Jadual Terkini Feri Labuan - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Sunday, November 1, 2015

Jadual Terkini Feri Labuan

Jadual di bawah adalah jadual perjalanan feri ekspress / speedboat / bot laju daripada Pulau Labuan ke tanah besar umpamanya dari pulau ini ke Menumbok, Negara Brunei, Sipitang, Lawas, Kota Kinabalu dan juga jadual pelayaran ke pulau ini.

Dengan adanya jadual ini, ia serba sedikit boleh membantu anda atau orang ramai tanpa ke terminal feri untuk mendapatkan jadual perjalanan ini.

Walaupun begitu, anda dinasihatkan untuk merujuk terus kepada pengusaha-pengusaha bot ekspress untuk mendapatkan jadual perjalanan lanjut kerana dikhuatiri terdapat perubahan pada jadual perjalanan.

Perjalanan pelayaran selalunya sama pada ketetapan seperti di dalam jadual tetapi sekiranya terdapat masalah seperti kerosakan enjin bot, masalah cuaca, kemungkinan besar, terdapat perubahan pada masa pelayaran.

Baca Juga: Perlukah Membawa Kereta Semasa Bercuti Di Labuan

Jadual Speed boat Labuan

Jadual terkini perjalanan Feri Ekspress / Speedboat / Bot laju  Pulau Labuan.

Masa Perjalanan

Kota Kinabalu ke Labuan

8.00am & 1.00am

Labuan ke Kota Kinabalu

8.00am & 1.00am

Brunei ke Labuan

7.00am, 8.00am, 8.30am, 9.00am & 1.00pm & Jumaat-Ahad -1.30pm, 4.30pm

Labuan ke Brunei

8.00am, 11.00am 12.15pm, 2.00pm, 4.00pm & 4.30pm

Labuan ke Menumbok

Speedboat jam 7.00am hingga jam 5.00pm

Menumbok ke Labuan

Speedboat jam 7.00am hingga jam 5.00pm

Labuan ke Lawas


12.30pm

Lawas ke Labuan


8.00am

Labuan  ke Sipitang


9.00am & 1.00pm

Sipitang ke Labuan


9.00am & 10.00am

Limbang ke Labuan


12.30pm & 2.00pm

Labuan ke Limbang


7.30pm & 8.00am

Sekiranya anda ingin menaiki feri kenderaan untuk membawa kereta anda atau motorsikal, anda boleh merujuk dengan mengklik link ini JADUAL TERKINI FERI KENDERAAN LABUAN (RO-RO).

*Penulis Tidak Bertanggungjawab Di Atas Sebarang Perubahan Jadual Perjalanan.Sila Hubungi Pengusaha bot/feri Untuk Maklumat Lanjut*

Cara menaiki speedboat di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Untuk makluman anda, kaunter tiket akan beroperasi di terminal ini seawal anggaran jam 6.40 pagi dan jika anda awal mendapatkan tiket di kaunter, anda akan menaiki speedboat ke Menumbok dalam anggaran 7.30 pagi.

Baca Juga: Tips Dari Menumbok Ke Labuan, Naik Feri Kenderaan ATau Speedboat?

Semasa artikel ini ditulis, harga bagi tiket setiap penumpang adalah sebanyak RM07.50sen. Selepasa anda mendapatkan tiket anda, sila tunggu di tempat duduk disediakan untuk ruang menunggu.

Anda boleh melihat di skrin TV yang disediakan untuk melihat status dan nombor bot anda. Walau begitu, setiap bot yang akan berlepas, anda akan mendengar pengumuman dari staff terminal dengan menggunakan pembesar suara.

Baca Juga: Apa Harus Dilakukan Di Pulau Labuan Pada Waktu Malam?

Cara menaiki speedboat dari Menumbok ke Labuan.

Anda boleh mendapatkan tiket anda di Terminal feri Menumbok di kaunter yang disediakan oleh pengusaha bot di kawasan tersebut. Harga tambang bot laju untuk setiap penumpang adalah sebanyak RM07.50sen.

Baca Juga: Cokelat Di Labuan Amat Murah?

Apabila anda selesai mendapatkan tiket anda, tunggu segera di ruang menunggu yang disediakan. Setiap bot yang akan berlepas akan diumumkan melalui pembesar suara. Sekiranya nombor bot seperti yang tertera di tiket dipanggil untuk berlepas, anda boleh segera ke jeti dimana bot laju menunggu.

Perjalanan ke Labuan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit untuk sampai jika bot tidak mengalami sebarang masalah.

Bagi anda yang pertama kali datang bercuti ke Labuan,

Baca Juga: Tempat Menarik Di Labuan Wajib Dikunjungi.

Nasihat-nasihat kepada penumpang.

Setiap penumpang yang menaiki bot atau feri, anda dinasihatkan datang awal di terminal feri untuk mengelakkan anda dari terlepas feri anda. Tips dari penulis, semasa menaiki bot atau feri, pastikan anda melihat dimana kedudukan jaket keselamatan dan pelampung keselamatan (life buoy) untuk persediaan keselamatan.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: November 01, 2015

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.