Sebenarnya, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menetapkan beberapa prosedur untuk dijadikan sebagai panduan kepada rakyat di negara ini. Jika anda mengunjungi web rasmi MPM, anda bole merujuk terus panduan yang diterangkan secara jelas oleh pihak yang berwajib.
Untuk mendapatkan sijil STPM milik anda yang hilang, pertama sekali anda perlu lakukan adalah mendapatkan borang permohonan sijil STPM secara online melalui web rasmi MPM.
Jika anda malas untuk membuka web berkenaan, saya sediakan link terus borang tersebut yang saya perolehi dari MPM, klik link ini untuk mendapatkan borang tersebut. Borang Memohon Sijil STPM. Isi borang ini dengan mengisi alamat anda, nama penuh, nombor pusat peperiksaan dan angka giliran, dan tahun menduduki peperiksaan.
Jika anda malas untuk membuka web berkenaan, saya sediakan link terus borang tersebut yang saya perolehi dari MPM, klik link ini untuk mendapatkan borang tersebut. Borang Memohon Sijil STPM. Isi borang ini dengan mengisi alamat anda, nama penuh, nombor pusat peperiksaan dan angka giliran, dan tahun menduduki peperiksaan.
Jika anda terus ke MPM, jumlah bayaran yang dikenakan keatas anda adalah sebanyak RM50, tetapi jika anda tidak dapat datang ke MPM, anda boleh menyertakan bayaran anda melalui kiriman wang berjumlah RM50, atas nama, KETUA ESEKUTIF MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA.
Selain itu, sertakan salinan slip keputusan STPM (Jika ada), salinan Mykad anda yang telah disahkan oleh pengetua atau pegawai daerah ataupun pegawai yang berpangkat gred A, dan dalam sampul surat permohonan anda, sertakan satu lagi sampul surat bertulis nama dan alamat sendiri anda berukuran (32.4cm x 23cm), stem berharga RM2 dan bar code RM2.20 untuk digunakan sebagai hantaran pos berdaftar.
Sekiranya anda tidak mengetahui cara ini, anda haruslah bertanya dengan staff pejabat pos untuk keterangan dengan lebih lanjut.
Akhir sekali, surat permohonan anda perlu hantar ke alamat ini, Ketua Esekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. (u.p Setiuasaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).
*Artikel ini ditulis berpandukan rujukan asal melalui artikel Sijil STPM di http://portal.mpm.edu.my.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.