McDonalds adalah salah satu makanan segera yang paling
popular di Malaysia kerana bukan sahaja menyediakan makanan yang disukai ramai
tetapi ia juga menjanjikan perkhidmatan yang paling pantas kepada pelanggan
yang melakukan pesanan semasa berada di restoran mereka.
Tips pada kali ini adalah panduan bagaimana melakukan pesanan atau oder makanan McDonalds Delivery dengan cara yang mudah.
McDonalds Delivery adalah satu perkhidmatan pesanan makanan segera hanya melalui online atau di dalam talian dan pihak resoran segera ini akan menghantar makanan anda di alamat tempat tinggal anda dengan kadar segera.
Walau begitu perkhidmatan ini tertakluk kepada kawasan-kawasan yang terpilih sahaja.

![]() |
Web Rasmi McDonalds Delivery |
Pada dasarnya, perkhidmatan McDonalds Delivery mempunyai
semua rangkaian di seluruh Malaysia tetapi melalui pemerhatian penulis, hanya bandar-bandar
utama sahaja yang menawarkan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah
mengikut mengikut lokasi yang terpilih, walau begitu McDonald cuba meluaskan
perkhidmatan ini dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan ini menjadikan ianya amat popular kerana beroperasi selama 24 jam dan amat membantu bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk keluar rumah atau pejabat untuk membeli makanan.
Perkhidmatan ini menjadikan ianya amat popular kerana beroperasi selama 24 jam dan amat membantu bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk keluar rumah atau pejabat untuk membeli makanan.
Cara-cara oder makanan anda melalui perkhidmatan McDonalds
Delivery
Sebelum melakukan pesanan makanan anda melalui McDonalds
Delivery, pastikan di kawasan anda ada menawarkan perkhidmatan ini dengan
bertanyakan terus kepada restoran McDonalds di kawasan anda ataupun merujuk
dengan mengunjungi web rasmi mereka di https://www.mcdelivery.com atau melakukan
panggilan terus melalui hotline McDonalds Delivery di di talian 1300-13-1300.
Mengikut cara yang disyorkan oleh McDonalds sendiri, anda
harus membuka akaun anda di web rasmi mereka di https://www.mcdelivery.com dengan memasukan butir-butir seperti alamat
email anda, nama anda, nombor telefon yang boleh dihubungi, dan alamat kediaman
untuk penghantaran pesanan.
Apabila anda telah selesai membuka akaun melalui web mereka, sila buka semula email anda untuk mengaktifkan akaun anda.
Kini anda boleh melakukan pesanan terus melalui web rasmi mereka secara di dalam talian dengan memilih menu-menu yang disediakan di web tersebut. Anda juga boleh memuat turun aplikasi mereka melalui telefon pintar.

Syarat bagi pesanan pembelian minima adalah sebanyak RM18
tidak termasuk caj GST sebanyak 6% dan anda juga boleh melakukan pesanan
sehingga melebihi harga RM120 tetapi anda harus melakukan pesanan awal kerana
pesanan yang banyak memerlukan pihak penghantaran memerlukan masa dalam
anggaran 2 jam untuk pesanan anda sampai di alamat yang anda tetapkan.
Apa yang paling penting sekali, setiap pesanan anda sama ada
ianya berjaya atau tidak boleh dilihat melalui email atau anda boleh
menghubungi terus talian McDonalds Delivery di 1300-13-1300.
Anda juga boleh terus melakukan pesanan melalui talian hotline berkenaan tetapi pastikan perkhidmatan penghantaran tersedia di lokasi kediaman anda.
Anda juga boleh terus melakukan pesanan melalui talian hotline berkenaan tetapi pastikan perkhidmatan penghantaran tersedia di lokasi kediaman anda.
Untuk pengetahuan yang lebih teliti, anda harus merujuk sepenuhnya melalui web rasmi mereka. Semoga panduan ini membantu anda. Mungkin juga anda berminat mengetahui panduan Cara Oder KFC Delivery.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.