Nombor ekor tidak asing lagi di Negara Malaysia dan telah mampu
mengumpulkan ramai peminat yang tersendiri terdiri dari golongan pelbagai kaum.
Nombor ekor mampu memberikan pendapatan yang lumayan bagi sesetengah orang yang bernasib baik, walau begitu permainan ini amat berisiko kerana ia mampu menjadikan seseorang itu akan mengalami kekalahan yang berpanjangan jika bermain tanpa mengawal perasaan sendiri.
Terdapat ramai orang yang telah menjadi jutawan segera melalui permainan ini dan tidak kurang juga ramai yang telah mengalami kekalahan teruk kerana bermain dengan jumlah taruhan yang amat besar.

Jika anda melihat pada carta pemenang hadiah-hadiah utama
dalam agensi nombor ramalan seperti Sport Toto Malaysia misalnya, hampir setiap
draw, pihak Toto 4D akan mengumumkan pemenang-pemenang terbesar dari serata negeri dan adakalanya pemenang akan memenangi hadiah
utama sehingga berpuluh-puluh juta.
Kerana hadiah-hadiah yang teramat lumayan, ramai orang yang sanggup melakukan apa jua perkara bagi membolehkan memenangi hadiah wang tunai dari agensi ramalan nombor ekor. Kebanyakan agensi nombor 4D misalnya Toto 4D, Magnum 4D, Da Ma Chai (1+3D), Sabah 88, STC 4D, dan juga Sarawak Cash Sweep menawarkan hadiah jackpot sehingga berpuluh-puluh juta.
Cari nombor ekor melalui barang antik
Kerana hadiah-hadiah yang teramat lumayan, ramai orang yang sanggup melakukan apa jua perkara bagi membolehkan memenangi hadiah wang tunai dari agensi ramalan nombor ekor. Kebanyakan agensi nombor 4D misalnya Toto 4D, Magnum 4D, Da Ma Chai (1+3D), Sabah 88, STC 4D, dan juga Sarawak Cash Sweep menawarkan hadiah jackpot sehingga berpuluh-puluh juta.
![]() |
Gambar Hiasan: Sterika Lama |
Satu hal yang menjadi kegilaan bagi kebanyakan pemain 4D
adalah mereka sanggup mencari barang-barang lama ataupun barangan antik kerana
mereka mempercayai terdapat golongan tertentu iaitu bomoh yang mampu menarik nombor ekor dengan
melakukan upacara penarikan nombor.
Barang-barang antik yang dimaksudkan adalah seperti sterika lama, kacip, keris, pisau, dan pedang. Mereka mempercayai barangan lama ini memiliki penjaga dari alam ghaib dan mampu memberikan nombor ramalan sekiranya dilakukan dengan upacara yang betul.

Beberapa tahun yang lepas, semasa penulis tinggal di Kuantan
Pahang telah mengenali beberapa rakan yang amat meminati cara ini sehingga
mereka sanggup mencari di berbagai tempat barangan antik dan akan membawa
kepada bomoh yang mereka kenali untuk melakukan upacara tarik nombor ekor.
Mengikut rakan-rakan yang saya kenali, apabila mereka akan
menemui barangan lama ini, mereka akan membawa barangan tersebut kepada bomoh
yang boleh dipercayai dan bomoh tersebut akan melakukan upacara bacaan mantera
diikuti dengan pembakaran asap kemayan bagi menyeru tenaga mistik yang mendiami barangan antik tersebut dan sekiranya barangan
antik itu memiliki tenaga mistik (penjaga), nombor akan keluar pada mana-mana
bahagian barangan antik itu apabila digosok dengan tangan.
Menurut mereka tidak semua barangan antik yang memiliki
tenaga mistik kerana ia bergantung kepada usia barangan tersebut.
Bagi pedang atau keris yang pernah digunakan semasa pertempuran melawan musuh pada suatu ketika dahulu, pedang atau keris ini dikatakan memang disahkan memang memiliki tenaga mistik walau begitu ia masih belum menjamin akan memperolehi nombor ekor.

Kadang-kadang nombor ekor yang mereka perolehi akan keluar pada hari cabutan pada hari yang sama semasa mereka melakukan upacara penarikan nombor dan adakalanya akan keluar selepas beberapa hari cabutan, cerita yang agak kelakar pula, nombor yang diperolehi tidak akan keluar langsung walaupun mengikuti selama sebulan.
Menurut mereka juga, terdapat
beberapa had atau jumlah untuk membeli nombor ekor ini iaitu hanya perlu
membeli sebanyak RM 6 atau bergantung kepada had yang disarankan oleh bomoh
tersebut. Sekiranya nombor yang diberikan
telah memenangi hadiah, mereka harus
memberikan pengeras kepada bomoh tersebut misalnya rokok, minyak makan, atau
bergantung kepada permintaan bomoh tersebut.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.