Cara Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera)

thumbnail
Bagaimana cara buka akaun ASB? Baik, sebelum itu,  mari kita ketahui apa itu maksud ASB dahulu, ASB adalah singkatan bagi Amanah Saham Bumiputera yang dikendalikan oleh sebuah syarikat pengurusan unit amanah iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat kepada PNB atau Permodalan Nasional Berhad.

Membuka akaun ASB tidaklah sesukar mana, tetapi apa yang penting anda mesti tahu status kelayakan anda, penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan, dimana harus buka akaun,  apakah jenis borang yang perlu diisi, dan juga minima wang perlu untuk membuka akaun.

Panduan Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera).

Baik, ini adalah step by step untuk anda perlu ketahui sebelum membuka akaun ASB dan juga layak atau tidak untuk anda membuka akaun ASB.

1. Syarat Kelayakan Permohon ASB.
Sebagai pengetahuan anda, yang layak untuk membuka akaun ASB adalah kaum Bumiputera Melayu, Orang Asli, dan juga penduduk Peribumi Sarawak serta Sabah.
Amanah Saham Bumiputera
Selain itu, kaum minoriti warganegara Malaysia seperti, Eurasian, Portugis, Serani, India Muslim, Siam, dan juga Mualaf,  layak untuk melabur untuk akaun yang dikhaskan untuk bumiputera.

2. Jenis Akaun ASB dan kategori umur.
Akaun ASB terbahagi kepada dua jenis iaitu,
  • Akaun Remaja
  • Akaun Dewasa
a) Akaun Remaja (Akaun Bijak/Akaun Remaja).
  • Had kelayakan umur - 18 tahun ke bawah dan minima umur untuk buka akaun adalah 6 bulan keatas.
  • Had pelaburan - RM 50k
b. Akaun Dewasa.
  • Had kelayakan umur- 18 tahun keatas
  • Had Pelaburan- RM 200k
3. Dimana harus buka akaun ASB.
Anda boleh membuka mana-mana akaun ASB di kaunter Utama ASNB, cawangan-cawangan ASNB, dan juga mana-mana ejen ASNB seperti  Maybank, Pejabat Pos, RHB Bank, BSN, serta CIMB.

4. Dokumen yang diperlukan semasa buka akaun.
Bagi anda yang ingin membuka Akaun Remaja untuk anak-anak anda, anda sebagai penjaga ibubapa kepada anak anda , harus membawa Mykad ibu bapa/penjaga, Mykad anak, atau sekiranya anak anda masih kecil, diperlukan sijil lahir dan juga Mykid.

5. Borang yang perlu diisi.
Apabila anda ke mana-mana kaunter ASNB atau ejen ASNB, anda boleh mendapatkan borang permohonan buka akaun ASNB P1 untuk Akaun Dewasa , borang ASNB P2 untuk Akaun Bijak/Akaun Remaja.

Sesetengah tempat terdapat borang untuk Akaun Dewasa dan juga Akaun Remaja yang digandingkan bersama, bermakna borang ini boleh diisi oleh pemohon remaja ataupun pemohon dewasa

6. Jangan lupa wang untuk dilaburkan/simpanan.
Untuk membuka akaun, minima wang yang diperlukan adalah RM 10 sahaja dan RM 1++GST untuk caj pemprosesan.

Walaupun minima RM 10 sahaja untuk membuka akaun, anda boleh memasukkan terus wang yang lebih banyak ke akaun anda misalnya RM 200, RM 500, atau lebih banyak daripada itu pun boleh sebagai simpanan anda.

Untuk pemahaman yang lebih lanjut mengenai pelaburan ASB, anda boleh melayari laman rasmi ASNB sendiri melalui alamat http://www.asnb.com.my. 

Tips Memilih Dedoran Atau Antiperspirant Terbaik Untuk Ketiak

thumbnail
Memilih dedoran atau antiperspirant adalah salah satu keperluam wajib bagi kehidupan kita pada masa ini. Setiap kali ke pasaraya, kita kadang-kadang akan ke bahagian alat keperluan untuk penjagaan diri untuk mendapatkan dedoran ataupun antiperspirant.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis dedoran dan juga antiperspirant. Alat untuk menghilangkan bau ketiak ini mempunya harga yang berbeza-beza mengikut jenama masing-masing. Persoalannya disini, bagaimana untuk memilih dedoran atau antiperspirant yang baik untuk keperluan diri kita?

Tips Memilih Dedoran Atau Antiperspirant Terbaik Untuk Ketiak
Baik, berikut adalah beberapa tips bagaimana untuk memilih deodoran dan juga antiperspirant untuk dijadikan sebagai keperluan diri kita agar ianya benar-benar sesuai dengan diri kita.

1. Memilih yang mampu melawan peluh
Sama ada anda memilih dedoran dan juga antiperspirant, anda dinasihatkan untuk memilih yang mampu bertahan di dalam masa 24 jam, selain itu, mampu untuk melawan pengeluaran peluh. Penggunaan dedoran atau  antiperspirant , disarankan menggunakannya hanya sekali sahaja di dalam sehari. Walau begitu, ianya bergantung kepada keperluan anda.

2. Pilih yang paling mudah digunakan
Walau apa pun jenama anti peluh yang anda gunakan, pilihlah yang paling mudah untuk digunakan. Umpamanya memilih jenis roll-on, ataupun jenis spray serta pembuka yang mudah dibuka. Walau pun begitu terdapat sesetengah dari anda lebih suka memilih jenis krim.

3. Tidak meninggalkan tanda putih
Produk anti peluh yang bagus adalah ianya cepat mengering apabila digunakan, tidak meninggalkan tanda-tanda putih pada pakaian anda dan paling penting sekali, tidak merosakkan pakaian anda.
Decorative Picture
Photo by, Aqua Mechanical, Licenced Via Creative Commons.org
Sesetengah produk, boleh menyebabkan bahagian lengan pakaian anda akan mengeras dan menimbukkan tompok warna putih. Hal ini akan menyebabkan pakaian anda akan rosak.

4. Mempunyai aroma yang baik
Produk yang baik adalah mempunyai aroma yang neutral dan juga bebas dari haruman yang kuat. Pastikan produk anti peluh yang anda gunakan benar-benar bebas dari wangian.

5. Berfungsi dengan baik
Walaupun anda berkerja di kawasan panas, terlibat dengan aktiviti fizikal yang menyebabkan anda mengeluarkan peluh yang banyak, produk anti peluh yang anda gunakan benar-benar berkerja dengan diri anda. Produk ini lah yag sepatutnya kita pilih.

6. Tidak merengsangkan kulit
Sesetengah dari kita, kulit akan bertindak dengan produk anti peluh yang kita gunakan menyebabkan akan merengsangkan kulit. Pastikan tentang hal ini, kerana setiap dari kita memiliki kulit yang berbeza-beza, dan sesetengah yang lain pula mengalami kesan apabila menggunakan produk anti bau peluh disebabkan kulit yang sensitif.

Ketahui beza dedoran dengan antiperspirant
Anda perlu tahu apakah beza antiperspirant dengan dedoran serta ketahui juga apakah fungsi sebenar kedua-dua produk anti peluh ini. Antiperspirants adalah produk yang direka untuk bertindak mengurangkan peluh dan menyekat saluran peluh serta mengurangkan bau ketiak.

Dedoran pula adalah produk yang mengandungi antibakteria untuk mengurangkan bau pada ketiak anda. Produk ini tidak akan menghalang saluran peluh.

Anda harus ketahui juga terdapat produk anti peluh mengandungi kedua-dua bahan iaitu antisperspirant dan juga dedoran. Oleh itu sebelum membeli produk anti bau peluh ketahui apakah bahan yang terdapat pada produk anti bau peluh yang anda beli.

Semasa ke pasaraya fikirkan pertanyaan ini
a) Anda telah mengetahui perbezaan dedoran dan juga antiperspirant bukan? Oleh itu tetapkan pendirian anda sama ada membeli dedoran atau antiperspirant atau pun anda memilih yang mengandungi kedua-dua bahan itu sekali.

b) Adakah anda menyukai haruman? Jika anda menyukai dedoran yang mempunyai haruman, mungkin anda boleh memilih dedoran yang mengandungi minyak kerana dedoran jenis ini mengandungi bau seperti masker. Bagi anda yang tidak menyukai wangian pilih lah dedoran yang bebas dengan wangian.

c) Tanya diri anda sendiri, adakah anda mempunyai kulit sensitif, kerana jika anda mempunya kulit yang sensitif, atau mungkin anda mempunyai apa-apa ruam, antiperspirant boleh merengsangkan kulit anda. Lebih-lebih lagi anda gunakan antiperspirant selepas mandi dan juga selepas anda bercukur.

Walau begitu, kulit kita berbeza-beza sebenarnya, terdapat individu yang amat sensitif dengan kandungan bahan pada antiperspirant seperti bahan aluminium klorida ataupun dengan bahan aluminium zirconium trichlorohydrex glisin.

Terdapat juga kulit individu yang mengalami ruam dengan menggunakan dedoran semula jadi oleh itu cuba pilih produk anti bau peluh yang berbez-beza hingga anda menemukan yang sesuai dengan diri anda.

d) Adakah anda mempunyai peluh yang berlebihan? Jika ya, anda disaran menggunakan antispirant untuk mengatasi masalah anda, kerana bahan ini direka untuk menyekat saluran peluh yang berlebihan.

Di pasaran terdapat banyak produk antiperspirant, jika anda mempunyai pengeluaran peluh yang agak banyak, banyak doktor yang menyarankan untuk menggunakan antiperspirant yang mempunyai bahan aktif yang lebih kuat berbanding dengan antiperspiran yang biasa. Walau begitu, bahan aktif yang agak kuat  mungkin boleh merengsangkan kulit anda.

e) Adakah anda lelaki atau wanita? Pada dasarnya, kesemua dedoran mempunyai bahan yang sama, sama ada dedoran untuk lelaki atau wanita. Yang membezakan produk-produk anti peluh ini adalah wangian, pemasaran dan juga pembukusan pada produk tersebut.

f) Anda ingin memilih produk semula jadi? Ya, jawapannya adalah dedoran kerana ia bebas dari aluminium, tetapi tahukah anda bahan pada dedoran ini tidak akan menghalang pengeluaran peluh berlebihan anda?

Walau begitu sesetengah dedoran semulajadi mempunyai bahan clay dan juga baking soda yang mampu menjadikan anda terasa kering semasa anda menggunakannya.

g) Bagaimana menggunakan produk antiperspirant? Cara pemakaiannya adalah mudah sahaja, pastikan menggunakan anti peluh ini sehingga kering pada ketiak anda dan barulah anda memakai pakaian.

Sebagai pengetahuan anda, apabila anda menggunakan antiperspirant, anda akan dapati terdapat kesan kuning pada pakaiana anda, ini sebenarnya terjadi disebabkan tindak balas ramuan pada produk tersebut dan juga  protin pada kulit anda.

Penggunaan produk anti bauh peluh
Semasa membeli produk anti bau peluh, pastikana ada membaca dengan teliti mengenai label dan juga cara pemakaian yang betul kerana jika anda salah untuk menggunakannya, kemungkinan produk tersebut boleh merengsangkan kulit anda.

Antiperspirant berkesan untuk digunakan sebelum anda tidur tetapi menurut beberapa pakar, adalah lebih baik tidak menggunakan sebarang antiperspirant semasa tidur kerana kita jarang mengeluarkan peluh  pada waktu tersebut.

Jika kebanyakan produk yang anda gunakan tidak berkesan dengan masalah bau peluh pada ketiak anda disebabkan bau peluh yang berlebihan, anda disaran untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah.

Tahukah anda, menurut kajian terdapat sekitar 3% mereka yang mengalami masalah berpeluh berlebihan ataupun dikenali sebagai hiperhidrosis. Antara rawatan pertama adalah dengan menggunakan antiperspirant.

Rawatan yang lain pula dikenali sebagai Iontophoresis dimana rawatan menggunakan arus elektrik ringan untuk menebalkan luar kulit bagi menghalang dan mematikan pengeluaran peluh, kaedah ini amat baik untuk mereka yang mengalami masalah berpeluh di tangan dan juga kaki.

Antara kaedah yang lain pula untuk menggunakan suntikan botox pada kawasan yang mengeluarkan peluh yang berlebihan. Di Barat terdapat rawatan yang dikenali sebagai Miradry menggunakan kaedah gelombang micro bagi menghapuskan pengeluaran peluh secara kekal.

Website Percuma Kesan Kesalahan Ayat Penulisan Bahasa Inggeris Untuk Pelajar

thumbnail
Artikel ini memberi panduan kepada anda dan semua pelajar-pelajar di sekolah, kolej, universiti, atau sesiapa pun jua yang inginkan penulisan  bahasa inggeris mereka agar tidak mempunyai kesalahan tatabahasa umpamanya, seperti kesalahan lazim , iaitu kesalahan di dalam grammar, pengulangan ayat, komma, noktah, kesalahan ayat, dan lain-lain kesalahan lagi.

Misalnya anda seorang pelajar diarahkan untuk membuat 'home work' di dalam karangan bahasa inggeris oleh guru anda, atau anda seorang pelajar universiti yang sedang menyiapkan assignment di dalam penulisan bahasa inggeris, hanya gunakan tool percuma ini.

Website Percuma Kesan Kesalahan Ayat Penulisan Bahasa Inggeris Untuk Pelajar
Baik, sebenarnya terdapat banyak website percuma di internet, anda hanya perlu minta pertolongan dengan mr. google sahaja, tetapi bagi mereka yang masih belum mengetahui adanya tool untuk mengesan kesalahan ayat di dalam penulisan, anda berada di artikel yang betul untuk mengetahuinya sebagai rujukan.
Decorative Picture
Photo by, PDPics, Licenced Via Creative Commons
Berikut adalah beberapa tool daripada website untuk mengesan kesalahan ayat bahasa inggeris yang boleh anda gunakan di dalam penugasan kerja anda.

1. Tool kesan kesalahan penulisan dari grammarcheck.net
Website ini dimiliki oleh seorang wanita penama Jennifer di mana dia bekerja sebagai guru bahasa inggeris di sebuah sekolah swasta di Thailand. Suaminya adalah seorang programmer dan telah mencipta tool ini untuk untuk isterinya dan juga sebagai panduan pelajar di mana isterinya mengajar.

Tools ini amat mudah digunakan anda hanya perlu copy dan paste artikel anda pada bahagian 'check you text' dan tekan button 'Free Check'. Di dalam beberapa second, tools ini akan mengesan kesalahan pada artikel anda. Alamat penuh website ini adalah, http://www.grammarcheck.net.

2. Tool daripada website LanguageTools
Website ini telah dicipta oleh sekumpulan peminat bahasa dan juga pemaju perisaian. Selain bahasa Inggeris, tool ini boleh digunakan dalam beberapa lagi bahasa seperti German, Greek, Italian, Japanese dan lain-lain lagi.

Apa yang perlu anda lakukkan, copy dan paste artikel anda, dan klik pada button 'Check Text'. Ianya amat mudah. Untuk mencuba tool ini, anda lawati tapak ini, https://www.languagetool.org/.

3. Tools percuma dari Noun Plus.net
Seperti website tool yang lain, anda hanya perlu copy and paste artikel anda melalui ruangan yang disediakan. Apa yang menarik mengenai tools ini, ia akan memberikan perbandingan artikel anda dengan artikel yang telah dimodifikasi melalui tool tersebut dan memberikan beberapa pilihan pembetulan.

4. Tool percuma dari scribens.com
Tool ini mampu melakukkan pemeriksaan ayat sehingga 20,000 karakter, dan ianya sesuai bagi mereka yang mempunyai artikel yang sederhana banyaknya. Apa yang menarik melalui web ini, ianya mempunyai kamus di dalam bahasa Inggeris mengenai definisi, konjugasi, dan sinonim.

Anda hanya perlu lakukan copy dan paste artikel anda, dan tekan pada button 'Check'. Untuk mencuba tool ini, anda boleh terus ke alamat ini, https://www.scribens.com.

5. Tool percuma dari Online Text Correction
Tool ini mampu mengesan kesalahan seperti kesalahan asas grammar, kesalahan pada ayat, pembetulan secara automatik serta tersedia untuk bahasa Inggeris dialek Afrika Utara,New Zeland, Australia, British dan juga Amerika.

Jika anda menggunakan tool ini, anda hanya copy dan paste artikel anda dan tick pada 'Autocorrect' dan tekan 'Submit'. Ia akan secara automatik akan memperbetulkan kesalahan pada penulisan anda.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi tool tetapi penulis hanya memberikan anda 5 website sahaja untuk dijadikan sebagai panduan anda dan tool ini kesemuanya percuma tanpa apa-apa bayaran.

6 Sebab Kenapa Anda Cari Kerja Kosong Di Kuala Lumpur

thumbnail
Adakah anda mencari kerja kosong di Kuala Lumpur? Anda berasal dari negeri mana?Ini adalah artikel sebagai pengetahuan anda, mengapa anda perlu mencari pekerjaan di kawasan bandaraya ini buat anda yang masih belum sampai di tempat ini.

Kebanyakan masyarakat, terutama sekali kaum mudah mudi, menanam impian untuk bekerja di KL disebabkan tuntutan untuk berdikari dan mencari sumber kewangan yang lebih baik. Mengapa Kuala Lumpur? Sebenarnya, terdapat beberapa manfaat jika anda mencari pekerjaan di kawasan bandaraya ini.

6 Sebab Kenapa Cari Kerja Kosong Di Kuala Lumpur
Tahukah anda? Rata-rata penduduk di seluruh Malaysia akan tertumpu untuk mencari pekerjaan di KL? Bukan sahaja penduduk tempatan, tetapi ia juga menjadi tumpuan mencari pekerjaan bagi warga negara di sekitar asia tenggara seperti Indonesia, Thailand, Philippina, Mynmar, dan lain-lain negara lagi.
Kuala Lumpur
Photo by, Walkerssk, Licenced Via Creative Commons
1. Kuala Lumpur adalah bandar metropolitan
Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang amat besar dan paling pesat sekali membangun berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dan digelar sebagai bandaraya metropolitan. Disebabkan pembangunan ekonomi yang pesat, bandaraya Kuala Lumpur telah melangkaui pembangunan hingga ke Lembah Kelang iaitu negeri Selangor.

Menurut laporan bancian, penduduk yang berada di Kuala Lumpur dan hingga ke Lembah Kelang telah mencecah hingga 7.2 juta penduduk hinggakan bandaraya ini amat padat sekali. Kuala Lumpur adalah bandaraya yang tidak pernah tidur!

2. Tawaran pekerjaan yang banyak
Disebabkan pembangunan yang amat pesat sekali, menyebabkan wujudnya tawaran pekerjaan atau peluang pekerjaan yang amat banyak sekali di bandaraya ini. Jika anda ke bandaraya ini, anda akan melihat pelbagai bangsa yang bekerja di bandaraya ini.

Negeri yang paling jauh umpamanya Sabah dan Sarawak, kebanyakannya sanggup datang ke bandaraya ini untuk mencari pekerjaan. Begitu juga daripada negeri yang paling jauh di Semenanjung, iaitu negeri Kelantan dan juga Perlis, kebanyakannya ke KL untuk mencari pekerjaan.

Bukan sahaja di bandaraya KL itu sendiri, di Lembah Kelang, dan juga Shah Alam, mempunyai banyak kilang-kilang tempatan dan juga kilang milik pelabur dari luar negara menyebabkan ianya memerlukan perkerja yang banyak untuk beroperasi.

3. Gaji yang ditawarkan cukup lumayan
Ya, ini lah berita yang menarik yang anda perlu dengar! Berbanding dengan negeri-negeri lain, kilang-kilang di bandaraya Kuala Lumpur lah yang menawarkan gaji yang cukup tinggi sekali. Ini disebabkan oleh persaingan, keperluan, dan taraf hidup yang sesuai dengan standard sebagai bandaraya metropolitan.

Jika anda hanya mempunyai kelulusan SPM ataupun lebih rendah daripada itu, terdapat syarikat ataupun kilang sanggup memberikan anda gaji bermula dari RM 1500 hingga RM 2000 sebulan dan ianya tidak termasuk elaun serta elaun lebih masa. Ianya tawaran yang agak besar bukan?

Dengan tawaran gaji yang lumayan, anda berpeluang untuk menyimpan wang dan seterusnya mungkin mampu membantu keperluan kewangan keluarga anda di kampung.

4. Kemudahan pengangkutan yang muda dan canggih
Kuala Lumpur direka sebagai bandaraya yang teratur dan canggih, salah satunya adalah mengenai kemudahan pengangkutan seperti LRT (Light Rail Transit), kemudahan teksi, bas, bas pekerja, dan Grabtaxi.

Pengangkutan-pengangkutan yang ada di bandaraya ini untuk kemudahan penduduk yang tinggal di bandaraya ini dan ianya tidak memberi masalah kepada mereka yang tidak mempunya masalah kenderaan untuk ke tempat kerja. Begitu juga jika anda ingin bercuti balik ke kampung, semua kemudahan amat mudah diperolehi disini.

5. Pusat tumpuan 
Anda bekerja di bandaraya ini bukan sahaja menerima pelbagai kemudahan yang tidak diperolehi di negeri-negeri lain, tetapi semasa anda tidak bekerja pada hujung minggu, anda boleh pergi ke tempat-tempat yang menarik dan terkenal di bandaraya ini seperti Bukit Bintang, Menara KL, TwinTower, dan banyak lagi kawasan menarik yang lain.

Misalnya anda ke Bukit Bintang, kawasan ini dikatakan sebagai nadi kepada Kuala Lumpur dan ianya beroperasi selama 24jam. Kawasan ini menjadi tumpuan pelbagai bangsa siang dan malam. Ini bermakna, anda tidak akan boring di KL.

6. Kemudahan pusat membeli belah yang banyak
Selain itu pula, bandaraya ini mempunya pelbagai pusat membeli belah yang terkenal umpamanya KL Sogo, Mid Valley Mega Mall, Berjaya Time Square, Suria KLCC, dan pelbagai lagi. Sekiranya anda bekerja di bandaraya ini, anda boleh menikmati kemudahan pusat membeli-belah yang moden.

Pada hujung minggu, anda akan melihat bandaraya KL penuh dengan penduduk untuk membeli belah, melepak,  dan ianya satu pengalaman yang menarik sekali yang anda lalui di dalam hidup anda.

Cara Untuk Semak Senarai Hitam PTPTN

thumbnail
Adakah anda perna melakukkan semakan senarai hitam di PTPTN, mengenai nama anda? Pada masa ini kerajaan telah mengambil langkah drastik kepada semua peminjam PTPTN untuk melakukkan pembayaran segera tentang pinjaman yang dilakukkan oleh mana-mana individu yang pernah melakukkan pinjaman ini.

Melalui pemahaman penulis, kerajaan mengambil langkah ini disebabkan kekurangan dana pusingan kewangan untuk disalurkan kepada pemohon-pemohon PTPTN bagi pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajar di kolej-kolej, universiti swasta ataupun universiti tempatan.

Oleh itu, bagi mereka yang telah menamatkan pelajaran dan sebelum ini pernah melakukkan pinjaman kewangan melalui PTPTN, diarahkan untuk melakukkan bayaran semula pinjaman tersebut.

Apa yang penulis faham juga, sekiranya pembayaran tidak dilaksanakan, nama peminjam yang telah disenarai oleh PTPTN, namannya juga akan disenarai hitam melalui imigresen bagi mereka yang langsung tidak melakukkan pembayaran. Ini bermakna, nama peminjam tersebut tidak dibenarkan untuk ke luar negara.
Selain itu, nama peminjam yang telah disenarai oleh PTPTN juga akan disenarai sebagai CCRIS oleh pihak bank sekiranya gagal melunaskan bayaran bulanan pinjaman tersebut sebagaimana yang diarahkan.

Misalnya seperti ini, encik A telah diarahkan oleh PTPTN untuk melakukkan pembayaran minima pinjaman  sebanyak RM 40 sebulan bermula pada bulan januari 2014, tetapi encik A langsung tidak melakukkan pembayaran tersebut sehingga awal januari 2017, dan jumlah bayaran yang sepatutnya encik A  telah bayar  untuk 3 tahun tersebut adalah sebanyak RM 1,440.

Disebabkan jumlah RM 1,440 ini lah yang menyebabkan encik A disenaraikan sebagai CCRIS oleh pihak bank disebabkan terdapatnya tunggakan bayaran bulanan terhadap pinjaman tersebut. Ini menyebabkan encik A menghadapi sedikit masalah sekiranya melakukkan pinjaman daripada bank disebabkan CCRIS.

Bagaimana untuk semak senarai hitam PTPTN itu? Untuk melakukkan semakan, anda boleh menghubungi di talian careline PTPTN di nombor telefon berikut, 03-2193 3000 atau hadirkan diri ke mana-mana kaunter PTPTN atau Jabatan Imigresen. Anda juga boleh melakukkan semakan melalui link terus ke web rasmi PTPTN melalui link dibawah ini dan isi butir-butir yag diperlukan.

SEMAK SENARAI HITAM PTPTN                                               

Senarai hitam itu maksudnya anda disenarai hitam untuk ke luar negara, bermakna anda dikenakan sekatan oleh pihak Imigresen Malaysia. Untuk melakukkan semakan, anda boleh terus ke web rasmi Imigresen atau melalui link dibawah yang mana penulis sediakan terus web Imigresen.

SEMAK SENARAI HITAM IMIGRESEN

Untuk mengetahui jumlah sebenar bayaran minima bulanan pinjaman PTPTN anda, dinasihatkan anda terus berhubung dengan pihak PTPTN untuk keterangan yang lebih lanjut. Anda harus melakukkan pembayaran pinjaman ini kerana sekiranya anda gagal untuk melaksanakan bayaran, kemungkinan anda akan dikenakan tindakan saman mahkamah.

Tips Cari Peluang Untuk Cari Kerja Di Sektor Kerajaan

thumbnail
Adakah anda ingin cari kerja kerajaan? Kebanyakan rakyat di negara ini sesungguhnya amat berharap untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan terutama sekali mereka yang baru menamatkan pelajaran mereka seperti dalam peringkat SPM, Diploma, ataupun Ijazah.

Tidak dinafikan, zaman sekarang amat susah sekali untuk memperolehi kerja kerana terlalu banyak sekali persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Penulis cuba membantu anda untuk mendapatkan beberapa tips, bagaimana mencari peluang-peluang untuk mendapatkan pekerjaan di dalam sektor kerajaan.

Tips Cari Peluang Untuk Cari Kerja Di Sektor Kerajaan
Baik, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda terapkan untuk mendapatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan.

1. Persediaan sijil-sijil 
Tidak kira apa kelulusan anda, apa yang paling penting sekali, semua sijil-sijil anda susun semula di dalam satu fail dan dapatkan kesemua salinan sijil-sijil tersebut seperti Sijil SPM, STPM, Diploma, Ijazah, atau apa jua sijil yang berkaitan.

Buat lah beberapa salinan fotokopi sijil-sijil tersebut dan simpan lah di dalam fail yang telah disediakan. Penyediaan sijil-sijil ini sebenarnya untuk memudahkan anda sekiranya anda memerlukan dengan segera untuk keperluan untuk mencari kerja.

2. Sentiasa peka pada iklan jawatan kosong
Anda telah pun menyediakan dokumen-dokumen penting anda, apa yang penting sekarang, anda harus peka di tempat anda mengenai setiap iklan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan kerana setiap tahun terdapat pengambilan kekosongan jawatan kerajaan di pelbagai sektor.

Peka, maksudnya disini, anda tahu terdapatnya kekosongan jawatan kerajaan yang ditawarkan mungkin menerusi surat khabar, laman sosial, melalui kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan, melalui internet, radio, ataupun berita.

Anda juga disarankan untuk rajin mengunjungi website jabatan-jabatan yang ada di dalam sektor kerajaan kerana kadang-kadang terdapat pengambilan kekosongan jawatan secara terbuka yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan tertentu yang dipamerkan menerusi website rasmi mereka.

3. Isi jawatan dalam sistem online SPA8i
Adakah anda tahu mengenai website ini? Kebanyakan mereka yang memperolehi kerja di sektor kerajaan kerana mereka telah melakukkan permohonan melalui perkhidmatan ini dan mereka telah berjaya untuk jawatan yang dipohon mereka.
Sebagai pengetahuan anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah jabatan yang dilantik oleh kerajaan untuk melantik mana-mana rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam.

Di dalam portal rasmi SPA melalui SPA8i, anda boleh melakukkan pendaftaran percuma dan juga melakukkan pendaftaran jawatan yang anda pohon, dan untuk pengetahuan anda terdapat banyak jenis jawatan yang boleh anda mohon melalui web ini.

Jika anda mempunyai kesulitan untuk mengisi permohonan jawatan melalui web tersebut, terdapat bahagian di dalam web itu mengajar cara-cara untuk mengisi borang dengan begitu detail sekali sebagai rujukan kepada permohon.

4. Isi jawatan dalam web online kerajaan negeri
Di manakah anda tinggal? Tahukah anda setiap negeri di negara ini mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri? Setiap tahun, setiap suruhanjaya negeri masing-masing akan menawarkan banyak tawaran iklan kekosongan jawatan untuk rakyat yang bermastautin di negeri masing-masing.

Oleh itu, anda sentiasa melawati website rasmi suruhanjaya negeri di kawasan anda anda untuk melihat sekiranya terdapat tawaran kekosongan jawatan yang sesuai dengan kelulusan anda.

5. Isi maklumat anda di dalam web JobMalaysia
Anda juga dinasihatkan untuk mendaftarkan diri anda di web rasmi JobMalaysia serta mencari kekosongan melalui web ini. Untuk pengetahuan anda, web ini adalah kemudahan kepada pencari kerja yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Anda boleh melihat iklan kekosongan-kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui web ini sama ada  sektor swasta ataupun sektor kerajaan.

6. Mengenai pengisian maklumat
Apa yang paling penting, setiap permohonan jawatan yang anda pohon, pastikan alamat surat menyurat anda adalah betul, begitu juga dangan nombor telefon dan juga alamat email, pastikan ianya adalah betul, kerana sekiranya anda dipanggil untuk proses ujian peperiksaan atau ujian temuduga, ataupun anda telah berjaya dengan jawatan yang ditawarkan, mereka tidak mempunyai masalah untuk menghubungi anda.

7. Persedian untuk temuduga
Walau anda belum dipanggil untuk temuduga, tetapi pastikan anda telah bersedia untuk ditemuduga, bersedia untuk menjalani apa-apa ujian peperiksaan. Selain itu, anda juga perlu bersedia dari segi pemakaian seperti pemilihan seluar, baju, kasut dan juga penampilan diri.