Tips Penting Untuk Permohon UPU - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Friday, July 13, 2018

Tips Penting Untuk Permohon UPU

Adakah anda telah pun memohon UPU? Jika ya, beberapa tips mungkin berguna perlu anda ikuti agar anda mengetahui status permohonan anda dengan segera atau dapat mengetahui keputusannya pada bila-bila masa sahaja.

Kadang-kadang apabila status permohonan UPU anda telah mendapat maklum balas sama ada ianya telah berjaya atau pun sebaliknya, terdapat calon permohon  tidak dapat menerima maklum balas keputusan permohonan tersebut kerana terlupa melakukan semakan melalui email ataupun, surat maklum balas dari UPU tidak diperolehi oleh calon.

Tips Penting Untuk Permohon UPU, muat turun aplikasi UPU Pocket melalui Playstor & App Store.

Agar anda tidak lagi terlupa melakukan semakan email anda ataupun terlupa melakukan semakan surat di peti surat anda, anda disaran untuk melakukan download aplikasi UPU Pocket melalui Playstore jika anda adalah pengguna Android atau,  jika anda adalah pengguna Apple melalui App Store.
UPU Pocket
Selain dari anda boleh melakukan semakan mengenai status permohonan, dengan aplikasi UPU Pocket juga anda boleh melakukan semakan mengenai status rayuan anda sekiranya anda melakukan rayuan permohonan, dan juga anda akan mengetahui kelayakan-kelayakan yang perlu ada untuk pengetahuan calon.
Melalui aplikasi ini juga, anda boleh mengetahui panduan-panduan permohonan berdasarkan kelayakan anda seperti  SPM dan STPM atau setarafnya.
Lain-lain panduan pula, adalah mengenai tarikh penting mengenai permohonan dan rayuan UPU, carian alamat university dan kolej kemahiran serta terdapat juga ruang untuk melakukan aduan melalui aplikasi UPU Pocket.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.