Apakah portal berita online yang paling kerap dikunjungi di
Malaysia? Baik, berita-berita online yang paling kerap dikunjungi mungkin
disebabkan portal berita tersebut kerap memaparkan berita-berita yang panas dan
terpercaya hinggakan ianya menjadi kesukaan ramai orang dan sering mengunjungi
web berkenaan.
Web-web ini memiliki reputasi yang amat baik hinggakan dikunjungi berpuluh ribu orang setiap hari, walau begitu ranking ini boleh berubah-ubah setiap masa bergantung kepada paparan berita yang disampaikan kepada orang ramai.
Web-web ini memiliki reputasi yang amat baik hinggakan dikunjungi berpuluh ribu orang setiap hari, walau begitu ranking ini boleh berubah-ubah setiap masa bergantung kepada paparan berita yang disampaikan kepada orang ramai.
Top 10 berita online paling kerap dikunjungi di Malaysia
menurut alexia.com
Sumber ini diperolehi
dari rangking alexa.com yang mana web ini akan menganalisis dan menyimpan
data-data bagi semua web di seluruh dunia dan akan memberikan rank setiap web melalui analisis dari system mereka.
Berikut adalah portal berita yang paling kerap dikunjungi oleh orang ramai dan berada di Malaysia pada awal tahun 2016.
Berikut adalah portal berita yang paling kerap dikunjungi oleh orang ramai dan berada di Malaysia pada awal tahun 2016.
1. Malaysiakini.com (Rank 29)
Laman portal berita yang sering berada di ranking pertama
bagi kategori berita adalah web Malaysiakini.com. Web portal berita ini sering
memaparkan berita-berita dalam Negara terutamanya mengenai isu-isu politik
dalam Negara dan menjadi pilihan utama pembaca online. Web ini boleh dibaca
melalui empat bahasa iaitu, bahasa inggeris, bahasa Malaysia, Cina, dan India.
2. Thestar.com.my (Rank 34)
Kategori portal berita yang paling kerap yang kedua adalah
web thestar.com.my yang mana, portal
online ini memaparkan berita-berita dalam dan luar Negara, gaya hidup
masyarakat Malaysia, berita sukan, bisnes, pembelajaran, dan banyak lagi.
3. Tribunnews.com (Rank 49)
Sebenarnya portal berita ini berpangkalan di Indonesia dan
memaparkab berita-berita dalam Negara Indonesia. Mungkin ianya kerap dikunjungi
oleh golongan masyarakat Indonesia yang berada di Negara Malaysia untuk
bekerja, belajar dan sebagainya. Atau terdapat berita yang mengemparkan dari Negara
berkenaan.
4. Themalaysianinsider.com (Rank 53)
Themalaysianinsider.com adalah portal berita online yang
memaparkan berita-berita semasa dalam Negara seperti isu-isu politik,
lifestyle, berita dunia, berita sukan dan bisnes. Web ini ditulis dalam bahasa
inggeris dan berada di ranking ke-4
portal berita paling kerap dikunjungi.
5. Sinarharian.com.my (Rank 79)
Web portal berita yang seterusnya adalah Sinarharian.com.
Web ini amat dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana bukan sahaja
berita ini boleh dibaca menerusi online tetapi melalui akhbar-akhbar yang
dijual di serata negeri setiap hari. Web ini memaparkan berita-berita tempatan,
sukan, viral, makanan, hiburan, politik, wawancara, dan pelbagai lagi. Web ini
memiliki dua bahasa utama iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.
6. liputan6.com (Rank 80 )
Web portal berita ini memaparkan berita-berita tempatan,
politik, sukan, dan gossip artis bagi Negara Indonesia dan berpangkalan di Indonseia.
Sama seperti Tribunnews.com, mungkin web ini dibaca oleh kebanyakan masyarakat
Indonesia yang berada di Negara Malaysia bagi mengetahui isu-isu dalam Negara mereka.
7. Dailymail.co.uk (Rank 83)
Portal berita ini memamparkan berita-berita utama dari
England, US, dan Australia serta berita dunia, sukan, gossip artis barat,
bisnes, dan banyak lagi. Mungkin portal berita ini dibaca oleh kebanyakan
pelancong yang berada dalam Negara Malaysia dan juga rakyat Malaysia itu
sendiri bagi mengetahui berita-berita luar Negara.
8. Hmetro.com.my (Rank 87)
Portal berita ini amat dikenali sekali oleh kebanyakan
rakyat Malaysia kerana berita ini bukan sahaja boleh dibaca melalui online
tetapi melalui akhbar harianmetro yang diedarkan di seluruh Negara setiap hari.
Portal berita ini akan memaparkan berita-berita tempatan, politik, viral,
sukan, kewangan, berita dunia, berita artis tempatan, pembelajaran, serta
banyak lagi.
9. Utusan.com.my (Rank 91)
Portal berita ini telah pun wujud puluh tahun yang lepas dan
masih kekal hingga sekarang menyampaikan isu-isu semasa dalam Negara seperti
politik, sukan, bisnes, berita dunia. Web ini bukan sahaja boleh dibaca
menerusi internet tetapi boleh diperolehi menerusi akhbar Utusan yang diedarkan
di serata negeri setiap hari.
10. Freemalaysiatoday.com (Rank 93)
Portal berita online yang terakhir berada di tangga ke-10
adalah freemalaysiantoday.com, web ini memaparkan isu-isu semasa dalam Negara,
sukan, bisnes, dan berita dunia. Web in ditulis dalam bahasa inggeris.
Ini adalah web berita yang paling kerap dikunjungi oleh
masyarakat dalam Negara Malaysia, walau begitu, kedudukan web ini boleh
berubah-ubah setiap masa bergantung kepada isu-isu semasa yang disampaikan.
Anda boleh merujuk kedudukkan web yang tersohor dalam Negara atau peringkat
dunia dengan merujuk kepada web alexa.com. Baca juga Top 50 Laman Web Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.