Terdapat pelbagai cara masyarakat di Malaysia untuk beroleh
kemenangan dalam permainan nombor ramalan 4D hinggakan ada diantara mereka
sanggup dan masih percaya kepada alam mistik umpamanya mereka percaya buah
pisang kembar mampu memberikan nombor ekor melalui upacara-upacara tertentu
yang dilakukan oleh bomoh.
Penulis ingin berkongsi mengenai pengalaman mengenali beberapa rakan yang masih mempercayai amalan ini boleh membawah tuah kepada mereka.
Walau ia agak kelakar tetapi mungkin kepercayaan mistik ini agak berkesan bagi mereka hingga hampir setiap hari mereka akan mencari buah pisang kembar untuk mendapatkan nombor ramalan.

Buah pisang kembar memiliki nombor 4D
Beberapa tahun yang lepas, penulis mengenali seorang rakan yang memang amat
meminati permainan nombor ramalan 4D, bukan sahaja dia mencipta formula
matematik sendiri tetapi sanggup melakukan
apa sahaja bagi memungkinkan kemenangan dalam permainan 4D.
Apa yang menariknya adakalanya pada hari draw dia akan berkunjung ke mana-mana pasar yang ada menjual buah dan tujuannya utamanya adalah mencari buah pisang yang bercantum atau kembar.

Selepas memperolehi buah pisang berkembar, dia akan membeli
buah tersebut dan akan membawa buah itu untuk dibacakan mantera kepada bomoh
yang dikenalinya.
Sebenarnya hal ini berlaku semasa penulis berada di Rompin Pahang beberapa tahun yang lepas dan menurutnya lagi, apabila buah pisang it diserahkan kepada bomoh tersebut, upacara akan dilakukan dengan membaca mantera serta bomoh tersebut akan mengosokkan tangannya pada bahagian pisang kembar.

Apa yang menjadi mistik atau menjadi misteri, semasa upacara
mengosok bahagian pisang tersebut, asap akan keluar dengan banyaknya dan pada
masa yang sama nombor empat angka akan terpapar pada bahagian badan pisang yang
digosok itu tadi.
Apabila nombor 4D telah diperolehi melalui pisang kembar itu tadi, langkah yang seterusnya dia akan lakukan adalah menjadikan nombor empat angka itu sebagai pertaruhan semasa hari draw.

Penulis pernah bertanya kepadanya adakah dia pernah
memenangi hadiah dengan cara tersebut tetapi dia sendiri mengatakan tidak pernah memenanginya kerana
menurut bomoh tersebut, dia harus mencari buah pisang yang benar-benar memiliki
tenaga mistik.
Bagi pandangan penulis, cara ini adalah salah satu taktik silap mata yang dilakukan oleh mereka yang arif bermain silap mata dan bukannya daripada unsur mistik pada pisang tersebut.
Jika anda memiliki pengalaman tentang cerita seperti ini ini sila berkongsi dengan kami disini.

apa no utk pisang kembar 3
ReplyDelete