Kawan saya mengatakan, neneknya yang berasal dari Indonesia membawa beberapa botol sebagai buah tangan dari Negara berkenaan. Pada mulanya, saya merasa ragu-ragu dengan ubat ini, tetapi berdasarkan bau minyak saya merasakan, ada sesuatu yang istemewa mengenai minyak ini.
Semasa saya mengalami sakit telinga, saya cuba menggunakan
minyak ini selepas, puas menerima rawatan di hospital untuk rawatan telinga
saya disebabkan jangkitan ini mungkin akibat selalu mengorek telinga dengan
menggunakan putik kapas dan air telah memasuki salur telinga saya dan inilah
yang telah menyebabhkan jangkitan.
Saya menggunakan minyak ini dengan mencelupkan putik kapas
kearah minyak Tawon dan saya akan secara perlahan-lahan putik kapas ke telinga
saya yang mengandungi minyak Tawon. Semasa minyak ini memasuki telinga, saya
merasa sedikit kehangatan dan sejuk dalam salur telinga. Saya menggunakan
minyak ini dalam anggaran dua kali sehari dan saya pastikan telinga saya tidak dimasuki olelh apa-apa air semasa
mandi.
![]() |
Minyak Tawon |
Amat menakjubkan, telinga saya telah mengalami tanda-tanda
penyembuhan selepas dua hari menggunakan minyak ini, saya menggunakan minyak ini sehinggalah telinga
saya sembuh sepenuhnya. Saya cuba menyelidiki daripada apakah bahan minyak ini
dibuat dengan mencari sedikit informasi dari Negara Indonesia melalui carian
internet.
Melalaui pembacaan saya, minyak ini amat popular di Negara berkenaan
dan kebanyakan blogger dari Negara jiran melakukan penulisan tentang kebaikan
minyak ini. Apa yang saya tahu, minyak ini wujud pada tahun 1912 lagi dan
dicipta oleh seorang Cina Indonesia bernama Li A Liat.
Melalui pandangan saya, minyak ini mampu bertahan 100 tahun lebih disebabkan adanya rahsia hebat mengenai minyak ini dan sehingga kini perniagaan minyak Tawon diterajui oleh cucu Li A Liat sendiri dengan nama Perusahaan Minyak Tawon Jaya Mankasar Indonesia.
Melalui pandangan saya, minyak ini mampu bertahan 100 tahun lebih disebabkan adanya rahsia hebat mengenai minyak ini dan sehingga kini perniagaan minyak Tawon diterajui oleh cucu Li A Liat sendiri dengan nama Perusahaan Minyak Tawon Jaya Mankasar Indonesia.
Minyak ini sebenarnya berdasarkan adunan herba-herba yang
hebat yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit kulit, sakit sendi, sakit
kepala, sakit gigi, dan pelbagai lagi. Jika anda ke Indonesia untuk melancong
atau bercuti, saya syorkan jangan lupa untuk membeli minyak ini untuk dijadikan
sebagai buah tangan untuk keluarga anda
di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.