Cara Mudah Bayar Saman Polis (PDRM) Melalui Mesin ATM Maybank - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, July 12, 2018

Cara Mudah Bayar Saman Polis (PDRM) Melalui Mesin ATM Maybank

Kadang-kadang rasa cuak juga apabila kereta kita telah disaman oleh penguatkuasa khususnya PDRM secara tiba-tiba kan? Yelah, mungkin anda disaman disebabkan oleh kesilapan diri anda sendiri.

Baik, artikel ini membawa anda bagaimana untuk melakukkan pembayaran saman polis hanya melalui mesin ATM Maybank sahaja.

Cara ini amat sesuai jika  balai polis yang terdekat jauh dari kediaman anda atau tempat kerja anda, yang paling dekat dengan anda adalah bank Maybank. So, jom belajar untuk melakukkan pembayaran saman melalui mesin ATM Maybank yang amat mudah ini.

Cara-cara bayar saman PDRM hanya melalui mesin ATM Maybank.

Step by step pembayaran saman.

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank
  2. Masukkan kad ATM Maybank anda
  3. Masukkan password
  4. Pada skrin butang pilihan, ‘pilih pembayaran bil’
  5. Pilih ‘Pembayaran Saman PDRM
  6. Masukkan nombor Maykad anda
  7. Pilih akaun untuk pembayaran
  8. Pilih butang ‘ bayar’.
Akhir sekali, slip atau resit pembayaran akan dicetak secara automatik. Sebagai peringatan anda, sila simpan resit pembayaran  sebagai rujukan ada di masa yang akan datang.
Photo by, krzysztof-m, Licenced Via Creative Commons
Bagaimana? Ianya amat mudah bukan? Antara lain faedah menggunakan kemudahan ini adalah, ianya 100% percuma tanpa apa-apa caj perkhidmatan, tiada pendaftaran diperlukan dan yang paling istimewa sekali, anda boleh melakukkan pembayaran saman untuk orang lain seperti kawan-kawan dan juga keluarga anda. Selamat mencuba!

Rujukan: Maybank.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.