Beberapa tahun lepas Malaysia menjadi kecoh apabila media
telah mewar-warkan cicak tokek atau cicak gecko mampu menjadikan individu
tersebut menjadi kaya sekiranya menjumpai tokek yang bersaiz besar dan menjual
kepada pembeli dengan harga yang amat lumayan dan dikatakan jika kena pada
harganya cicak tokek mampu mencapai RM1 juta seekor.
Melalui penelitian media di Negara ini, cicak tokek ini dikatakan mampu untuk mengubati penyakit kanser, HIV, Aids dan pelbagai penyakit kronik lain dan hal ini telah menjadi viral di media cetak dan internet terutama sekali facebook.
Melalui penelitian media di Negara ini, cicak tokek ini dikatakan mampu untuk mengubati penyakit kanser, HIV, Aids dan pelbagai penyakit kronik lain dan hal ini telah menjadi viral di media cetak dan internet terutama sekali facebook.
Sebenarnya, pihak media mendengar perkara ini daripada sumber melalui internet dan menjadikan sebagai berita utama untuk menarik perhatian kepada rakyat di negara ini.
Hal ini telah menjadi kecoh di seluruh Malaysia dan kebanyakan rakyat terutama mereka yang tinggal di kawasan kampung sanggup masuk ke kawasan hutan semata-mata untuk mencari cicak tokek dengan membawa harapan yang besar untuk menjumpai cicak tokek yang bersaiz besar.
Dari negeri semananjung hingga lah di kepulauan borneo Sabah
dan Sarawak, cicak tokek ini menjadi amat popular seketika. Semasa penulis
berada di Bukit Mertajam Pulau Pinang atas urusan kerja pada masa itu,
rakan-rakan yang berada di sana telah menunjukkan sebuah gambar melalui
telefon, seekor cicak tokek bersaiz seekor biawak telah dijumpai di kawasan lading getah di kawasan Bukit
Mertajam.
Penulis membayangkan, betapa bertuanya individu yang telah
berjaya menangkap cicak tokek tersebut. Melalui gambar yang ditunjukkan, cicak
tokek itu memang memiliki saiz yang besar walau begitu penulis tidak mengetahui
dimana tempat untuk menjual tokek.
Lain pula cerita di Sabah, beberapa orang kampung kenalan
penulis sanggup bergadai nyawa untuk menangkap seekor cicak tokek yang telah
dijumpai semasa memasuki hutan. Melalui penceritaan mereka, cicak tokek yang mereka
temui telah lari ke puncak rimbunan pokok bambu tetapi mereka sanggup untuk
memanjat pokok bamboo tersebut hingga
tokek itu telah terjun ke bawah tanah.
Mereka cuba menjual tokek itu melalui orang tengah tetapi
mereka tidak berjaya menjualnya kerana tokek itu hanya seberat kurang 20 gram.
Jika tokek tersebut mempunya berat melebihi 20 gram, pembeli hanya membeli
harga RM300. Mereka amat kecewa dan hampa kerana apa yang mereka harapkan tidak
menjadi kenyataan.
Melalui kajian penulis sendiri, cicak tokek ini masih
mempunyai pembeli jika tokek yang dijual mempunyai saiz yang besar. Memang
benar, harga yang ditawarkan oleh pembeli amat lumayan kerana melalui
penceritaan beberapa individu di sekitar Borneo, beberapa individu yang berjaya
menangkap tokek yang bersaiz besar telah menjual cicak ini dengan harga yang
amat lumayan.
Cicak tokek ini mempunyai permintaan yang amat tinggi di Negara
China dan Jepun serta beberapa Negara di Eropah kerana mampu mengubati pelbagai
penyakit kronik. Pakar-pakar dari Negara tersebut mendakwa telah menjumpai ubat
yang amat mujarab dari badan tokek.Walau begitu, untuk menjumpai haiwan ini di dalam hutan
tidak lah semudah yang disangka kerana haiwan ini amat sukar untuk ditemui dan
bijak untuk bersembunyi di dalam habitatnya.
Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar (PERHILITAN), haiwan ini adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya.
Mana-mana individu yang memelihara cicak ini harus mendapatkan lesen bagi
membolehkan untuk memelihara cicak ini. Jika gagal untuk memenuhi saranan jabatan
ini, mereka boleh dikenakan kompaun atau denda sehingga RM50,000 kerana haiwan ini dibawah akta Pemuliharaan
Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.