Artikel ini memberi panduan bagaimana mengetahui nombor flat
terkini kenderaan di seluruh Malaysia dengan secara online.
Tentunya anda yang membaca artikel ini sedang berkira-kira untuk membeli kenderaan baru dan ingin merancang untuk membeli nombor Plat yang cantik dan anda rasakan nombor tersebut sebagai membawa tuah atau nombor tersebut membawa makna yang penuh erti bagi diri anda.
Tentunya anda yang membaca artikel ini sedang berkira-kira untuk membeli kenderaan baru dan ingin merancang untuk membeli nombor Plat yang cantik dan anda rasakan nombor tersebut sebagai membawa tuah atau nombor tersebut membawa makna yang penuh erti bagi diri anda.
Sebagai pengetahuan anda, setiap hari nombor plat di seluruh
Malaysia berubah kerana permintaan bagi kenderaan yang dibeli oleh rakyat di Negara
ini. Jika anda menginginkan untuk memilih nombor pendaftaran kenderaan anda,
anda haruslah merancang untuk membeli kenderaan dan melakukan tempahan nombor
plat pilihan anda sendiri.
Sebenarnya terdapat beberapa cara yang paling mudah untuk
mengetahui nombor plat terkini kenderaan di Negara ini, cara yang pertama
adalah dengan mengunjungi laman web rasmi pihak yang berwajib mengendalikan
nombor pendaftaran semua kenderaan di Malaysia iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ).
Sebagai kemudahan anda, penulis telah menyediakan link terus
ke web rasmi JPJ bagi semakan nombor plat terkini dengan mengklik link ini,
Apabila anda telah memasuki web
tersebut, masukkan paparan nombor yang diminta dan klik button submit. Anda
akan dipaparkan nombor pendaftaran terkini di seluruh Malaysia.
Bagi cara yang kedua, penulis ingin mengajar anda melihat nombor
pendaftaran kenderaan terkini secara online melalui telefon pintar versi
android. Penulis bukan mempopularkan aplikasi ini kerana penulis tidak memperolehi apa-apa
keuntungan melalui aplikasi ini tetapi penulis melihat ia amat berguna sebagai panduan
semua orang.
Apabila anda berjaya menginstall aplikasi tersebut, klik pada button ‘Open’ dan anda akan dipaparkan dengan nombor plat terkini bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta nombor pendaftaran bagi nombor tender dan juga map menunjukkan nombor-nombor plat di seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.