Mahukah pakaian lama anda menjadi baru? Baik saya ingin
berkongsi anda satu tips cara warnakan pakaian anda dengan menggunakan pewarna
kekal dari jenama Dylon dye buatan dari Negara United Kingdom.
Walau begitu, pakaian yang anda warnakan haruslah mempunyai satu warna sahaja kerana pakaian yang memiliki banyak corak warna yang berlainan, menyebabkan warna pakaian anda akan berubah menjadi satu warna sahaja.
Walau begitu, pakaian yang anda warnakan haruslah mempunyai satu warna sahaja kerana pakaian yang memiliki banyak corak warna yang berlainan, menyebabkan warna pakaian anda akan berubah menjadi satu warna sahaja.
Mewarnakan pakaian sesuai bagi mereka yang ingin mewarnakan
pakaian ke warna yang lain misalnya dari pakaian warna putih ke pakaian yang
berwarna hijau. Saya masih mengingati semasa zaman persekolahan, guru sekolah
kami telah mewarnakan sejumlah pakaian putih untuk diwarnakan ke warna ungu
untuk dijadikan sebagai pakaian sukan untuk sekolah kami dalam mewakili
pertandingan sekolah peringkat daerah.
![]() |
Pewarna Dylon Dye Dalam Bentuk Kotak |
Bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan seperti Polis, Navy,
Tentera atau persatuan-persatuan yang mempunyai uniform tertentu, anda
digalakkan menggunakan perwarna pakaian anda dengan menggunakan Dylon Dye kerana
pewarna atau dye ini mampu menjadikan uniform anda yang telah pudar kembali kelihatan
seperti baru dan mampu bertahan dalam beberapa bulan bergantung pada cara anda
mencuci pakaian.
Bagi pakaian yang
berwana putih atau anda ingin menjadikan pakaian anda ke warna lain, warna
pakaian ini akan menjadi kekal misalnya warna pakaian yang berwarna merah dan
anda ingin menjadikan warna pakaian anda ke warna hitam, warna hitam akan kekal
selama-lamanya dan tidak akan bertukar menjadi merah semula.
![]() |
Jenis Warna Yang Ada |
Walau begitu, bagi pakaian jenis kain polyester, kain
campuran kapas, kain atau pakaian jenis ini tidak dapat diwarnakan oleh dye.
Dimanakah anda boleh memperolehi pewarna
dari jenama Dylon ini? Melalui pemerhatian saya, kebanyakan kedai-kedai buku
menjual pewarna Dylon jenis paket dengan pelbagai warna. Anda bebas memilih
warna kesukaan anda, bagi saya saya suka memilih pewarna yang berwarna biru dan
hitam kerana saya mempunyai banyak pakaian yang berwarna hitam dan biru. Warna
biru selalunya saya gunakan untuk mewarnakan semula seluar jeans.
Cara penggunaan pewarna Dylon Dye adalah seperti berikut:-
Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk mewarnakan 4 hingga
enam helai pakaian.
1. Panaskan satu cerek air dan biarkan sehingga mendidih
2. Sediakan satu baldi bersaiz kecil
3. Pakaian anda yang anda ingin warnakan
4. Satu atau dua paket pewarna dylon dye
5. Garam sebanyak 30gram atau 1oz
6. Sarung tangan getah
Apabila air dalam cerek telah mendidih, tuang air panas ke
dalam baldi dan masukkan 30 gram garam ke dalam baldi dan kacau air tersebut
sehingga garam menjadi sebati dengan air.
Masukkan satu atau dua paket dye Dylon ke dalam baldi dan
kacau sehingga pewarna tersebut benar-benar menjadi sebati.
Dengan menggunakan sarung tangan getah, masukkan pakaian
anda satu persatu ke dalam baldi. Bagi saya, saya akan memasukan hanya satu
pakaian dahulu dan saya akan biar pakaian tersebut dalam sepuluh minit dalam masa yang sama saya akan kacau
pakaian tersebut untuk memastikan keseluruhan pakaian telah diwarnakan.
Setiap pakaian perlu direndamkan 10 hingga 20 minit dan
apabila kesemua pakaian anda telah diwarnakan sepenuhnya, anda bolehlah membawa
pakaian anda ke jemuran pakaian dan biarkan pakaian tersebut dari pancaran
matahari sehingga kering.
Apabila pakaian telah
kering, anda boleh terus menggunakan pakaian tersebut tetapi nasihat saya,
dalam beberapa kali cucian asingkan pakaian yang telah diwarnakan tersebut
untuk mengelakkan pakaian yang diwarnakan merosakkan warna pakaian yang lain.
Bagaimana mudah bukan? Sebenarnya pewarna pakaian jenis
Dylon boleh diperolehi dalam bentuk tin, kotak, tin kecil berbentuk bulatan nipis, botol, dan paket. Saya melakukan penulisan
mengenai pewarna Dylon ini kerana ia amat membantu saya untuk mewarnakan
pakaian saya yang telah pudar. Semoga info ini bermanfaat!
kat mana nk beli dye ni?
ReplyDeletebeli mana yer
ReplyDeleteSelamat pagi Geoffrey...
ReplyDeleteDitempat saya susah nak dapat dye utk celup pakaian.
Boleh kah saya beli dari tuan sahaja? Tuan beli ditwmpat tuan, dan kirim kpd saya. Nanti saya bayar kos barang dan penghantaran. Saya juga mahu warna hitam dan biru tua.
Semua kedai stationery kawasan saya (Sungai Petani) tiada. Saya juga pernah cari di AlorSetar tapi juga tiada.
Wasap saya - 0134394950
Terima kasih.
sya pun nak beli jugam
ReplyDeleteselalunya di Kedai2 buku, pasara raya
ReplyDeletemaaf tuan, kawasan sy kedai buku india yg ada sini pun jarang-jarang ada stok
ReplyDeleteAir dalam baldi tu nak letak banyak mana? Penuh baldi ke macam mana?
ReplyDelete