Cara Berniaga Pasar Malam - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, October 13, 2015

Cara Berniaga Pasar Malam

Cara Berniaga Pasar Malam . Individu yang berniaga di pasar malam adalah individu yang mendapat keuntungan beribu sebulan. Adakah anda mempercayai kata-kata tersebut? Jika anda tidak mempercayainya, anda tidak mengetahui rahsia yang disimpan oleh peniaga-peniaga selama ini.

Beberapa tahun lalu, penulis juga tidak percaya mereka mampu menghasilkan keuntungan berlipat ganda berbanding dengan modal yang mereka usahakan.

Tetapi, pada tahun 2011, penulis telah mengenali seorang usahawan pasar malam di Tanah Puteh Kelantan, dan penulis akhirnya percaya mereka mampu menghasilkan banyak keuntungan setiap bulan, untuk pengetahuan anda, usahawan yang penulis kenali ini mempunyai rangkaian pasar malam besar di daerah tersebut.
Pasar Malam
Pasar Malam Di Rot Fai Thailand

Sediakan modal untuk perniagaan.

Dalam permulaan perniagaan, modal untuk berniaga adalah penting untuk menggerakkan perniagaan untuk berniaga.

Modal untuk berniaga adalah wang untuk membeli peralatan, stok barang, menyimpan keperluan perniagaan, kereta untuk mengangkut keperluan untuk berniaga di pasar malam.

Modal perniagaan perlu disediakan terlebih dahulu sebelum anda merancang dengan teliti apa keperluan yang anda perlukan, apakah perniagaan yang patut anda jual di pasar malam.

Apa yang patut anda jual di pasar malam ?

Soalan ini sebenarnya ditujukan kepada anda, apa yang perlu dijual di pasar malam. Pasar malam adalah perniagaan untuk menjual hasil seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan sungai, ikan laut, ayam, peralatan dapur, pakaian dan kasut bundle, kueh-kueh, mee goreng, nasi ayam, dan lain-lain lagi yang anda jumpai ada dijual di pasar malam.

Bagi pendapat anda, apakah yang patut anda jual? Anda disarankan untuk menjual sesuatu yang tidak mempunyai persaingan di kawasan pasar malam tempat anda merancang untuk berniaga kerana orang ramai akan dijangkakan akan terpusat di gerai anda kerana tiadanya persaingan mengenai barangan yang anda jual dan seterusnya anda akan mencipta keuntungan mudah.

Antara idea yang mungkin berguna, sekiranya anda mempunyai kemahiran untuk memasak, mungkin ini adalah satu peluang  bagi anda untuk menyediakan menu yang istemewa di pasar malam kerana antara tumpuan utama orang ramai ke pasar malam adalah mencari makanan yang disukai oleh mereka.

Kemahiran berniaga

Perniagaan di pasar malam akan mengajar anda banyak pelajaran yang boleh dipraktikan untuk mendapatkan pelanggan, contohnya, jika anda ingin menjual mee goreng, kemahiran dalam perniagaan ini adalah mudah sahaja, misalnya, masakan yang sedap, dan hanya memerlukan waktu yang singkat untuk memasak menu mee goreng yang sedap, bersih, serta anda ramah dengan pelanggan anda.

Baca juga: Jual Belon Gas Helium Di Pasar Malam Amat Menguntungkan

Ini mengenai kemahiran berniaga memasak mee goreng di pasar malam. Jika anda menjual baju jersey bola sepak misalnya, kemahiran yang anda perlu praktikan adalah cara anda melayani pelanggan anda, keramahan anda, dan cara anda memanipulasi harga baju tersebut, contohnya, modal anda untuk sehelai baju jersey bola adalah RM20, tapi anda menetapkan keuntungan anda adalah RM 20 setiap helai baju, ini bermakna, anda mesti menetapkan jersi dengan harga sebanyak RM45 sehelai.

Kenapa RM 45 bukannya RM 40? Tahukah anda, jika anda mempunyai pengalaman berniaga sebelum ini, kebanyakan pelanggan akan meminta untuk mengurangkan harga jersey (harga less) tersebut.  Anda boleh mengurangkan harga sehingga RM40 dan sasaran anda untuk mencapai keuntungan  setiap helai jersey sebanyak RM20, akan dapat dicapai dengan mudah dengan menggunakan cara ini.

Kawasan tapak untuk berniaga.

Sekiranya anda ingin mencari tapak untuk berniaga di pasar malam, anda mesti memujuk kepada kerajaan tempatan, (majlis daerah atau majlis perbandaran) di kawasan tempat tinggal anda untuk mendapatkan tapak lesen untuk berniaga.

Baca Juga: Tips Berniaga Mee Goreng Di Pasar Malam

Sekiranya anda tidak memperoleh kebenaran daripada mereka, anda berisiko untuk dikenakan tindakan seperti gerai anda akan disita dan tindakan dari pihak mahkamah. Mengurus lesen tidak memerlukan masa lama untuk mendapatkan lesen untuk berniaga di pasar malam.

Kenali pesaing / peniaga lain.

Sebelum anda memulakan perniagaan di malam pasar, pastikan dan lakukan penyelidikan atau pemantauan di kawasan tersebut untuk mengenalpasti pesaing anda. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual kasut bundle di kawasan pasar malam, anda mesti tahu berapa buah gerai yang telah pun menjual kasut bundle di pasar malam itu.

Baca juga: Berniaga Asesori Di Pasar Malam, Sejauh mana anda perolehi keuntungan?

Jika persaingan terlalu tinggi, anda disarankan untuk menjual barang lain kerana, jika anda menjual kasut bundle di kawasan itu juga, anda mendapatkan keuntungan yang kurang. Selain itu anda mesti berbaik-baik dengan peniaga yang telah lama bertapak dikawasan itu untuk kebaikan anda bersama.

Jangan lupa mendaftarkan perniagaan anda dengan SSM.

Walaupun anda telah memiliki lesen atau permit dari kerajaan tempatan, anda juga disarankan  untuk mendaftarkan perniagaan anda di pasar malam dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana anda tidak rugi untuk melakukannya kerana jika anda ingin mengembangkan bisnes di malam pasar, anda mungkin dapat melakukan permohonan dengan pihak bank untuk memperoleh pinjaman kewangan untuk berniaga kerana salah satu syarat yang ditetapkan oleh pihak bank, perniagaan anda mesti berdaftar dengan SSM.

Kereta untuk mengangkut barang di pasar Malam.

Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk memulakan perniagaan di pasar malam. Kereta amat penting untuk mengangkut barangan perniagaan anda. Antara kereta yang sesuai untuk berniaga di pasar malam adalah seperti Nissan vannete ataupun pikap, kerana kenderaan ini mempunyai ruang yang luas untuk menyimpan peralatan pernigaaan anda.

Stor untuk menyimpan barangan.

Peralatan-peralatan  pasar malam yang selalu anda gunakan misalnya stok barang yang anda jual, kanopi, meja, atau peralatan-peralatan yang lain yang memerlukan tempat khusus untuk menyimpannya.

Baca juga: Potensi Bisnes Kasut Di Pasar Malam

Barangan ini umpama nyawa untuk anda kerana anda mencari rezeki dengan bantuan peralatan dan stok-stok barangan yang anda beli untuk diperdagangkan di pasar malam. Oleh itu, pastikan anda tidak mencampur adukan peralatan peribadi dengan  peralatan perniagaan pasar malam untuk menjamin kelancaran perniagaan anda.

Dapatkan stok barang terus dari pemborong.

Jika anda menjual di pasar malam misalnya pakaian, kasut, alat permainan atau lain-lain barangan, pastikan anda mendapatkan stok barangan dari pihak pemborong sebenar dan bukannya melalui pihak ketiga (orang tengah) kerana jika anda mendapatkan barangan dari orang tengah, anda terpaksa mengeluarkan modal yang besar kerana pihak ini akan menjual dengan harga yang mahal. 

Baca juga: Buat Duit Beratus Ringgit Dengan Mudah Di Pasar Malam

Anda pula terpaksa menjual barangan di pasar malam dengan harga yang lebih mahal, ini menyebabkan, barang anda akan kurang terjual. Mendapatkan stok barangan terus dari pihak pemborong membolehkan anda memperolehi dengan harga borong.
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 4:51:00 PM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.