Ramai individu di negara ini cuba melakukan perniagaan
secara online, tidak dinafikan ramai yang telah berjaya dengan cara ini malahan
ada diantara yang bekerja sepenuh masa dengan hanya menjual barangan mereka di dalam talian, perniagaan ini amat mudah kerana anda tidak memerlukan kedai
untuk memulakan perniagaan anda.
Walau begitu, anda haruslah melakukan cara yang betul bagi memulakan perniagaan ini. Artikel ini cuba memberikan idea bagaimana memulakan bisnes jual jersi bola secara online, bisnes ini amat berpotensi kerana jersi bola mempunyai ramai peminat yang tersendiri di Malaysia.
Walau begitu, anda haruslah melakukan cara yang betul bagi memulakan perniagaan ini. Artikel ini cuba memberikan idea bagaimana memulakan bisnes jual jersi bola secara online, bisnes ini amat berpotensi kerana jersi bola mempunyai ramai peminat yang tersendiri di Malaysia.
Cari pemborong jersi bola
Bagi memulakan bisnes ini, anda haruslah mencari pembekal
jersi bola dengan harga borong dan murah kerana dengan cara ini anda mampu
bersaing dengan pesaing-pesaing anda. Selain itu, anda harus rajin mengunjungi
pasar raya, pusat membeli belah bagi melihat harga-harga promosi jersi yang
dijual di kawasan tersebut kerana ia mungkin boleh dijual secara dalam talian.
![]() |
Jersi Bola Mancester United |
Jual di Mudah.com
Cara pertama untuk menjual jersi anda adalah melalui web
terkenal di Malaysia iaitu mudah.com.my.
Laman ini dikunjungi oleh beribu-ribu orang secara setiap hari bagi melihat dan membeli barangan yang dijual di dalam web tersebut. Peluang jersi
anda terjual amat cerah melalui cara ini.
Jual di lelong.com.my
Bagi menjual dalam laman ini, anda harus membuka kedai
online yang disediakan oleh pihak lelong dengan menyewa kedai e-dagang dimana
anda boleh mengurus dan mengupload seberapa banyak gambar barangan anda dalam
web ini. Lelong.com.my antara web membeli belah yang paling sesak dengan pengunjung
online setiap hari .
Jual di ebay
Tahukah anda walupun web ini dimiliki oleh negara dari luar, web
membeli belah ini antara web yang paling popular di Malaysia? Bahkan web ini
tersenarai dalam web paling dikunjungi oleh orang ramai di Negara ini? Ebay adalah
laman membeli belah yang tersohor di dalm dunia ini. Penulis percaya web ini
adalah platform yang terbaik bagi mereka yang menjual secara dalam talian
kerana ramai yang telah menjadi jutawan dengan hanya menjual di web ini.
Jual di Facebook
Laman sosial milik Mark zukerberg iaitu Facebook juga mempunyai
potensi dan pengaruh yang tersendiri. Laman ini adalah laman kedua paling kerap
dikunjungi di Negara ini selepas web carian google. Bayangkan terdapat beratus ribu
orang setiap masa, setiap jam, melayari web ini? Jangan lepaskan peluang ini
untuk mempromosikan dan menjual barangan anda di dalam web ini.
Jual di instragram
Instagram adalah satu fenomena di negara ini pada masa ini.
Dianggarkan berjuta pengguna instagram di Malaysia sahaja. Laman sosial ini
dikhaskan untuk capaian telefon pintar dan amat mudah diakses menjadikan begitu
popular hainggakan golongan artis, ahli suka terkenal,dan masyarakat biasa
menggunakan platform ini. Hanya dengan sekali klik follow, anda dapat mengikuti
berita-berita dari kegiatan peribadi, artis, ahli sukan, ahli politik dan
sesiapa sahaja yang mengupload kegiatan mereka untuk dikongsi bersama melalui
instagram. Pendek kata, dengan instagram menjadikan kedai online anda lebih
dikenali, memperolehi pembeli baru yang berminat dengan jersi anda.
Twitter
Twitter adalah laman sosial paling popular selepas facebook
di negara ini. Gunakan platform ini sama seperti facebook untuk menjual
barangan dan mempromosi bisnes online anda.
Tips untuk berjaya
Apa yang paling penting sekali, jersi bola yang anda ingin
jual haruslah diperolehi dari harga borong. Jika anda memperolehi jersi bola dengan harga yang mahal dan menjual semula
dalam talian, amat sukar untuk menjualnya semula. Cuba lakukan peminat jersi
bola tertarik dengan harga yang ditawarkan dimana ianya amat murah berbanding
dengan harga pasaran.
Sebelum meletakkan harga setiap baju jersi, pastikan anda
telah mengkaji harga-harga dalam pasaran, meneliti harga-harga di pasaran amat
penting bagi memastikan anda mampu bersaing dengan pesaing-pesaing anda yang
lain.
Rahsia untuk berjaya dalam perniagaan baju jersi online
adalah kejujuran mengenai kualiti jersi misalnya gred jersi yang terbaik selain
jersi original adalah dikenali sebagai gred AAA dimana kualiti jersi baju ini amat
bagus dan boleh diperolehi dengan harga yang murah dengan harga borong. Selain
itu kejujuran mengenai alamat tempat anda beroperasi, nombor untuk dihubungi,
gambar sebenar anda untuk digunakan ketika berniaga, penghantaran melalui pos
dengan cepat membuatkan pelanggan amat yakin dengan perniagaan anda.
Selain itu, mendaftarkan bisnes anda kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
menguatkan lagi keyakinan orang ramai terhadap bisnes anda dan menunjukkan anda
benar-benar seorang peniaga yang berlesen walaupun pengoperasian anda
sebenarnya hanya melalui rumah anda sendiri. Sebagai permulaan, anda masih
boleh mendaftarkan perniagaan anda melalui SSM walaupun anda masih belum
memiliki kedai tetapi ianya bergantung dengan terma dan syarat yang ditetapkan
oleh SSM.
Artikel ringkas ini mungkin berguna kepada anda sebagai
gambaran awal bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Jika tawaran harga yang
anda berikan kepada orang ramai adalah harga yang lebih murah dengan harga di
pasar malam atau mana-mana kedai, peluang untuk
jersi bola terjual kepada pelanggan
amat cerah. Pemilihan jersi bola dari kelab pasukan terkenal liga
Inggeris seperti Mancester United, Celsea, Liverpool, Mancester City serta dari
liga eropah amat digemari dan dicari oleh peminat-peminat bola sepak.
Adakah tuan tahu pemborong jersi kelab bolasepak ?
ReplyDeleteUntuk dapatkan jersi AAA gred dengan harga murah,borong pun boleh..
ReplyDeleteSila hubungi saya untuk detail, 017-9696320 @ refer ig kami impianajt_jersey.. InshaAllah sedia membantu sampai jadi..