong di syarikat yang kukuh.
Bagaimana jika tidak berminat untuk mengikuti krusus-krusus
kemahiran?
Sebenarnya, kemahiran adalah senjata untuk mudah memperolehi sesuatu pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan tetapi jika anda merasakan anda tidak mempunyai minat dalam krusus-krusus ini, mungkin idea untuk mencari pekerjaan di syarikat-syarikat yang kukuh umpamanya Pasaraya Giant, pasaraya Tesco, pasaraya Servay, McDonald, KFC, Pizza Hut, dan lain-lain lagi.
Kenapa anda mencari pekerjaan di syarikat yang kukuh ini?

Baik, apa pun jawatan anda semasa diterima bekerja, paling
penting sekali, anda harus bertahan selama yang boleh di syarikat tersebut.
Mungkin semasa anda mula-mula diterima bekerja, anda hanyalah seorang pelayan biasa di restoran segera KFC misalnya, jika anda bekerja bersungguh-sungguh dan bertahan bertahun-tahun, syarikat akan menghargai usaha anda dan apa yang pasti tidak mustahil anda akan menjadi seorang manager di restoran KFC.

Penulis mempunyai dua rakan yang hanya memiliki kelulusan
PMR, seorang telah bekerja di restoran KFC dan seorang bekerja di sebuah
pasaraya Milemewah di Sabah beberapa belas tahun yang lepas.
Kerana kesungguhan mereka bertahan di dalam kedua-dua syarikat ini, rakan penulis yang bekerja di restoran KFC kini telah menjadi seorang Pengurus di sebuah restoran KFC di Kota Kinabalu, manakala yang bekerja di pasaraya Milemewah telah menjadi seorang pengurus di dalam pasaraya tersebut.

Melihat kedua-dua senario tersebut, dapat kita gambarkan
kebaikan bertahan sesuatu pekerjaan di syarikat-syarikat yang kukuh kerana ia
akan memberikan anda peluang untuk mengembangkan pengalaman anda selama
bertahun-tahun di syarikat tersebut sehingga tidak musthil dilantik sebagai
pengurus syarikat.
Baca juga, Tips Dapat Jawatan Kosong Swasta.

Penutup
Peperikasaan SPM adalah penting bagi anda yang ingin
meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan salah satu syarat utama
bagi memohon jawatan-jawatan di dalam perkhidmatan awam.Walau begitu, bagi syarikat swasta, mereka amat mementingkan kemahiran dalam sesuatu bidang. Anda harus mampu mengambil keputusan tepat dan bijak didalam pemilihan hala tuju hidup anda.
Hidup hanya sekali, adalah amat merugikan sekiranya anda tidak melakukan yang terbaik di dalam kehidupan anda.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.