Persolan ini mungkin menjadi tanda tanya bagi mereka yang
ingin merancang bercuti ke Pulau Labuan tanpa
membawa kenderaan sendiri dari terminal feri menumbok.
Pada masa ini terdapat dua perkhidmatan pengangkutan utama daripada Menumbok ke Labuan. Yang pertama adalah dengan menaiki feri kenderaan dan yang kedua adalah dengan menggunakan perkhidmatan speed bot.
Sebenarnya sebelum ini terdapat perkhidmatan feri ekspress melalui Menumbok tetapi kini ianya diambil alih oleh speed bot sahaja.

Menaiki feri penumpang dan kenderaan (ro-ro)
Jika anda ingin menaiki feri penumpang dan kenderaan melalui Menumbok
terdapat beberapa feri kenderaan yang
akan berulang-alik ke Labuan setiap hari untuk membawa kenderaan dan
juga penumpang.
Untuk mengetahui jadual perjalanan feri ini anda boleh merujuk JadualTerkini Feri Kenderaan Labuan (Ro-Ro) bagi memudahkan perjalanan anda, walau begitu sebenarnya feri ini sentiasa ada di Menumbok mengikut jadual yang ditetapkan.
Apa yang paling penting adalah anda harus melakukan pembelian tiket bagi penumpang di kaunter di terminal feri Menumbok dan juga melakukan pembayaran tiket cukai penumpang di kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah di terminal tersebut.

Sekiranya anda telah mendapatkan tiket-tiket anda, apa yang
perlu lakukan adalah menunggu feri kenderaan sama ada ianya telah berada di
terminal tersebut atau sebaliknya.
Sekiranya feri kenderaan ini telah pun berada di jeti, anda harus menaiki feri untuk mendapatkan tempat duduk yang berada di atas feri.
Sebelum anda menaiki feri, krew kapal akan meminta anda menunjukkan tiket anda terlebih dahulu barulah anda boleh menaiki kapal ini.

Perjalanan ini mengambil masa dalam anggaran sejam lebih
untuk sampai ke Terminal feri kenderaan Labuan.
Bagi mereka yang ingin menikmati suasana di dalam feri kenderaan serta ingin menikmati pemandangan laut dan pulau-pulau yang boleh dilihat semasa di dalam perjalanan waktu siang hari, idea untuk menaiki feri kenderaan adalah satu idea yang bagus selain anda juga boleh mendapatkan photo-photo yang cantik semasa anda berada di atas feri berlatarbelakang laut yang indah.

Menaiki speed bot
Idea untuk menaiki bot laju adalah idea bagi mereka yang
ingin sampai cepat ke Labuan. Semasa berada di terminal feri Menumbok, anda
boleh terus mendapatkan tiket anda di kaunter-kaunter speed bot di dalam
terminal tersebut dan anda tidak perlu mendapatkan tiket cukai penumpang
kerana cukai ini dikhaskan untuk bagi
mereka yang ingin menaiki feri kenderaan sahaja.
Apabila anda telah mendapatkan tiket anda, anda harus menunggu di ruang khas untuk penumpang menunggu dan tunggu sebentar sehingga nombor speed bot anda akan dipanggil melalui pembesar suara.

Perjalanan dari Menumbok ke Labuan hanya mengambil masa
dalam anggaran 15 minit ke 20 minit untuk sampai di Terminal Feri Antarabangsa
Labuan yang mana speed bot ini beroperasi setiap hari bagi mengangkut penumpang
ke Labuan atau ke Menumbok.
Speed bot ini memang laju tetapi jangan risau, mereka amat cekap mengendalikan bot. Walau begitu, semasa musim berangin atau cuaca kurang baik, perjalanan menaiki bot laju agak mencabar bagi individu yang tidak perna menaiki bot laju

Sekiranya anda datang ke Labuan semata-mata bercuti, apa salahnya anda menaiki feri kenderaan yang bergerak perlahan sambil anda menikmati pemandangan yang indah?
Mungkin anda ingin mencuba menaiki speed bot apabila balik ke Sabah selepas puas bercuti di Labuan. Baca juga artikel Perlukah Membawa Kereta Semasa Bercuti Di Pulau Labuan.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.