Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, July 3, 2018

Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyediakan perbankan melalui SMS untuk ahli-ahlinya melakukkan semakan baki akaun BSN.

Perkhidmatan ini adalah satu kemudahan  alternatif agar pengguna BSN  tidak perlu lagi beratur di bank dan hanya perlu melakukkanya di mana-mana sahaja seperti di rumah, di restoran, atau tempat kerja.

Perkhidmatan ini juga amat mudah untuk dikendalikan, bukan hanya boleh menyemak baki akaun tetapi perkhidmatan SMS ini meliputi pembayaran bil, pemindahan dana,  bayaran kad kredit sendiri,  pihak ketiga, pembelian Pin, pembelian TOP-UP dan pembelian SSP dengan selamat dan terjamin.

Cara-cara semak baki akaun BSN melalui SMS

1) Syarat kelayakan

Sebagai makluman awal anda, mereka yang layak menggunakan perkhidmatan ini adalah semua pemegang akaun BSN GIRO  / GIRO-I yang memiliki Kad ATM BSN /GIRO-i /GIRO dan Matrix-i. Syarat lain pula wajib  memiliki telefon pintar.

2) Daftarkan nombor telefon anda dahulu

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda harus pergi mana-mana kaunter Cawangan BSN yang berdekatan dengan anda untuk mendaftarkan nombor telefon anda.
SMS Icon
Selepas anda melakukkan pendaftaran nombor telefon, anda akan diberikan  4 digit UAC  yang dicetak pada borang SMP-1 dan bila pendaftaran telah dilakukan, anda seterusnya menerima SMS pertama terus ke telefon bimbit anda iaitu, M-PIN (6 angka),  dan juga UAC (2 angka).

Selain anda mendaftarkan nombor telefon anda di akunter BSN, anda juga boleh mendaftarkan nombor telefon anda melalui mana-mana mesin ATM BSN dan juga mesin CDM BSN.

Bagi pendaftaran nombor telefon anda melalui mesin ATM atau CDM, pilih menu untuk ‘urusan lain’ dan  tekan butang perbankan SMS dan Pendaftaran. Anda akan menerima 4 digit UAC  dan seterusnya menerima SMS pertama terus ke telefon bimbit, M-PIN (6 angka),  dan juga UAC (2 angka).

3) Cara mengaktifkan perkhidmatan SMS BSN

Bagi mengaktifkan perkhidmatan SMS BSN ini, anda hanya perlu menaip pada ruang SMS telefon bimbit anda dengan menaip seperti ini:

ACT <Jarak>M-PIN<Jarak><4 Digit UAC>2 Digit UAC

Contoh: ACT 123456 654312

Hantar ke nombor 36898 atau melalui nombor altenatif ini,  019-2866180(Celcom), 017 -3776180(Maxis), 014-3386180 (DiGi).

 4) Semakan baki akaun BSN

Bagi pertanyaan baki terkini akaun, anda hanya perlu taip:

BAL<Jarak >M-PIN

Contoh : BAL 987654

Hantar terus ke: 36898 / 0192866180 / 0173776180 / 0143386180
Contoh mesej balasan ayang anda akan perolehi untuk pertanyaan baki akaun:

“Baki GIRO : 770.00’

5) Cara untuk batalkan perkhidmatan SMS

Sekiranya anda telah mengalami kehilangan telefon bimbit, anda harus membatalkan perkhidmatan SMS BSN untuk mengelakkan akaun anda disalahgunakan dengan hanya pergi ke mana-mana  mesin ATM BSN dan membatalkan nombor telefon yang lama dan mendaftarkan nombor telefon yang baru.

Panduan batalkan nombor telefon di mesin ATM BSN apabila telefon anda hilang.

Melalui mesin di ATM > Masukan kad dan PIN  > Pilih butang lain-lain > Pilih perbankan SMS  > Pilih penyelenggaraan > Pilih pembatalan akaun > Masukan no telefon .

Anda harus melaporkan segera kehilangan nombor telefon dan pembatalan nombor telefon melalui Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di 03-2142 5258.

Sebagai panduan keselamatan,  pastikan M-PIN tidak disimpan di dalam telefon bimbit anda serta mesej M-PIN yang dihantar juga harus dikosongkan /dipadam selepas anda menggunakan perkhidmatan SMS BSN.

Selain itu juga anda amat disaran untuk menukar M-PIN sebulan sekali untuk memaksimakan system keselamatan perkhidmatan perbankan SMS BSN anda agar tidak diketahui oleh orang lain.

6) Caj SMS dan waktu operasi

Setiap kali anda berurusan mengenai SMS untuk pertanyaan baki  atau lain-lain urusan, caj yang akan dikenakan adalah RM 0.50.

Waktu operasi bagi perkhidmatan ini pula terbuka selama 24 jam sehari kecuali pada waktu penyelanggaraan system dilaksanakan iaitu pada jam 12.00 malam hingga 12. 30 malam.
Perkhidmatan SMS ini sebenarnya telah diwujudkan untuk keselesaan pengguna BSN, walau begitu anda masih tertakluk dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional.

Rujukan: BSN

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.