Tips Hilangkan Kaki Berbau Dengan Bedak Agnesia - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Wednesday, July 11, 2018

Tips Hilangkan Kaki Berbau Dengan Bedak Agnesia

Adakah anda menghadapi masalah kaki berbau? Kaki berbau disebabkan pelbagai faktor yang membawa kepada masalah  ini seperti masalah kesihatan dan juga disebabkan jangkitan penyakit kulit pada kaki.

Bagi mengatasi masalah bau pada kaki, apa yang paling penting adalah mengenai penjagaan kebersihan  yang konsisten terhadap diri anda sendiri.

Jika kaki anda tidak dijaga dengan betul, siapa pun anda, mesti akan menghadapi masalah kaki berbau.

Artikel ini akan membawa anda bagaimana menghadapi masalahkaki berbau dengan hanya menggunakan bedak berubat Agnesia.

Cara-cara menggunakan bedak Agnesia terhadap kaki berbau

1. Apa yang paling utama, dapatkan bedak Agnesia terlebih dahulu di mana-mana farmasi, pasaraya atau kedai runcit.

2. Setiap kali selepas mandi pada waktu pagi,  petang, atau sebelum tidur, pastikan kaki anda telah dikeringkan.

Langkah seterusnya, anda hanya perlu taburkan bedak Agnesia pada celah-celah jari kaki anda dan jangan lupa letakkan juga pada tapak kaki anda.

3. Jika anda kerap memakai kasut dan juga stokin ke tempat kerja, pastikan anda meletakkan bedak pada keseluruhan celah-celah jari kaki dan tapak kaki.

Amalkan setiap hari untuk memastikan celah-celah ibu jari kaki anda kering dan bebas dari bau disebabkan bakteria yang bersarang di celah-celah kaki anda.
Bau Busuk
Photo by Mmntz, Licenced Via Creative Commons
Tahukah anda? bedak Agnesia ini mengandungi antiseptik dan ia mampu melindungi kaki anda dari berbau.

4. Sekiranya kaki berbau disebabkan jangkitan oleh kulat air pada celah-celah jari kaki anda, anda disaran untuk mengubatinya dengan ubat anti kulat pada kawasan yang dijangkiti, dan letakkan juga bedak Agnesia pada kawasan tersebut.

5. Sekiranya anda mengamalkan kebersihan pada kaki anda dengan membersihkan setiap hari disusuli penggunaan bedak Agnesia, anda akan dapati masalah bau kaki anda akan hilang dengan sendirinya. Baca juga,
Walau begitu, pastikan anda meminta nasihat dari doktor terlebih dahulu sekiranya kaki berbau  yang dihadapi oleh anda disebabkan penyakit-penyakit yang tertentu.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.