Dimana tempat lepak menarik waktu malam di Kota Kinabalu?
Saya ingin memberi anda panduan terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali datang di bandaraya ini dan ingin mencari tempat yang best untuk bersantai.
Mungkin tempat yang saya akan nyatakan ini sesuai bagi anda yang baru pertama sampai di bandaraya ini dan ingin membawa kawan-kawan, kekasih atau keluarga untuk bersantai-santai selepas anda membawa mereka dari membeli belah ataupun anda baru sahaja makan malam bersama mereka di restoran di sekitar-sekitar K.K.

Tempat lepak pilihan orang ramai di Kota Kinabalu
Bagi kebanyakan masyarakat yang tinggal di Kota Kinabalu,
tempat lepak pada waktu petang dan waktu malam yang terbaik dan amat popular
sekali adalah bertempat di pantai Tanjung Aru.
Pada waktu petang, pantai ini tempat untuk bersantai sambil melihat matahari terbenam dan sambil menikmati minuman air kelapa yang segar bersama dengan kepak ayam panggang resepi Sabah.
Pantai ini juga tempat pilihan untuk mandi dan aktiviti riadah pada hujung minggu. Terdapat beberapa hotel serta resort yang menghadap pantai Tanjung Aru bagi mereka yang ingin menikmati percutian yang menarik di Kota Kinabalu.

![]() |
Matahari terbenam Pantai Tanjung Aru |
Selepas anda makan malam atau ingin bersantai di kawasan pantai ini anda boleh menikmati jeruk buah, kacang rebus, dan banyak lagi yang banyak dijual di gerai-gerai berhampiran kawasan ini.
Bagi saya, anda harus wajib untuk datang untuk berjalan-jalan di kawasan ini untuk menikmati keindahan pantai serta suasana kemeriahan pada waktu malam.
Tempat menarik pilihan bagi mereka yang berkeluarga
Bagi mereka yang telah berkeluarga di Kota Kinabalu tempat
menarik bagi pilihan mereka untuk lepak pada waktu malam adalah bertempat di
Taman Perdana Park di Hone Place.
Lokasi ini hanya berhampiran dengan Pantai Tanjung Aru. Apa yang menarik di kawasan ini? Tarikan di kawasan ini adalah persembahan air pancutan berirama yang mana pancutan air mengikut irama muzik yang dialunkan berserta cahaya lampu yang menarik di kawasan tengah-tengah tasik yang luas.
Melalui pemerhatian saya, jadual pancutan air berirama adalah seperti berikut,

Jadual Persembahan Pancutan air berirama Taman Perdana Hone Place Kota Kinabalu
Isnin hingga Khamis
- Set Pertama: 7.00 pm
- Set Kedua: 7.30 pm
- Set Ketiga: 8.00 pm
- Set Keempat: 8.30 pm
- Set Kelima: 9.00 pm
- Set Pertama: 7.00 pm
- Set Kedua: 7.30 pm
- Set Ketiga: 8.00 pm
- Set Keempat: 8.30 pm
- Set Kelima: 9.00 pm
- Set Keenam: 9.30 pm
Apa yang menarik di kawasan ini, tempat ini cukup terjaga, luas, kawasan parking kereta yang luas,kemudahan tandas yang bersih, kemudahan makanan restoran makanan tempatan dan juga western food.
Berhampiran dengan tasik ini juga terdapat kemudahan playground yang sesuai untuk anak-anak bermain. Masuk di kawasan Taman Perdana adalah percuma tetapi jika anda membawa kenderaan anda seperti kereta, anda hanya akan dikenakan bayaran parking yang perlu dibayar semasa anda keluar di kawasan tersebut.
![]() |
Persembahan pancutan air berirama Perdana Park |
Sebenarnya, masih terdapat banyak tempat untuk lepak yang menarik di Kota Kinabalu pada waktu malam tetapi saya ingin berkongsi kepada anda dua tempat yang paling popular setakat ini dan menjadi pilihan utama bagi warga di bandaraya ini.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.