Dalam dunia moden masa kini, ramai orang cuba untuk mencari
pendapatan sampingan melalui platform internet yang mana mereka berharap cara
ini mampu menghasilkan wang dengan hanya menghadap komputer, tablet atau dengan
hanya telefon bimbit mereka.
Dunia internet amat luas, pendek kata dengan internet, anda mampu mengetahui berita-berita semasa, informasi dan rujukan dari serata dunia dalam masa yang amat singkat. Persoalannya disini, bolehkah kita menghasilkan wang dengan internet?
Penulis cuba mengkaji secara teliti dalam beberapa tahun bagaimana mereka yang telah berjaya, mampu memperolehi pendapatan dengan hanya melalui online. Hasil kajian menunjukkan beberapa cara sebenar menghasilkan wang hanya menerusi komputer anda.
Dunia internet amat luas, pendek kata dengan internet, anda mampu mengetahui berita-berita semasa, informasi dan rujukan dari serata dunia dalam masa yang amat singkat. Persoalannya disini, bolehkah kita menghasilkan wang dengan internet?
Penulis cuba mengkaji secara teliti dalam beberapa tahun bagaimana mereka yang telah berjaya, mampu memperolehi pendapatan dengan hanya melalui online. Hasil kajian menunjukkan beberapa cara sebenar menghasilkan wang hanya menerusi komputer anda.
Membuat website
Jika anda mempunyai kemahiran membuat website persendirian,
web syarikat dan web e-dagang, anda boleh mengambil upah untuk membuat website
kepada mana-mana individu, syarikat yang
memerlukan website untuk kegunaan mereka. Walau begitu, anda mestilah arif
mengenai cara membuat web. Di luar sana, ramai yang telah berjaya dan memperolehi
pendapatan sampingan yang lumayan dengan cara ini.
Menjual template blogger
Sama seperti membuat website, tetapi template blog harus
diubah suai mengikut design anda sendiri dan barulah anda boleh menjual
template blog ini. Kemahiran memahami kod-kod HTML adalah asas utama untuk
membuat dan mengubah suai template blog.
Menjual barangan melalui web e-dagang milik sendiri
Bagi mereka yang mempunya stok barangan yang ingin dijual
secara online atau memiliki kedai sendiri, memiliki web e-dagang adalah satu
platform yang amat penting bagi memudahkan orang ramai melakukan pembelian
secara online di kedai online anda. Web e-dagang banyak dijual di internet.
Mencipta dan menjual ebook
Orang mengatakan, mencipta ebook dan menjual di internet
umpama menghasilkan wang semasa anda tidur. Bayangkan anda mencipta sebuah ebook
mengenai perisaian komputer dan menjual di internet, orang ramai dari serata
dunia yang mencari bahan mengenai perisian komputer akan membeli ebook anda
secara dalam talian dengan melalui pembayaran Paypal dengan bayaran mata wang
dollar. Ramai yang memperoleh pendapatan beribu dollar dengan cara ini.
Menjual barangan melalui platform media sosial
Jika anda mempunyai kedai atau barangan yang dijual, kenapa
anda tidak menggunakan platform media sosial untuk menjual barangan anda.
Tahukah ada? Ramai yang memperolehi pendapatan setiap bulan dengan hanya
melalui cara ini? Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instragram, Whatsapp
dan banyak lagi mampu digunakkan untuk menjual barangan anda.
Menjual barangan melalui web membeli belah terkenal
Web shopping membeli belah terkenal dunia seperti eBay,
Amazon dan di Malaysia seperti lelong.com.my, Mudah.com.my memiliki pengunjung yang
amat tinggi setiap hari. Kenapa anda tidak menggunakan sepenuhnya perkhidmatan
ini untuk menjual barangan anda? Ramai syarikat dan individu telah berjaya
dengan cara ini.
Kerja untuk menterjemah
Jika anda berminat untuk menterjemah secara online, terdapat
banyak kerja yang ditawarkan untuk anda di internet. Tetapi bukan semua
benar-benar memberikan peluang pekerjaan seperti anda impikan. Anda harus
mencari kerja untuk menterjemah yang benar-benar memberikan bayaran kepada
anda. Mengikut pemerhatian saya, blogger terkenal seperti Hasrul Hassan
menggunakan web KerjaTranslator.com untuk menambahkan pendapatan sampingan
beliau dengan kerja untuk menterjemah secara online dan mendapat bayaran dari
usahanya.
Kajian laman web
Dengan Usertesting.com, anda akan dibayar 10 dollar setiap
kali melakukan uji kaji, kebolehgunaan
dan kualiti web yang diberikan kepada anda. Penggunaan video dan rakaman
suara anda dalam bahasa inggeris mengenai hasil uji kaji anda mengenai web
harus dilakukan dengan penuh professional untuk mendapatkan bayaran daripada
mereka.
Melabur dalam platform forex
Semua orang mengenali forex sebagai perdagangan mata wang
tanpa sempadan dan tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak. Forex boleh
membuatkan seseorang boleh mencipta keuntungan berlipat kali ganda, walau
begitu, pelaburan ini mempunyai risikonya sendiri, sekurang-kurangnya harus
mempelajari setahun mengenai selok-belok forex sebelum melakukan pelaburan
dalam talian.
Program dropshiper
Program ini adalah bisnes hampir tidak memerlukan modal
untuk memulainya kerana anda hanya mempromosikan produk dari pembekal dan
memperolehi keuntungan dengan mudah. Strategi yang betul harus dilakukan untuk
menjual produk di dalam talian.
Program affiliate
Mempromosi produk melalui banner, link, dari usahawan
mengenai produk tertentu dan jika seseorang mengklik banner atau link anda dan
melakukan pembelian produk tersebut, anda akan memperolehi komisyen setiap
produk yang terjual melalui link unik anda yang disediakan oleh ushawan
persendirian atau syarikat yang menawarkan program affiliate.
Kerjaya untuk menulis secara online
Menulis artikel dalam bahasa inggeris dan menjual kepada
orang ramai dan memperolehi bayaran melalui dollar. Jika anda mempunyai
kemahiran menulis dalam bahasa inggeris, jangan sia-siakan peluang ini kerana
ramai yang telah memperolehi pendapatan sampingan dengan hanya menjual artikel
di dalam talian. Salah satu perkhidmatan menulis artikel adalah melalui
iwriter.com, anda boleh menjual artikel-artikel anda melalui web ini dan
memperolehi keuntungan dengan mudah.
Penulis blog
Adakah anda berminat untuk menulis blog? Jika ya, bermula
sekarang untuk menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti dan mendaftarkan
blog anda dengan pengiklan yang terkenal misalnya innity, nuffnang, adsense,
adbrite, kontera, dan banyak lagi. Blog anda sebagai medan untuk mempamerkan
iklan-iklan mereka dan memperolehi sedikit bayaran melaluinya. Walau begitu, menurut pakar-pakar blog, usaha keras untuk menulis artikel perlu dilakukan dan blog anda sekurang-kurangnya
memiliki seribu artikel dan panjang minima artikel diantara 700 hingga 1500,
serta usia blog anda haruslah telah mencapai usia melebihi setahun barulah anda mungkin memperolehi pendapatan yang
agak lumayan.
Survey online
Berhati-hati dengan tawaran melakukan survey online kerana
tidak semua benar-benar melakukan pembayaran keatas anda. Kajian secara
mendalam bagi memilih perkhidmatan yang
benar-benar membayar kepada anda. Anda
mungkin boleh mencuba SurveyTask.com untuk melakukan survey secara online dan
memperolehi point atau bayaran dalam dollar dengan hanya menjawab soalan kajian-kajian
yang diberikan kepada anda menerusi
email.
Kesimpulan
Dunia internet menawarkan pelbagai sumber pekerjaan di dalam
talian yang harus diterokai dengan lebih mendalam lagi. Point utama untuk
berjaya di dalam dunia internet adalah usaha keras dan sebenarnya tiada peluang
untuk duduk secara rileks dan memperolehi wang dengan percuma. Artikel ini hanya berkongsi hanya sebahagian sahaja sumber-sumber pendapatan dengan melalui internet kerana terdapat banyak lagi sumber yang boleh menghasilkan wang, jika anda mempunyai pengelaman memperolehi pendapatan melalui internet, harap anda berkongsi kepada kami disini.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.