Pada awal tahun 2016 menyaksikan penurunan harga minyak petrol
dan disel di seluruh dunia, walau begitu ianya tidak jauh berbeza jika anda
menggunakan kereta anda setiap hari lebih-lebih lagi anda tidak mengetahui tips
bagaimana menjimatkan minyak kereta.
Tips ini perlu diketahui sebagai langkah anda untuk menjimatkan wang anda agar tidak menghabiskan sebahagian wang anda dengan hanya mengisi minyak bagi kenderaan anda.
Tips ini perlu diketahui sebagai langkah anda untuk menjimatkan wang anda agar tidak menghabiskan sebahagian wang anda dengan hanya mengisi minyak bagi kenderaan anda.
Amalkan 10 tips ini bagi menjimatkan minyak kereta anda
Anda disarankan untuk mengamalkan tips-tips ini agar
penggunaan bahan bakar keatas kenderaan anda dapat dijimatkan sepenuhnya.
1. Kurangkan perjalanan- Sekiranya boleh, cuba kurangkan
penggunaan kenderaan anda setiap hari atau anda hanya perlu mengerakkan
kenderaan anda apabila menguruskan hal-hal penting dan menggunakan kenderaan
anda dengan mengabungkan semua urusan anda pada hari tersebut.
Jika anda menggunakan kereta anda dengan hanya semata-mata untuk pergi membeli rokok atau surat khabar ianya salah satu pembaziran minyak kerana enjin dalam kedaan sejuk menggunakan banyak penggunaan minyak sekurang-kurangnya 5 batu pertama atau lebih.

2. Jangan memandu secara tergesa-gesa- Selalunya hal ini terjadi disebabkan
kebanyakan orang ingin mengejar masa ke tempat kerja, ke airport dan sebagainya.
Cuba anda jangan amalkan cara ini kerana tahukah anda, cara pemanduan sedemikian akan menyebabkan banyak penggunaan bahan bakar disebabkan anda menekan pedal minyak terlalu mendadak misalnya anda berada di kawasan lampu isyarat merah, apabila lampu isyarat bertukar hijau, suda tentunya anda akan menekan pedal minyak terlalu kuat hinggakan banyak penggunaan bahan api lebih-lebih lagi anda menggunakan kereta manual yang memerlukan gear ke tahap 5 atau 6 untuk menjadikan perjalanan ke pemanduan normal.

3. Tutup tingkap kereta atau tingkap bumbung sekiranya anda-
Mungkin jika anda memandu di kawasan bandar ia tidak memberikan kesan apa-apa
mengenai bahan bakar kereta anda sekiranya anda membuka tingkap tetapi sekiranya
anda memandu di kawasan luar bandar atau di kawasan lebuh raya dimana anda
memandu dalam keadaan yang laju, tingkap atau bumbung terbuka akan memberikan
impak keatas minyak kereta anda akibat kesan angin yang menghalang kelancaran
perjalanan kereta.
Oleh itu anda harus menutup tingkap kereta anda bagi mengelakkan halangan angin pada kenderaan. Bagi pereka pakar kenderaan, mereka memangilnya sebagai ‘aerodinamik’ iaitu pengurangan kesan halangan atau dipangil sebagai ‘drag’.

4. Keluarkan rak bumbung atau kotak barangan- Sesetengah
kenderaan amat mengemari memasang rak bumbung atau kotak di sekitar bumbung
kenderaan mereka bagi menempatkan barangan-barangan berlebihan jika balik
kampung atau untuk berkhemah.
Anda dinasihatkan membuka semula rak-rak bumbung atau kotak apabila anda tidak memerlukannya kerana tahukah anda, membiarkan rak-rak tersebut seolah-olah anda meletakkan satu lagi kereta dia atas bumbung anda dan ia sudah tentunya anda menggunakan banyak bahan api apabila anda bergerak ke mana-mana.

5. Jangan membawa barangan yang berat di dalam kenderaan-
Cuba anda fikirkan tentang diri anda jika anda membawa barangan lebih atau beg
yang berat, sudah tentunya anda menggunakan tenaga yang lebih kuat untuk
mengangkat beg tersebut.
Ia sama juga seperti kenderaan anda, oleh itu cuba elakkan menempatkan barangan-barangan yang tidak diperlukan misanya set peralatan golf kerana ianya membebankan kenderaan anda serta akan menggunakan banyak bahan api.

6. Gunakan gear
kelajuan lancar- Anda disyorkan untuk sentiasa menggunakan gear bagi kelajuan
lancar dan normal iaitu gear lima atau gear enam (kereta yang menggunakan
transmisi manual hingga gear enam) di jalan yang tidak sibuk kerana menggunakan
gear rendah akan mengakibatkan anda menggunakan bahan api yang lebih banyak.
7. Elakkan menekan pedal minyak terlalu ke dalam- Sesetengah
pemandu amat gemar untuk menekan pedal minyak terlalu ke dalam apabila berada
di kawasan bukit atau cuba memotong kereta tetapi pada masa yang sama kereta
berada di kelajuan yang perlahan dan perlu menukar gear yang lebih rendah
tetapi mereka malas untuk menukar gear dan membiarkan dalam keadaan misalnya gear lima dan menekan pedal minyak untuk
memaksa kenderaan untuk bergerak. Situasi ini akan menyebabkan banyak
penggunaan bahan api keatas kenderaan anda.
8. Matikan air cond kenderaan- Pada masa-masa tertentu
bergantung kepada situasi misalnya anda tidak memerlukan penghawa dingin kerana
cuaca sejuk, pastikan anda menutup air cond kenderaan anda kerana akan
mempengaruhi bahan bakar kenderaan anda.
9. Gunakan jalan pintas- Sekiranya boleh, gunakan jalan
pintas di tempat yang anda tujui kerana adalah lebih baik dan bahan bakar
kenderaan anda akan lebih jimat dari menggunakan jalan yang sesak dengan
kenderaan yang lain.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.