Apabila mencapai tempoh-tempoh tertentu anda merasakan warna
pada cat kereta anda semakin pudar, merekah dan sesetengah bahagian telah
tertanggal cat. Hal ini tentunya anda telah mula berfikir untuk mengecat cat
baru bagi kereta anda atau bahagian-bahagian tertentu pada kereta anda telah
mengalami kesan calar akibat perkara-perkara yang tidak dielakkan.
Penulis cuba memberikan anda beberapa idea bagaimana mendapatkan cat kereta murah bagi urusan mengecat kereta anda lebih-lebih pada masa sekarang, perkhidmatan mengecat kereta amat mahal hingga mencapai harga beribu ringgit apabila mengecat keseluruhan kereta anda dengan cat yang baru.
Penulis cuba memberikan anda beberapa idea bagaimana mendapatkan cat kereta murah bagi urusan mengecat kereta anda lebih-lebih pada masa sekarang, perkhidmatan mengecat kereta amat mahal hingga mencapai harga beribu ringgit apabila mengecat keseluruhan kereta anda dengan cat yang baru.
Cari kedai pengedar cat
Kebanyakan individu yang ingin mengecat kereta mereka hanya
mencari kedai perkhidmatan ketuk dan mengecat kereta di sekitar daerah mereka
tinggal dan mengharapkan terdapat kedai cat kereta yang mengenakan harga yang
rendah, malangnya rata-rata kedai cat kereta mengenakan harga yang hampir sama
kerana pihak mereka sebenarnya telah mengetahui harga pasaran bagi perkhidmatan
mengecat kereta bagi semua kenderaan, hanya terdapat sedikit perbezaan harga
berbanding dengan kedai-kedai mengecat kereta yang lain dan tentunya itu adalah
strategi perniagaan mereka bagi melakukan promosi sekiranya perkhidmatan mereka
sedikit murah berbanding dengan kedai cat kereta yang lain.
Tahukah anda masih terdapat cara yang lebih jimat untuk
menyelamatkan wang anda? Baik,
kedai-kedai cat kereta sebenarnya memperolehi
cat kereta bagi setiap kenderaan di bengkel mereka melalui kedai-kedai
menjual cat kereta atau pengedar cat kereta di sekitar tempat tinggal anda
dengan harga yang murah dan mengecat kereta pelanggan dengan harga pasaran.
Disitu anda akan lihat betapa mudahnya mereka mencipta keuntungan dengan perniagaan ini. Cadangan penulis, apa
katanya jika anda sendiri yang datang di kedai menjual cat kereta, beli cat
mengikut kemahuan anda. Bukankah itu cara yang lebih jimat?
Semasa penulis berada di Kuantan Pahang, seorang kawan
pemilik sebuah kedai asesori kereta Honda telah membeli beberapa liter cat kereta berwarna silver grey
yang sama dengan cat kereta yang digunakan untuk cat kereta BMW dengan harga
RM500 sahaja dan kemudian dia telah berbincang dengan kenalannya yang memiliki
bengkel mengecat kereta untuk mengecat kereta wira dengan bayaran upah hanya
beberapa ratus sahaja.
Berbincang dengan kedai cat kereta
Apa yang perlu anda lakukan adalah, sekiranya anda telah
membeli cat yang anda inginkan, datang lah di mana-mana bengkel mengecat kereta
dan cuba berbincang sendiri dengan pemilik kedai tersebut untuk mendapatkan
upah bagi mengecat kereta sahaja. Sekiranya boleh, pilihlah bengkel kereta yang
anda kenali kerana untuk perbincangan yang lebih mudah. Sekiranya upah mengecat
kereta anda rasakan terlalu mahal, cari
bengkel yang benar-benar mengenakan upah mengecat dengan harga berbaloi.
Penulis pernah berbincang dengan pemilik bengke cat kereta
untuk mengecat bumper belakang Produa Viva dengan hanya bayaran RM150 sahaja. Jika
ikut harga sebenar, sukar untuk memperolehi harga itu. Kepada anda yang ingin
berjimat cermat, gunakan cara ini kerana ia mampu menyelamatkan banyak wang
anda. Bayangkan, jika anda mengecat kereta luar dan dalam dengan menghantar
terus ke bengkel tanpa membeli cat sendiri, anda terpaksa membayar beberapa
ribu untuk perkhidmatan ini. Walau begitu sekiranya cadangan ini agak
melecehkan atau anda mempunyai cara yang lebih baik, mungkin anda boleh
berkongsi dengan kami disini. Kami amat menghargai pendapat anda untuk kebaikan
pembaca kami dan untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.