Cara Mengetahui Bil terkini Celcom Pospaid Secara Online - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Friday, July 13, 2018

Cara Mengetahui Bil terkini Celcom Pospaid Secara Online

Sebenarnya terdapat banyak  tips untuk mendapatkan bil terkini Celcom khususnya pengguna Postpaid misalnya berkunjung ke kiosk Celcom, ke pejabat Celcom, panggilan 1111, ataupun dengan hanya melalui SMS sahaja.

Jika melalui SMS, anda hanya perlu menaip  *#118# dan tekan butang Dail, pilih My Akaun dan kemudian pilih My Bill.

Celcom akan menghantar kepada anda butiran seperti, nombor akaun anda, bayaran terakhir dan tarikh, bayaran lewat dan tarikh, bil terkini berserta tarikh matang, bil yang belum di bilkan, had limit kredit, serta tarikh sah info.

Cara ketahui Bil semasa Celcom melalui Aplikasi MyCelcom Postpaid

Pada masa ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke kiosk Celcom, kaunter Celcom , bercakap dengan khidmat pelanggan Celcom, atau khidmat SMS untuk mengetahui bil terkini anda.
My Celcom Postpaid
Bagaimana caranya? Baik, caranya amat mudah, anda hanya perlu melakukkan muat turun aplikasi MyCelcom Postpaid di apkpure.com untuk Android atau App Store bagi pengguna Apple. 

Bagi pengguna Android, muat turun aplikasi ini disini > MyCelcom Postpaid <  jika anda mengadapi masalah muat turun.

Melalui aplikasi ini anda akan terus mengetahui bil semasa anda bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja anda berada, apa yang penting, telefon pintar anda mempunyai internet.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu mendaftarkan nombor telefon anda terlebih dahulu. Selain dari dapat mengetahui bil terkini, anda juga boleh melakukkan bayaran bil anda melalui online, dan juga pembelian internet.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.