Mimpi mengandung adalah perkara yang amat biasa bagi
golongan wanita, walau begitu mungkin terdapat persoalan di dalam minda anda
makna mimpi tersebut. Pada waktu malam semasa anda tidur, mungkin anda telah
bermimpi diri anda sedang mengandung dan terjaga diri tidur serta memikirkan
makna sebenar mimpi anda.
Kadang-kadang, mimpi mengandung mungkin dialami secara berulang-ulang kali dan sudah tentunya mimpi ini memberi makna yang tersendiri.
Kadang-kadang, mimpi mengandung mungkin dialami secara berulang-ulang kali dan sudah tentunya mimpi ini memberi makna yang tersendiri.
Makna mimpi mengandung menurut ahli psikik ( Psychic)
Menurut pakar kajian mimpi dan juga ahli psikik serta ahli
asrtologi yang berkerja di Jungian
Institut Los Angeles yang bernama Ally Mead, mimpi mengandung memberi makna
seperti kretiviti anda terhadap sesuatu yang anda sedang lakukan pada masa
sekarang ataupun anda mempunyai keinginan untuk melakukan kretiviti terhadap
sesuatu. Menurutnya lagi, wanita benar-benar mencipta kehidupan yang baru dari
tubuh mereka sendiri.
Kehidupan baru bererti kelahiran kehidupan baru bagi bayi
sama ada ianya telah dilahirkan ataupun masih dalm fetus atau dalam impian
wanita itu sendiri. Mimpi mengandung juga bererti anda melakukan sesuatu projek kecil
yang anda lakukan di rumah ataupun anda mungkin melakukan sesuatu perkara yang
benar-benar memberi makna kepada kehidupan anda.
![]() |
Gambar hiasan |
Ally Mead juga mengatakan, mimpi mengandung yang
berulang-ulang disebabkan oleh janin di
dalam perut wanita sama ada ianya telah
diterima oleh wanita itu sendiri atau pun sebaliknya. Menurut analisis pakar
mimpi ini mengatakan, kebanyakan mereka yang sering mengalami mimpi mengandung,
telah terlepas dari matlamat ataupun keinginan sesuatu dalam hidup mereka.
Umpamanya, seseorang mungkin mempunyai jalan dan hasrat untuk belajar ke menara
gading tetapi mengambil jalan untuk menjadi guru. Hal ini terjadi kerana
disebabkan mungkin terlalu memikirkan
untuk hamil hinggakan terpaksa mengambil keputusan seperti itu dan telah
berhubung dengan semangatnya yang lebih
awal.
Untuk mengelakkan mimpi-mimpi ini berlaku, jangan terlalu
memikirkan untuk mengandung kerana ia akan menyebabkan anda sering mengalami
mimpi seperti ini. Semasa anda hendak tidur, pastikan anda memikirkan apa yang
anda telah lakukan di dalam dunia yang nyata dan hal ini akan memberikan anda
mimpi-mimpi mengenai dunia sebenar anda kerana anda telah memupuk hal-hal yang
nyata sebelum ini.
Bagi mereka yang bermimpi mengenai orang lain mengandung ,
menurut Ally Mead, kadang-kadang mimpi
tersebut memberikan makna sebenar bahawa orang tersebut benar-benar sedang
mengandung. Mimpi seperti ini sebenarnya, ia lebih kepada emosi, ambil berat sama ada dalam bentuk
fizikal terhadap orang yang telah di mimpikannya.
Selain itu juga ahli astrologi ini mengatakan, mimpi
mengandung juga memberikan makna kepada kebudayaan dan sesuatu etnik tertentu.
Apa yang diperolehinya, mimpi mengandung mempunyai kunci utama iaitu kesuburan.
Ia melambangkan simbol –simbol tertentu seperti simbol bunga teratai yang
melambangkan kebudayaan masyarakat Asia dan juga simpulan Celtic yang
memberikan makna kitaran kelahiran dan kematian bagi manusia.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.